Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Wednesday 28 July 2010

Apam lagi


Pagini buat apam lagi...hehehe, buat ke sekolah saja nak makan2. Sanggup bangun pukul 4 pagi semata2 nak buat apamni... 


Resepi daari Am-Flora. tima kasih sudi share resepini..
Nama Apam: Apam Blossom


3 biji telur
275 g tepung gandum
200 g gula halus
150 g susu segar
3 sudu teh baking soda
1 sudu kecil ovellete
Filing kranberry secukupnya
Pewarna merah


1.Panaskan kukusan
2.Masukkan semua bahan apam kedalam mixer dan pukul dng kelajuan maxima 6- 8 minit
3.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
4.titiskan pewarna kedalam 1 bahagian adunan dan kacau rata
5.Masukkan adunan kedalam acuan guna piping bag, isi 3/4 penuh. 
6.letakkan inti di tengah
7 Kukus selama 6-8 minit dengan api sederhana


 Selamat mencuba



Monday 26 July 2010

drumstik percik panggang tanpa santan


Balik kerja petang tadi, terus buka peti sejuk tengok ape yg ade kat dalam.  Eeemmmm.... Nak masak ape ptgni???


Cuma ada drumstik 7 ketul...buka kitab, hehehe tengok resepi ayam percik nampak menarik betul...


Selepas memerap ayam saya menggosok baju...takut jadi macam minggu lepas ada yg pegi kerje dgn baju berkedut- blackout...


Masa ambil anak lupa nak beli kelapa, macamananya??? saya ganti dengan susu segar...Kalau letak santan mesti rasanya lebih sedap...
Inipun anak2 dah kata sedap....dan akhirnya ketiga2 anak saya makan 2 ketul drumstik setiap seorang(byk betul anak2 saya makan) Hubby pun kalah....


Resepi


Bahan2
7 ketul drumstik saiz besar
4 ketul bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
 sudu besar sebuk kunyit
4 batang serai
sedikit lengkuas - saya tak letak/takde stok
Semua bahan diatas saya blend
sedikit cili giling
sedikit rempah hancur - tak letak pun tak tau ape bende ni???
santan kelapa- saya ganti dengan 1/2 cwan susu dan sedikit air
garam dan gula secukupnya


cara memasak


Perap drumstik dgn bahan yg diblend dan cili giling selama 1 jam.
Panaskan oven 10 minit suhu 200'c
Ayam yg telah diperap, digoreng dalam kuali leper dengan sedikit minyak/minyak zaitun.
Apabila telah kekuningan masukkan dalam oven  selama 20minit/masak


Utk kuah percik,


Gunakan kuali gorengan ayam tadi, masukkan lebihan rempah yg ada.
Tambahkan minyak zaitun jika perlu.Kacau sebentar atas api perlahan, masukkan sedikit susu dan air. Biarkan hingga sedikit pekat. Perasakan dgn garam dan gula.


Inilah hasilnya








Drumstik utk saya




Dah habis, huhuhu sapa lambat tak dapat hahaha

Selamat mencuba

Sunday 25 July 2010

Ayam Masak Kicap


Tengahari ni hubby belum balik lagi...saya masak ayam kicap. Harap2 hubby lunch kat hotel...sebab dia tak gemar masakan yg berkicap... tu yg jarang buat...




Resepi kalini pun ambik dari majalah Rasa


5 ketul ayam ( saya 10 ketul)
3 biji bawang besar-saya tak letak ganti bawang kecil
2 ulas bawang putih
10 ml kicap- saya letak main agak2je
1 biji tomato
dipotong empat
sedikit garam
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
sedikit buah pelaga
minyak utk menggoreng


Cara memasak


ayam digoreng setengah masak
Tumis bahan yang ditumbuk beserta rempah2
apabila sudah wangi masukkan kicap seterusnya masukkan ayam goreng, letak sedikit air dan saya tambah sedikit air asam jawa
masukkan tomato biar seketika 
siap utk dihidang


Alamak!!!! hubby balikle for lunch huhuhu tak makan kat hotel...sikitje dia jamah....oraitla tak komplen....


Selamat mencuba



Apam Berinti


Salam semua, harinipun saya buat apam juga. Bukan ape saja nak tau mana satu yang lebih sedap.... Pendapat anak pagini punya lebih sedap. Mungkin apam pagini lebih manis daripada apam semalam...




Sepatutnya rupanya pink  bukan hijau, tapi semalam dah kaler pink tu yg harini tukar warna lain.... Resepini dapat setelah membelek majalah rasa Bulan Mei 2009. Resepi hampir sama dengan semalam cuma takde letak baking powder. Khuatir juga kalau tak naik. 


Hasilnya apam tu naik cuma tak kembang, mungkin api pengukus terlalu perlahan atau perlu letak baking powder???? Baru apam tu kembang cantik macam dalam gambar di majalah.


Macamanapun rasanya sedap...., sepatutnya intinya filing lemon, oleh kerana takde saya ganti dengan  filing bluberry dan jem. Lain kali saya tak letak jem sebab hasilnya terlalu manis...


Saya masukkan apam dalam bekas apam dan ada yang letak dalam acuan muffin....


Bahan2


3 biji telur ( lain kali saya guna gred b)
200 g tepung gandum
250 g gula kastor
1 sudu teh ovelette
150 ml aiskrim soda
pewarna hijau
filling secukupnya ( saya guna bluberry)
1 penutup esen vanila


Cara masak


1. Telur, gula esen dan ovelette di pukul hingga kembang(putih).
2. Masukkan sedikit demi sedikit tepung beserta aiskrim soda.
3. Bahagikan adunan ikut suka berapa banyak (warnakan salah satu)
4. Paipkan adunan putih, isi dengan filling dan tutup semula. letak adunan hijau utk hiasan di atas.
5. Kukus 15 minit/masak






Selamat mencuba....

Saturday 24 July 2010

Apam Comel - aiskrim soda




Salam semua, apam ni projek pukul 6 pagi tadi, cuma boleh masuk n3 sekarang sebab baby Hanis tengah tidur...


Resepini dari umah  www.jintanmanis.com, akak C& p resepi nya tq.


Resepinya


Bahan-bahanya
150gram tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
120ml air mitsuya cider  ( boleh ganti dengan air aiskrim soda atau 7up)- saya guna aiskrim soda
50gram gula
beberapa titik esen vanila
beberapa titik pewarna merah (ros guna sirap)
1/2 sudu kecil ovalette
Cara-caranya
1. Panaskan kukus, ayak tepung gandum bersama baking powder dan pukul telur dan gula hingga betul-betul kembang.
2. Kemudian masukkan ovalette dan pukul lagi, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit di selang seli dengan air soda, masa ni  jangan guna mixer, guna sudu atau spatula sahaja.
3. Ambil sedikit lebih kurang satu senduk, adunan tadi dan warnakan dengan warna merah, selebihnya biarkan warna asal, cedokkan adunan asal dengan sudu dan isikan sehingga 3/4 acuan, kemudian ambil 1/2 sudu kecil adunan berwarna merah dan letakkan atas adunan warna asal tadi.
4. Kukus selama 8 minit, dengan api sederhana, angkat dan keluarkan dari acuan dan sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Saya masukkan dalam cup utk kukus apam,dapatlah 9 ketulje. Sebab guna cup tu so hasilnya lebih besar dan masa mengukus pun perlu tambah lagi...Saya guna petua aruah emak, kalau nak tau dah masak wap akan keluar dari pengukus...


Pagini, saya guna aiskrim soda next time, nak guna 7-up pulak...


Yang suka apamni abangje....harini hubbby takde so tak tau sama ada dia akan suka tak dengan rasa apamni...yang pastinya utk membuat cukup mudah ...cuma kena rajin sikit hehehe


Selamat mencuba

Friday 23 July 2010

Kek Coklat



Hahaha...gambar tercantik yang di ambik...huhuhu semua tak menarik..gambarni  pun okle utk tatapan lain kali....




Kek ini di buat sempena birthday baby Hanis yang ke 2, 19 Julai lepas...Lambat masuk n3 coz tak de line internet dan kemudiannya photoscape saya buat hal so tak boleh nak kecilkan gambar...tak nakle nak upload gambar berjam2...


Ni pun bangun malam2 sebenarnya nak buat akaun koperasi...huhuhu tak de mood nak mengira2...


Dah besar rupanya baby saya patutle dah pandai meragam tak tentu pasal, asyik nangis je bila kehendak tak di penuhi.... sabarje.....


Resepi kek ni saya ambil dari kakak saya yg bisnes buat kek, sebenarnya dia kerja cikgu tapi part time meniaga kuih....oven dia gedabak betul...sekali bakar 3 biji kek terus.  Adik dia tak boleh nak bisnes besar macam akak hahaha....sikit2 bolela...


Thanks sebab bagi resepi ni...sian akak kena bayar utk dapat resepini...adik mintaje....resepi....huhuhu minta halalye kak...


Sapa2 yg dok Simpang 4, boleh la order kek dengan kakak sayaye...(promosi khas )...roti pun kakak buat.....


Alamak dah pukul 4 pagi...


Resepi


Bahan2


Telur 6 biji gread A
gula 330 g
tepung 320 g
butter 250 g/margerin
susu tepung 50 g
koko 50g
baking powder dan soda bikarbonat 1 sudu teh
Air 2 cawan


Cara


Pukul telur dan butter hingga kembang
masukkan telur sebiji demi sebiji
masukkan tepung berselang seli dengan air


(itu resepi yg saya salin k)


suhu oven haritu tengok kat majalah rasa 170'c saya letak 1 jam/hingga masak


menghasilkan sebiji kek yg besar


Toping saya buat sendiri


1/2 cawan susu segar panaskan, bila nak menggelegak tutup api, kemudian saya masukkkan coklat masakan, dan kacau hingga cair...maaf takde sukatan saya buat ikut instint hahaha... rasa ok je. bila dah sejuk letak atas kek dan tabur dengan coklat rice dan boh coklat yg ada kat rumah sebagai hiasan...


sedap kot sebab kawan dah order for raya...hahaha


Selamat mencuba...ooppsss...tambah 2 sudu margerin supaya toping berkilat.....(saya lupa nak letak)...

Wednesday 21 July 2010

Pisang Tanduk Goreng

Selepas beberapa hari akhirnya....line internet ok balik.  Line takde sebab ada kabel yg kena curi...Mahal sangatke kabel tu sampai sanggup berhempas pulas curi????Tak faham dengan spesis yg suka kebas barang orang, betul2 menyusahkan....


Sorry lepas tension bengang tak boleh nak berblogging....hehehe. Petangni masak simple je pisang goreng....Dah lama tak menggoreng pisang...Specialnya pisang tanduk goreng adalah kegemaran hubby... Pisang ni jauh berjalan dari Manjung...dari rumah kawan abah ke rumah saya hehehe....ada sebiji je tapi dapat goreng 2 x. Dapatle semalam anak2 berbekalkan pisang goreng gi sekolah & nursery. 




Petangni kami berdua pula dapat menikmati pisang tanduk goreng, salut dengan tepung gandum ditambah sedikit tepung beras...susah2 belije tepung goreng adabi...lagi senang....


Selamat mencuba....

Friday 16 July 2010

Ibu & Ayah Mertua di I-City Shah Alam





Salam semua, pagini nak masuk n3 pasal mak  dan abah...Ni gambar mertua saya...petang semalam sampai dari Manjung..Sepatutnya malam tadi kami hantar ke KL. Memandangkan takut abah tak dapat follow hubby waktu ke Pandan Indah...So kami kansel nak hantar malam. Kena gi waktu siang supaya mata abah lebih awas dan dapat follow kete kami...


Sebenarnya abah nak pegi petang semalam, tapi kami kata jalan jem sebab waktu orang balik kerja...Biasakan KL waktu peak hour..


Jadi malam tadi kami anak beranak bawalah abah& mak jalan2 Shah alam dan tumpuan pegi I-City...


Kesian juga kat mak mertua, nampak tak larat tu yg depa duduk...& saya mintak hubby tangkap picture...hehehe saya pun duduk juga kat sebelah ....


Jom layan gambar kami kat sana, ada juga tempat yg kami tak visit masa pegi hari tu....kami jumpa ini..




tengok tu berani betul kami ambil gambar kat depan bendeni...




Kami jumpa zirafah




Ada gajah....






Ada harimau...








Pokok buah....




Kaktus gergasi




Bukti tempatni nama i-city




gambar anak2 yg dah penat nak balik....Harap2 depa enjoy dan mak tak sakit kaki jalan2 sini dengan kami.


Pagi ni kene cuti kot nak hantak mak & abah ke Pandan Indah...hantar kat umah adik ipar sebab esok depa nak gi Tmn Shemelin utk teruskan perjalanan ke Singapore dan seterusnya pegi umrah....


Sabtu pukul 8 pagi saya kena gi Yayasan Al-Jenderami urusan kerja.huhuhu (nama terpilih). Hubby kena jaga anak2 tu yg tak boleh hantar mak dan abah...


Semoga semuanya berjalan lancar....

Thursday 15 July 2010

Roti Telur



Buat sarapan untuk anak, roti telur.  Cukup mudah membuatnya dan anak2 suka makan terutama cicah dengan sos cili Aminah Hassan (fav. my family). Sesuai utk pagi yg sibuk nak pegi kerje....


Bahannya pun senang...


6 keping roti gardenia di potong dua
2 biji telur gred B 
1 sudu teh serbuk kayu manis(optional)
2 @ 1 sudu besar susu segar(ikut suka)
sedikit garam
sedikit margerin utk menggoreng


Cara2


1. Pecahkan telur, masukkan susu, serbuk kayu manis dan garam. Pukul sebentar supaya sebati.
2. Panaskan kuali leper dengan api perlahan, letak sesudu margerin.
3. Celup roti kedalam adunan telur dan goreng, balik2kan sehingga kekuningan. Angkat dan hidangkan.Ulang hingga selesai


Selamat mencuba

Wednesday 14 July 2010

Join Kelly'life: Give Away - Just for Fun

 (STICKY MODE, SCROLL DOWN FOR NEW N3,
 THANK YOU)


Baru terbaca entri Kelly tentang give away hehehe...Nak cuba nasib, lagipun dah jadi folower dari dulu lagi....









Hadiah pertama :
Set Ros Hitam ( Teko & 6 cawan + piring )
Piring bujur bunga kangkung & ros merah putih OC

Hadiah kedua :
Set Ros warna-warni ( Teko & 6 cawan + piring )
Pinggan bujur ( 2 )

Hadiah ketiga :
Set ceramic ( Teko & 4 cawan + piring )
Teko sakura
Piring bulat ( ros pink )

Syarat - syarat nya : )

Tarikh give away ni bermula dari 3 Julai hingga 31 Julai 2010 ( tapi kalau nak join sekarang pun boleh )

Terbuka kepada follower blog Kelly's Life yang kat Malaysia saja ( so siapa yang nak join, kenalah jadi follower blog saya )

Iklankan / buat N3 mengenai Give Away ni kat blog  masing2 supaya ramai lagi kawan - kawan boleh join





Jangan lupa linkkan Kelly's Life dalam blog ya





Dan tinggalkan komen dalam N3 ni...komen kat Cbox tak diambil kira

Nama, no h/p dan alamat untuk dihubungi sekiranya berjaya dalam Give Away ini

Hadiah misteri buat referral yang paling banyak disebut oleh pemberi komen

Hadiah misteri untuk peserta pertama yang meninggalkan komen di N3 ini

Penghantaran hadiah akan dilakukan dalam pertengahan bulan Ogos, Insyaallah


(jgn lupe lepas baca kat umah akak beritahulah referral GA ni...ialah ...Hamsini)

Jagung Manis Berkrim



Dah lama nak buat jagung rebusni... resepi ambil daripada dapur Hana kat Jepun... Hana kukus jagungni, memandangkan pengukus rosak, so saya rebusje..harap2 sama je hasilnya dengan yg Hana masak...


Bahan2


2 cawan jagung ( ada dijual di pasaraya)
2 sudu susu pekat
2 sudu margerin
sedikit garam
air secukunya


Cara2


1. panaskan air, apabila menggelegak masukkan jagung dan rebus lebih kurang 6 minit/masak.
2. Bila dah masak toskan - pastikan hingga kering@ kukus
3. Selepas itu gaul jagung dengan susu pekat, margerin dan garam.
4. Sedia utk dimakan


Hasilnya cukup memuaskan, anak2 suka makan, maybe sebab rasanya manis dan berlemak. Terima kasih Hana sory skodeng dapur tak beritahu....

Tuesday 13 July 2010

Lemon Yoghurt Muffin


Semalam waktu menyelongkar peti ais baru perasan yoghurt dah nak expired...sebelum habis waktu kenalah saya bertindak dulu...So semalam petang sambil nak masak utk makan malam saya pun mencuba resepi muffin ni...


Sempatle saya skodeng dapur kak ummi utk resepi muffin dengan yoghurt, nasib baik ada lemon kat rumah so dapatle membuat muffin dengan bahan yg lengkap..resepi kat sini.Thanks kak ummi...






Ini dia, muffin yg telah ditogelkan, tak taule same dak dengan hasil yg kak ummi buat..Letak sikit hiasan gula bentuk loveni...konon supaya nampak lebih cantik...tapi menyesal pulak sebab baby Hanis makan muffin sikitje  selebihnya nak makan gulani je...nasib baik ade orang nak habiskan muffin yg dah takde hiasan...hehehe nasib baik bukan saya yg jadi mangsa..


Oh saya buat lebih daripada kak ummi sebab bila saya timbang ada 350 g yoghurt so ni resepi yg saya buat ....


bahan2


350 g tepung kek
3 tsp baking powder
6 tsp lemon juice / separuh lemon
350 g yoghurt
175 g gula kastor
180 g mentega
3 biji telur
3 sudu orange paste


Cara


1.Panaskan oven suhu 175'c 


2.Panaskan butter dengan api yg kecil, apabila 80% cair masukkan gula, dan gaul sebentar terus tutup api.ketepikan


3. ayakkan tepung dan baking powder kedalam mangkuk.


4. Masukkan telur, juice lemon, yorghurt dan orange paste kedalam butter yg telah cair, kacau sebentar hingga sebati.


5. Masukkan butter tersebut kedalam mangkuk tepung dan kacau sebati dengan segera/ jangan lama2 kacau..


6. Masukkan adunan kedalam cawan muffin 3/4 penuh, bakar dalam oven 25 minit @ hingga masak bergantung kepada oven masing2.






Selamat mencuba...





Monday 12 July 2010

Muffin Strawberry


Nampak resepi muffin ni kat umah Nuanza, teringin nak try... Semalam jumpa filing strawberry kat kedai kek...so petang semalam buatle satu adunan...untuk minum petang...






Bila dah masak inilah hasilnya...macam gunung berapi pulak hehehe, hubby kata sedap...???? kalau anak2 makan banyak & habis tu maknanya sedaplah....(puji diri sendiri. Meh layan resepinya


Resepinya


Bahan2
2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 biji telur gred B
1 cawan susu segar
3/4 cawan gula pasir
1/4 minyak sayur
2 sudu teh perisa strawberry
filling strawberry

Cara 


1. Panaskan oven suhu 175'c
2. Tepung, gula, garam dan baking powder digaul dalam satu mangkuk. Buat lubang kat tengah tepung
3. Dalam mangkuk lain masukkan susu, telur, minyak dan perisa strawberry, kacau hingga sebati- sebentarje
4. Masukkan bahan yg telah sebati kedalam tepung  dan gaul sekata- jangan banyak2 kali
5, masukkan dalam cup muffin, sudukan 1/2cup. Isi filing 2 sudu teh. 
6. sudukan lagi tepung ke dalam cup muffin 3/4 penuh
7. Bakar 18 minit


Selamat mencuba, tq Nuanza akak ambil resepi yg sedapni....




Sunday 11 July 2010

Muffin coklat versiku


Salam semua,rupanya dah beberapa hari tak masuk entri ....bukan tak masak. Memandangkan pc rosak saya tak berapa gemar nak bukak laptopla pulak hehehe...lambat....


Harini nak masuk entri tentang muffin yg ku buat pagi Sabtu semalam..Ingatkan nak upload malam tadi tapi dah penat jejalan rumah adik beradik so tidur lagi sodap hehehe...


Muffinni sampai dah kat akak ipar, dia kata sedap tak taule nak jaga hati sayake atau sememangnya sedap.. 


Sebetulnya saya nak masak muffin strawberry tapi tak jumpalak filingnya???? takde dijualke??? yang saya jumpa jem strawberry... Maybe kena buat filling sendiri kot...lagi lambatle projek nak memuffin...


Ini dia gambar muffinku




My hubby request supaya masukkan sekali kekacang dalam tu hish!!!
pagini kena buat lain....tambah la pulak kekacang yg ade kat umahni....


Anyway ini resepi yg saya guna...Oooppppssss... ni gambar yg dari posisi lain pulak..Maybe terpanas kot sebabtu senget2 muffin ku...takpelah utk makan sendirikan...menghasilkan 12 biji muffin saiz sederhana...




Bahan2


2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 biji telur gred B
1 cawan susu segar
3/4 cawan gula pasir
1/4 minyak sayur
1 sudu teh esen vanila
150 g coklat masakan dipotong dadu ( ikut suka nak letak berapa banyak)


Cara 


1. Panaskan oven suhu 175'c
2. Tepung, gula, garam dan baking powder digaul dalam satu mangkuk. Buat lubang kat tengah tepung
3. Dalam mangkuk lain masukkan susu, telur, minyak dan esen vanila, pukul hingga sebati- sebentarje
4. Masukkan bahan yg telah dipukul kedalam tepung  dan gaul sekata- jangan banyak2 kali
5, masukkan coklat masakan dan gaul 
6. sudukan dalam mangkuk muffin 3/4 penuh
7. Bakar 18 minit


Selamat mencuba

Thursday 8 July 2010

Burger



Burger untuk abang....kesian malamni kena paksa makan burger...coz ibu tengah tersangat rajin memasak hehehe.... Hubby pulak makan nasi goreng cina...lagi sekali kena makan nasi goreng for this week.


Ini burger versi ibu makan... anak2 versi tanpa vegi.... kakak pulak cuma makan biskut oreo...


Kalau esok balik lambat lagi....rasa2 nak masak sardinje..... huhuhu kesian abang tak suka makan sardin.....eehhmmmm fikir esokje....yang penting semua kenyang...

Tuesday 6 July 2010

Cheese cake oreo



Salam semua, lama tak buka internet...sebabnya utk kali kedua tahun ini pc buat hal....Mana tak meragam anak2 main game tak henti2 sambil bergilir2. so ada gambar save dlm cpu...tak boleh nak masukkan dlm entri..


Harini guka laptop coz baby Hanis dah tidur so takde yg mengacau...hehehe..Tinggal Hannah yg belum tidur...tengah makan cheese cake....


Resepini ambil dari dapur Anim Thanks memang menjadi...cuma saya tak dapat hias macam anim hehehe....


resepi asal dari buku Pn Noraini Zakaria..sungguh mudah dan cepat..lemak lagi berkrim..hehe...

bahan biskut

200gm biskut coklat oreo-di buang krim dan di kisar
70gm mentega-di cairkan

bahan kek

250gm krim keju
250gm krim putar
80gm gula castor
60ml air
15gm gelatin halal
3 keping biskut oreo di ramas kasar

cara membuat

sediakan tin 7" jenis 'loose tin' yang boleh di buka di bawahnya.
Biskut: Tuangkan mentega ke dalam serbuk biskut oreo dan di gaul rata.Tekan pada dasar acuan hingga padat.sejukan dlm peti ais selama 30 mint.

Kek:Pukul krim putar hingga kembang dan pekat
simpan dalam peti sejuk sebentar.

Dalam bekas lain,pukul krim keju,krim biskut oreo dan gula castor hingga kembang dan berkrim.
Panaskan gelatin dan air hingga cair.setelah sejuk tuangkan gelatin dlm adunan keju dan di pukul sebati.masukan krim putar yang telah di pukul tadi dan pukul sebentar saja.
Biskut oreo yang telah di ramas kasar di masukan dalam adunan dan di gaul rata,Tuangkan atas lapisan biskut oreo yang telah keras.
simpan dalam peti sejuk selama 5 jam.


cubalah..resepi nya memang boleh di percayai



Inilah hasilnya








Selamat mencuba...

Saturday 3 July 2010

Tart Cheese Bluberry 2


Sebenarnya cadang nak buat cheese cake oreo, rupanya ada bahan yg tak de kat rumah...takut cheese yg ada expired saya buat tart cheese gunakan resepi kulit tart yg berbeza, supaya dapat tahu mana satu yg sedap  hehehe...


Sebenarnya saya tak pernah makan cheese blueberry dari orang lain...saya hanya makan yg telah saya buat...jadi tak taule sebenarnya ok atau tidak tart yg saya buattu....


Saya ambil resepi kulit tart dari cik manggis...Bezanya adalah cm letak tepung jagung sedangkan yg haritu saya buat tak letak... utk resepi boleh klik sini. Terima kasih cik manggis...Halalkan resepi yg saya ambil....




Saya perlu tebalkan lagi kulit, kali ni saya buat kulit nipis pulak dan kerana ia rapuh sikit ada yg kulitnya terkopak...


Resepi


Bahan-bahan untuk pastry:

240 gm tepung gandum
45 gm tepung jagung
75 gm gula icing
150 gm butter
2 biji kuning telur
sedikit esen vanila dan garam

Cara-caranya:

Ayak bahan-bahan kering,masukkan butter,gaul sampai jadi serbuk roti baru masukkan kuning telur dan esen vanila.Uli hingga jadi doh dan masukkan kedalam acuan tat dan tekan tekan mengikut bentuk acuannya.Potong lebihan doh agar tat tu menjadi lebih kemas.Cucukkan dengan garfu bahagian bawah tat sebelum dibakar.Bakar sehingga masak .



utk kastard  saya ambik dari Madiha - terima kasih saya ambik resepinya... minta halal...


Bahan2 Kastard telur
280 gm susu segar
160 gm gula (manis sangat.. ku bubuh dlm 130gm aje)
3 biji telur + ½ biji putih telur lebihan buat doh tadi
1 sudu teh esen vanila

Susu segar dan gula dimasak di atas api hingga semua gula larut. Tutupkan api. Dengan menggunakan whisker, masukkan telur dan esen vanila. Kacau perlahan-lahan sahaja. Kemudian tapiskan.

Masukkan adunan ini ke dalam tart yang separuh masak tadi dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175'C. Sejukkan sebelum dialihkan dari acuan. 



Selamat mencuba...
Related Posts with Thumbnails