Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Monday 30 August 2010

Lepat Liat Penang



Jumpa resepi ni kat Majalah Rasa, teringin nak cuba sebab ni resepi orang Utara...


Sebenarnya buat masa cuti baru ni, tapi tak sempat upload...sibuk buat biskut utk mak mertua hahaha...


Bahan2
250 g tepung pulut
60 g tepung beras
250 g gula merah
125 g gula putih
1/2 biji kelapa (santan)
75 g kelapa parut putih + sedikit garam
daun pisang secukupnya




Cara
1. Masak gula merah dan gula putih dan santan
2. apabila menggelegak tutup api...
3. Campurkan tepung beras dan pulut
4. Gaul rata dan tambah air sekiranya perlu
5. Ambil sekeping daun pisang dan sudukan adunan
6. letak sesudu kelapa parut dan bungkus kemas.
7. Ulang hingga selesai
8. Kukus seslama 20 minit


Selamat mencuba

Friday 27 August 2010

Rendang Kelia




Nampak resepi ni dalam satu kitab yg biasa menjadi rujukan saya....Masatu  sibuk fikir nak masak ape dengan daging yg ada....


Kalau ikut gambar rendang tu tak banyak kuah...tapi orang rumah saya suka kalau ada kuah...tu yg buat rendang berkuah.... sedap juge bila makan dengan roti....


Kebetulan semua bahan ada kat rumah...cuma saya ganti daun kunyit dengan daun limau purut...


Bahan


300 g daging (batang pinang)
5 biji cili kering*
7 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 biji buah keras*
1/2 biji kelapa
1 cm halia*
1 cm lengkuas*
2 batang serai*
daun kunyit (saya ganti dengan daun limau purut)
garam dan gula 
sedikit minyak


Cara


1. Tumbuk semua bahan bertanda *
2. Tumis semua bahan tumbuk hingga naik bau
3. Masukkan daging dan santan
4. Masak hingga daging empuk dan kuah pekat
5. masukkan daun limau purut


Sedia utk dinikmati


Selamat mencuba

Thursday 26 August 2010

Buah Melaka


Salam, setiap hari memasak untuk berbuka..... cuma kadang2 tak sempat nak tangkap gambar...dah kena ngap....hehehe


Hari ni berusaha untuk tangkap gambar.... kuih yg Hisyamuddin  nak...sebab tadi sempat beli tepung pulut.... Buat sikit je...al maklum kalau banyak sudah tentu tak habis...Lagipun jiran balik kg kan....esok dah cuti...






Bahan2


150 g tepung pulut
135 ml air
sedikit garam
1/4 kelapa parut
sehelai daun pandan
20 g gula melaka
air utk di didih
sedikit perisa pandan
sedikit pewarna hijau


Cara memasak


1. Masukkan tepung pulut dalam mangkuk, masukkan air
2. uli tepung dan tambah perisa dan pewarna, uli hingga sebati
3. ambil sedikit adunan, jadikan bebola kecil dan leperkan.
letak 1/2 sudu teh gula melaka dibahagian tengah dan bulatkan semula.
4. Masukkan dalam air yg dididih dalam periuk. (apabila masak ia akan timbul)
5. Golek dalam kelapa parut dan boleh dihidang.


Menghasilkan 15 biji buah Melaka...


Selamat mencuba

Tuesday 24 August 2010

Kuih Cara Manis



Waktu berbuka petang tadi Hannah telah termuntah sewaktu tengah menjamah nasi...habis terkeluar buah tembikai dan air sirap yg baru saja menjejak ke dalam perut.... Kesian anak ibu...huhuhu.


Sebenarnya semenjak balik dari nursery dia dah beritahu perutnya sakit dan saya dapati perutnya dah kembung...akhirnya dia tertidur setelah mengadu kepalanya pening....


Bila azanje baru kami kejutkan dia..utk berbuka....Macamanapun selepas muntah dan mandi dia dapat makan semula.....dan perut dah tak kembung...sah le angin dah tolak semua makanan yg masuk dalam perut...


Hari ni saya masak kuih cara manis....cuma inti saya campur dengan gula melaka....


Sebenarnya cadang nak buat buah melaka,.....aaiiii tepung pulut dah habis pulak....nasib baik abang setuju ganti kuih...hehehe...


Harini tak beri kat jiran2 kuihni....takut tak cukup....Rasanya dah habis kuih tu abang dan kakak makan...hahaha tak membazir ..... Alhamdulillah.....


Resepinya...


150 g tepung
1  cawan air pandan
1/2 cawan santan 
2 sudu besar margerin
sedikit garam 
1 biji telur

sedikit pewarna hijau


Bahan inti


3 sudu besar gula pasir
3 sudu besar gula melaka parut


Cara memasak 


1. Masukkan semua bahan dalam blender dan blend sehingga sebati
2. Lihat dulu kepekatan adunan tidak boleh terlalu cair atau pekat
3. Panaskan acuan kuih cara atas dapur dengan api perlahan
4. Letakkan / gris dengan sedikit minyak
5. Apabila sudah panas tuangkan adunan, tutup sekejap(15 saat)
6. Buka penutup dan masukkan inti dlm 1/2 sudu teh, tutup dlm 4 minit/masak
7. Ulang hingga selesai



- Bancuhan ini menghasilkan 25 ketul kuih  cara


Selamat mencuba

Monday 23 August 2010

Kuih Cara Berlauk




Salam semua, Buka posa tadi masak kuih cara berlauk... Kalau ikut resepi tepung 300g, nasib baik masa menimbang tepung teringat utk kurangkan...Kalau tidak ....hehehe sapa nak makan.Sebahagian dah beri pada jiran dan kakak.... Inipun ada lagi kat dapur tu....


Resepi 


150 g tepung
1 1/2 cawan air
4 sudu besar santan kilo
1 sudu besar margerin
sedikit garam dan serbuk kunyit
1 biji telur


Resepi inti


15 g daging kisar 
2 ulas bawang merah dipotong halus
3 ulas bawang putih dicincang
1 sudu teh serbuk kari
1 batang daun sup 7 bawang dihiris halus
1 biji cili merah
sedikit minyak utk menumis
sedikit garam  


Cara memasak inti


1. Tumis bawang
2. Bila telah wangi masukkan daging kisar
3. Masukkan serbuk kari
4. Apabila telah masak masukkan daun sup, bawang dan cili
5. perasakan dengan garam


Cara memasak 


1. Masukkan semua bahan dalam blender dan blend sehingga sebati
2. Lihat dulu kepekatan adunan tidak boleh terlalu cair atau pekat
3. Panaskan acuan kuih cara atas dapur dengan api perlahan
4. Letakkan / gris dengan sedikit minyak
5. Apabila sudah panas tuangkan adunan, tutup sekejap(1/2 minit)
6. Buka penutup dan masukkan inti, tutup dlm 4 minit/masak
7. Ulang hingga selesai


Adunan ini menghasilkan 27 keping kuih cara,


Peringatan: lain kali saya perlu letak lebih santan...


Selamat mencuba

Kerutub Daging



Lama tak masak kerutub...bila bulan posa semua teringin nak di makan...selain melayan tekan hubby dan anak2, tekak sendiri pun perlu di layan....


Ambik resepi dari kitab saya...hahaha Juadah warisan Nenek... Macam biasa saya ubah  ikut kesesuaian.... Di sini saya guna pes kerutub segera yg terbeli kat kedai....


Tak pasti jadi ke tidak @pun sedap ke idak sebab resepini kalau mengikut peket yg saya beli adalah makanan dari Kelantan... Sayani anak jati Selangor dan mak tak pernah masak pun....
Tau wujudnya kerutubpun bila dah beli kitabye.....hehehe


Semenjak dua menjak ni saya tak kisah asal resepi tu nampak menarik dan semestinya halal mesti saya cuba...


Bahan2


300 g daging batang pinang( supaya tak tunggu lama dah empuk)
3 sudu besar santan kilo yg dah beku...
1/2 cawan air asam jawa 
sedikit minyak utk menumis
sedikit air 
3 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih* 
1 inci halia*
2 biji bunga lawang
2 biji buah pala
1 batang kulit kayu manis
garam dan gula secukupnya
Bunga cengkih tak letak sebab tak jumpa hehehe...


perisa kerutub
Saya guna pes kerutub




Yang bertanda * perlu ditumbuk


Cara memasak
1. Perap daging dengan kunyit dan air air asam jawa dalam 30 minit
2. Tumis buah pala, kayu manis, bunga lawang dang bahan ditumbuk
3. Apabila wangi masukkan daging, dan gaul
4. Tuangkan sedikit air dan santan
5 Masukkan bahan kerutub 1/2 peket
6. Masukkan gula dan garam
7. Biarkan sederhana pekat dan tutup api


Selain di makan dengan nasi,sedap juga makan cekodok cicah dengan kuahni....

Selamat mencuba



Sunday 22 August 2010

Tepung Pelita

Salam semua, ini kali ke 2 buat tepung pelita. Pertama kali tak menjadi, tak lawa langsung selepas di kukus huhuhu...Tapi rasanya sedap macam yg dijual kat Bazar Ramadhan....


Resepi kali ke 2 ambik yg lain kononnya tak payah nak kukus sebab dalam resepi dinyatakan 'sejukkan dan boleh dihidang'...kuikui Rupanya bila nak makan( dlm hati dah kata mesti kena kukus) masih terasa tepung tu belum masak.... Baby Hanis dah siap melantak tepung pelita separa masak...harap2 tak sakit perut....


Akhirnya tepung pelita tu saya kukus pukul 8 mlm, barule sedap untuk dimakan hahaha...... Nasib baik MIL tak de kalau tidak mesti malu sendiri.....


Bahan2-saya buat 1/2 adunan, dapat 10 ketul


Bahan Lapisan bawah
120 g tepung beras
240 g gula pasir
1 liter air/termasuk air daun pandan


Bahan Lapisan atas
90 g tepung beras
200 ml santan
750 gml air
secubit garam-jgn lupe


Cara2


1. Untuk lapisan bawah, masukkan kesemua bahan kacau sebati, masak dengan api yg kecil...sehingga mendidih/pekat(sentiasa dikacau) 
2. Masukkan ke dalam acuan, biarkan sejuk
3. Untuk lapisan atas, masukkan semua bahan, kacau dan masak dengan api yg kecil...sehingga mendidih..., curahkan ke atas nya
4. Tolong kukusnya selama 25 minit guna api perlahan dan letak tepung pelita dalam loyang supaya daun pisang cantik tak senget benget....


Saya kena lebih hati2...mungkin ada bahan @ cara yg tertinggal dalam resepi yg dibaca....




                                  Kuih yg dah kukus



                               Kuih belum kukus...hahaha


Kan ade beza itupun tak reti hehehe......

Kari Daging



Hubby teringin kari daging dan nak warna merah macam kat gambar......Selalunya saya masak warnanya kuning, hubby nak macam kat kedai mamak huhuhu.....


So saya cuba ada 1 resepi tu dr Majalah Rasa dan ubah suai sikit supaya menjadi seperti yg hubby teringin.....Nasib baik hubby kata warna macam ni yg dia nak so jadele kot...hehehe


Meh tengok resepi....


Bahan2


4oog daging 
1 peket kecil serbuk kari daging Babas
1 cawan santan perah(kilo)
3 biji bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 inci halia ditumbuk
1 batang kayu manis
3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 batang daun kari
3 biji ubi kentang dipotong 2
3 sudu cili paste
garam dan gula
sedikit minyak utk menumis


Cara2


1. Panaskan minyak masukkan daun kari, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dan semua bahan yg ditumbuk.
2. Bila wangi masukkan serbuk kari dan cili, tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata, biarkan sebentar masukkan sedikit air asam jawa, dan ubi kentang.
4. Apabila daging telah empuk masukkan santan, garam dan gula




Selamat mencuba...



Saturday 21 August 2010

Murtabak Daging



Salam semua, semalam hubby nak makan murtabak. Mula2 ingat nak belije... mengingatkan yg beli biasanya tak jumpa daging kat dalam so nak buat sendiri... 


Mula2 ingat nak guna kulit popia, tapi kat kedai tadi takde pulak kulit...so kena buat sendiri...Dah lambat tak sempat nak belek kat mana2... Main agak2je tak sukat..hehehe. 


Saya buat adunan spt nak buat roti canai......Lain kali saya buat kulit saya sukat supaya boleh share kat sini...



Dah buat ade lagi kulit tapi inti dah nak habis... Saya tambah dengan tuna sardin yg pedas...ada lebih haritu masa buat sandwich sardin...


Bila dah buka puasa yg ada tuna lebih sedap coz terasa garamnya...sedangkan yg inti murtabak daging  tawar..... Macamanapun bila cicah kuah kari balance balik rasanya hahaha








Inti Murtabak my stail


Bahan2
150 g Daging kisar (Ramly)
2 ulas bawang putih ditumbuk
3 ulas bawang merah ditumbuk
1 biji bawang besar dipotong dadu
sedikit daun bawang dipotong kasar
sedikit daun saderi di potong kasar
garam secukup rasa
1 sudu teh serbuk kari
sedikit minyak utk menumis
2 biji telur gred c


Cara
1. Panaskan minyak, masukkan bawng putih dan meah
2. apabila telah wangi masukkan daging sserbuk kari kacau sebentar
3. Masukkan daging kisar, kacau hingga masak, ketepikan
4. Dalam bekas lain pecahkan telur, masukkan daun bawang dan saderi, masukkan garam dan bawang dadu, kacau..dan masukkan daging kisar tadi....
5. Tebarkan kulit murtabak, letak dalam kuali leper dah dilenser dengan minyak, masukkan inti dan lipat segi empat... 


guna api perlahan, balikkan tunggu kekuningan /masak . Nak senang guna kulit popiaje(semuani saya tiru dari program tv yg saya pernah tonton hehehe)


selamat mencuba

HANNAH




Pagi ni nak cerita tentang Hannah. Gambar kat atas tu dia minta saya masuk dalam blog...sebab dia rajin buat macam2 ciptaan dengan block.... 


Malam tadi dia dok menatap blog saya dan scroll agaknya mencari n3 pasal bendeni kot...sebab dah seminggu janji hehehe...nak masuk n3 memasakpun tak sempat lagile n3 gambar kat atas tu...


Nasib baikle tak reti baca lagi kalau tidak sure semua nak di godeknya...




Sempat posing nak buktikan dia yg buat hahaha..... 


Sebenarnya saya nak cerita tentang Hannah buat kecoh 1 nursery pada hari Isnin lepas.... Masa saya ambil dia pada pukul 5.30 ptg budak2 yg lain mengadu Hannah tidur tak bangun2.... Rupanya masa saya dtg dia tengah makan kat dapur dengan keadaan menggeletar....sebab dia beritahu dia puasa....


Pengasuh takut dia pengsan sebab tak bangun2. Bila dikejutkan tak sedar...kena geletek pun no respon...Akhirnya terpaksalah pengasuh letak air kat muka... Bila tersedar terus kata dia dahaga....Kesian anak ibu....


Hari Isnin lepas cuacanya begitu panas terik... saya pun terasa kering tekak... Lagilah budak yg baru berusia 4 thn 7 bulan...


Sedangkan dia tak bangun sahur dan malam sebelumnya dia tidur tak nak makan nasi cuma hisap susu...(ye masih membotol lagi). Kami memang takde minta Hannah puasa pun sebab rasa dia kecil lagi...


Sampai rumah saya bagi air sirap, dia masih lagi menggeletar....


Bila saya tanya dia kata esok nak puasa so pada pagi Selasa saya kejutkan dia makan sahur...Alhamdulillah senangje nak suruh dia bangun..


Balik kerja saya dapati dia belum bukak puasa lagi....Haritu pulak sejuk sikit...hujan. Sampai rumah terus dia minta susu bukan sebab lapar atau dahaga sebab tengok si adik minum susu huhuhu.. Kami pujuk dan berjaya Hannah menamatkan puasa pertamanya....


Alhamdulillah dia tak tinggal lagi puasa sampai hari ni...Tak taule kalau dia gagal menahan nafsu nak  minum susu, bila nampak Hanis do melantak susu .... Inipun dah 3-4 kali kata nak susu...


Tengoklah  nanti macamana  ...


Selamat berpuasa semua...

Friday 20 August 2010

Sup Tulang Rusuk


Salam semua, dah lama tak masak tulang lembu, asyik mengadap ikanje...huhuhu demi  'abang' kami semua lupakan makanan yg gatal2, nak makan tulang pun hubby call 'abah' hehehe...


Dah seminggu puasa baru jumpe menu ni hehehe , fav. hubby.....
yang makan banyak bukan hubby tapi anak2.... Dah jadi macam pirana pulak....  Makan dgn nasi bertambah...,  lepastu boleh sambung dgn mee hoon pulak......


Bahan2


600 g tulang
4 biji kentang bulat/tak dipotong
1 batang kayu manis
3 inci halia
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
4 biji buah pelaga
20 biji lada hitam
2 barang serai di titik
daun bawang
daun saderi
bawang goreng
garam secukupnya
air secukupnya.
sedikit gula
4 biji cili api


Cara2


1.Rebus tulang hingga daging hampir lembut, masukkan ubi kentang dan 2 inci halia
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada hitam dan halia
3. Tumis guna sedikit minyak dan masukkan kayu manis, buah pelaga  dan bunga lawang hingga wangi
4. Masukkan tumisan dalam rebusan tulang(jangan masukkan minyak)
5. Masukkan serai , garam , sedikit gula dan cili api
6. Renehkan hingga daging lembut
7. masukkan daun saderi dan bawang serta bawang goreng


Selamat Mencuba

Kuih Kacang/Kasturi



Buat kuih ni sebab ada lebihan kacang rebus masa buat bubur haritu....Kuihni bukan fav. dan ni pertama kali buat sebab tak nak membazir dengan kacang yang dah rebus.....


Makan pun jarang...so tak pasti sedap ke dak.... Buat pun sikit je dan ada yang dah siap bentuk cuma tinggal gorengje dalam peti... Pastinya lebih besar saiz dari yg dijual....


Resepi saya ambil dari Resepi Juadah warisan nenek cuma saya tambah 3 sudu tepung gandum dan masukkan sedikit kelapa parut.


Bahan2
90 g gula
600ml air
12 g kacang hijau direndam 4 jam
2 helai daun pandan
minyak
(saya tambah)
3 sudu tepung gandum
1 cawan kelapa parut




Bahan Kulit
3 sudu tepung gandum
garam secukup rasa
sedikit air
(saya tambah)
1 sudu tepung beras


Cara
1.Rebus kacang hingga empuk
2.Masukkan gula dan daun pandan, guna api kecil gaul hingga gula larut.
3.Biar sejuk masukkan sedikit tepung dan kelapa parut, bentuk  bulat dan leper.
4.Bancuh bahan kulit (tidak terlalu pekat @ cair)
5.Celup adunan dalam tepung dan goreng hingga kekuningan.


Selamat mencuba

Wednesday 18 August 2010

Kuih abuk-abuk




Bulan puasa selalu mengingatkan kita dengan makanan yg pernah kita makan semasa kecil..... Harini teringin maka kuih abuk2 seperti  yg pernah di masak oleh aruah emak.....


Dulu masa mak ada tak pernah ambil kisah nak buat kuih ni, tapi tahun ni utk pertama kalinya saya membuat kuih abuk2 ni...


Buat kuihni main agak2 spt yg aruah pernah buat dulu... cuma tak boleh nak rasa sama ada dah cukup manis atau belum... Kuih ni pun seperti terlebih kukus pulak... Bila dapat makan rasa sedap sangat...utk tekak sayalah...rindu kat ........ 


Dua hari baru kuih tu habis..... nampaknya yg makan banyak sudah tentunya saya dan Haidah..... Ini baru pertama kali anak2 makan kuihni  huhuhu... kalau mak masih ada tentu dia bangga anak yg sorangni dah turun ke dapur hehehe.... dah tak mengharap kakak2....


Bahan(agak2)


150 g sagu - rendam sekejap
150 g@kurang kelapa parut
2 sudu besar gula merah
3 sudu besar gula pasir
secubit garam
daun pisang secukupnya


Cara
gaul semua bahan dalam mangkuk besar, rasa sedikit kalau tawar tambah lagi gula...(saya tak buat sebab tengah puasa.....hehehe)
ambil 2 sudu besar adunan dan balut dengan daun... kukus sehingga masak dalam 15-20 minit....

Tuesday 17 August 2010

Nasi Kerabu


Hari ni ada mesyuarat sampai pukul 4 lebih...Singgah lagi kat kedai..dan setelah ambil anak dah pukul 5.30... 


Teringat pulak gas dah habis pagi tadi, so hubby kena keluar semula utk beli gas dan bawa sekali Hana dan Hanis...Saya pulak ambil peluangtu utk solat Asar.


Nasib baik malam tadi dah rebus ikan dan juga dah masak sambal. harini sambaltu kena repair sikit...saya tambah dengan santan pekat...hopefully rasanya menjadi lebih sedap...hahaha


Hubby pulak request air amra/kedondong???? So saya blend le airtu campur sikit gula dan letak sedikit asam boy... Kurang manis respon hubby waktu buka ...huhuhu saya kan puasa mana tau sama ade manis @ tawar...macamanapun habis ...itu sebable saya tak dapat tangkap gambar.




Hari ni nasi colour biru...., nasib baik saya buang semula air selepas titis kan colour..kalau tidak mesti tak lalu hubby nak menjamahnya. So warnanya nampak cantik dan selera nak makan...


Hari ni saya nak share nasije...supaya lain kali ingat...cara nak masak. Sambal tak boleh share lagi coz for me tidak begitu sedap.... 


Macamanapun nasi kerabu reguest dari Hisyamuddin, lengkap dengan ikan goreng tepung, telur masin, daging goreng dan sayuran hehehe..macam yg beli kat pasar Ramadhan....


Kena tunjuk kat anak2 cara nak makan, sebab depa tak tau... Cuma Hana saje nak nasi putih..dan akhirnya saya tengok dia makan nasi biru dengan ikan gorengje... sayur dan isi ikan yg telah digoreng tanpa minyak dia tolak tepije...huhuhu.


Haidah pulak begitu berselera...sampai bertambah2. sahur esokpun nak nasi kerabu, but esok nasi putihje...pagi2 tak sampai hati nak makan nasi biru huhuhu...


Cuma satuje yg takde ......budu hik hik hik. 




Bahan2


2 cawan beras
1 helai daun pandan
1 sudu teh garam
3 cawan air 
1 titis pewarna biru


Cara


Basuh beras, masukkan air dan titiskan pewarna biru. Masukkan garam dan masak guna rice cooker...



Sunday 15 August 2010

Daging Manis Hitam Berlada


Resepini saya dapat dari Majalah Rasa bulan Julai 2010.Sebenarnya saya tak guna sukatan seperti dalam majalahni, cuma guna semua bahan yang tertera. Dagingpun tak sampai 300g, hasilnya boleh tahan spt masak kicap cuma pedas sebab ada cili...




Cukuplah makan kami berdua, sebab anak2 tak makan... Mereka makan ikan gorengje...


Bahan2- resepi di majalah Rasa


300 g daging dipotong nipis
50 g bawang merah
2 ulas bawang putih
20 g cili kering
2 cm halia
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 biji cili hijau dibelah dua- saya tak letak
125 ml kicap manis
2 biji buah pelaga 
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
125 minyak masak

garam dan gula secukupnya




Cara memasak


1. Bersihkan daging dan toskan airnya
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis hingga berbau harum dan garing
3. Kemudian masukkan daging dan kacau hingga mendidih.
4. Masukkan kicap dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya
5. Kecilkan api dan biarkan daging lembut


Saya tambah sebiji tomato coz tak dinyatakan tapi dalam gambar ada pulak tomato hehehe....


Selamat mencuba

Saturday 14 August 2010

Kuih Bakar utk kakak


Pagi tadi lepas sahur terus tak tidur, lepas menonton tv dan solaat Subuh terus bancuh adunan kuih bakar. Buat ni atas permintaan kakak/ Haidah yg kata suka dengan kuih yg saya buat haritu....


 klik resepi kalau nak cuba buat ...k




Kuih bakar tak ready nak dipotong so ni gambar dari atas rupa sebelum dipotong...


Harap2 semua suka kuihni, pastinya yg ni lebih lemak dari yg dulu hehehe


kakak2 dan anak sedara yg teringin sila balik kg petangni, 

Bubur Kacang hijau/durian


Salam semua, ketika hari pertama puasa ayah dan mak mertua teringin makan durian. Agaknya dah 20 hari buat umrah tak jumpe kot durian kat sana. Saya pun tak pasti beli berapa biji... yang pastinya tak habis di makan.  Pagi Khamis mereka dah balik semula ke Manjung..


So petang tu walaupun balik lambat saya cadang nak buat bubur kacang hijau perisa durian hehehe... Semangat dengan harapan semua orang akan menjamah bubur ni...terutama yg suggest idea....


Balik rumah dah pukul 5 petang, terus rendam kacang hijau, dalam pukul 6 petang saya rebus kacang hijauni, pukul 7 petang baru masukkan santan. Waktu berbuka baru masak tapi sorangpun tak makan huhuhu....semua dok makan nasi dan tauhu sumbat...




Ini rupa bubur kacangku, ni dah tinggal sikit lepas bagi kat jiran2 dan kakak....


Resepi yg biasa saya buat


bahan2


250 g kacang hijau
1.5 liter air
1 cawan gula kurang manis tambah lagi
santan kilo dalam 300g/ ikut suka
100 g sagu
1/2 cawan gula melaka di hiris/sagat
5 ulas durian


Cara


1. Rebus kacang hijau hingga empuk
2. Buang air rebusan dan ganti 1.5 liter air
3. Masukkan gula dan gula melaka
4. Kacau sehingga gula hancur 
5. Masukkan santan, apabila telah menggelegak/ masak masukkan beberapa ulas durian
6. Masukkan sagu, kacau hingga sagu masak


tutup api, sedia dinikmati... kalau nak lagi sedap masukkan beberapa daun pandan ( saya tak letak sebab lupe nak beli huhu)


Selamat mencuba

Tauhu Sumbat


Semenjak Ramadhan, bertambah sibuk tak sempat nak masuk n3 baru.  Setiap hari memasak tapi tak sempat nak tangkap gambar.... Lebih2 lagi sampai pagi Khamis mak dan abah ada kat umah. lagile!!!! takkan nak tangkap gambar makanan....hehehe


Semalam petang balik umah lambat, sampai rumah dah pukul 5 pm coz ada meeting guru. Masih nak memasak lagi sebab tak nak beli...(azam Ramadhan ini)


Saya sempat memasak sup kepala ikan merah lagi macam minggu lepas so takkan masuk n3 for that....ini request dari hubby... Hubby nak sup tulang tapi mana sempat nak masak dalam masa yg singkat..huhuhu lagipun abang tak baik lagi dari allegi...


Saya juga sempat buat bubur kacang....sebab kesian kat durian yg tak terusik masa buka....dan yang ni akan masuk next n3.






Ni gambar tauhau sumbat versi malas....semenjak tau orang kat umah boleh makan tauhu sumbat dengan sos saya rasa hidup ini begitu senang sekali...hahaha


Bahan


2 ketul tauhu dipotong 2( 4 ketul)
sedikit tauge
sedikit timun dipotong halus
sedikit sos cili
minyak utk menggoreng
Cara


Panaskan minyak,
Goreng tauhu dan tekan2 sedikit supaya air keluar,
apabila kekuningan angkat.
Biarkan sejuk dan potong utk buat poket
timun dan tauge disumbat kedalam poket seterusnya letak sos 
sedia utk dimakan




Begitu mudah utk membuatnya...pastikan guna  tauhu yg segar aje..k
Related Posts with Thumbnails