Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Tuesday 23 August 2011

Ketam Masak Lemak Cili Api



Assalamualaikum,


Lauk berbuka yg menyelerakkan.... Tak boleh makan selalu...ada yg allergic.... dan kolesterolnya tinggi...


Saya guna santan...memang sedap... Selalunya kalau masak ketam saya mesti letak daun kunyit.....sebab baunya sgt menyelerakan...


Bahan2


5 ekor ketam di potong dua
3 biji bawang merah ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 batang serai diketuk
sedikit serbuk kunyit
1 helai daun kunyit 
1/2 liter santan
sedikit minyak
4 biji cili api/ikut kegemaran ditumbuk
Garam dan gula secukupnya


Cara 


Tumis bahan yg ditumbuk hingga wangi, masukkan kunyit serbuk.
Masukkan ketam, serai dan daun kunyit gaul rata. apabila separa masak, masukkan santan kacau hingga masak. Perasakan dengan garam dan sedikit gula..( kadang-kadang saya letak sekeping  asam gelugur. 


Selamat mencuba....





Sunday 21 August 2011

Biskut Arab


Assalamualaikum


Biskut ni buat lagi tahun ini... sebab tahun lepas tak dapat beri pada mak mertua kerana minyak sapi yg diguna dikatakan tidak halal... selepas biskut yg saya buattu dah beri pada rakan sekerja non Muslim, dan baki minyak sapi dah beri pada rakan sekerja utk sambut Deepavali..... Barulah dapat berita yg minyak sapi tersebut sebenarnya halal...


So tahun ini selain buat biskut makmur(tahun lepas tak buat) saya buat juga biskut arab... Dapat bantuan menggentel dari sikecil Hanis dan juga hubby....Disini saya nak kongsi resepi yg saya ambil dari internet...


Yang membuatkan saya suka buat biskutni sebab tak payah nak putar minyak sapi.... Bulan Ramadhan tak suka bunyi bingit hehe...


Bahan2 (saya buat 2 adunan)


250 g tepung gandum
125 g gula halus
125 g minyak sapi
Pewarna (hijau, kuning telur & merah)


Cara


1. Gaulkan semua bahan hingga sebati(kecuali pewarna)
2. Agihkan kepada 3 adunan
3. Warnakan setiap satu adunan dengan warna berbeza
4. Bentuk bulat kecil2
5. Cantumkan
6. Bakar pada suhu 180 c 20 minit ( saya bakar suhu 160 c selama 10 -15 minit)
7. Apabila sejuk tabur gula halus dan letak pada paper cup kecil


Agak mudah membuatnya dan rasanya pun sedap.... Mungkin saya kena buat lagi sebab setiap hari Hanis nak dua keping...haha sekiranya rajin.....






Dua botol biskut utk mak mertua(ini je mak yg ada)


Selamat mencuba

Biskut Makmur




Assalamualaikum

Resepi ni buat pagi semalam, dah rasa malam tadi baru masukkan entri. Memang sedap.... selamani kalau beli rasanya tak seperti ini... Mungkin jenama minyak sapi yg digunakan ada memainkan peranan pada rasa... 

Boleh juga buat bulat2 dan masukkan dalam paper cup....
Nampaknya utk rumah mungkin kena buat lain kot.... sebab haidah cukup gemar makan.... Dapatlah buat satu bekas untuk mak mertua...


Bahan2


500 g tepung gandum
250 g (+-) minyak sapi
80 g gula halus


Inti 300 g kacang tanah
 70 g gula halus


Gula ising utk hiasan


Cara 


1.Gaulkan semua bahan hingga sebati dan lembut(hingga boleh dikepal)


2.Kacang tanah disangai, buang kulit dan blender
tambah dengan gula halus


3.ambil doh dan leperkan, masukkan inti dan bentukkan bujur sebesar buah kurma. Bakar dalam oven suhu 20- 25 minit. sejukkan dan golehkkan dlam gula aising.


Saya bakar dalam oven suhu 160 c 10-15 minit)




Dapat 50 biji dalam  satu bekas...

Thursday 18 August 2011

Nasi & Kari Daging Kambing





Assalamualaikum


Petang ni hubby teringin berbuka daging kambing.... Saya pula teringin nak masak nasi yg special sikit...hehehe (actually teringin nak merealisasikan resepi)


So saya kawankan dgn lauk kari kambing dan salad saja utk berbuka...


Semua suka dgn rasanya....


Bahan


3 keping daging kambing dipotong2
5 batang kulit manis*
4 biji bunga lawang*
5 buah pelaga*
1 sudu kecil jintan putih ditumbuk*
1 sudu kecil jintan manis ditumbuk*
1 sudu makan ketumbar ditumbuk* 
4 keping daun salam
2 biji tomato dipotong 
4 sudu makan serbuk kari daging
sedikit minyak
1 biji bawang besar diblender
4 biji bawang merah diblender
3 ulas bawang putih
 sedikit air
2 gelas beras 
1 biji kentang
1/2 cawan kacang dal rebus


Cara


1.Tumis bahan bertanda * hingga wangi, seterusnya masukkan bawang yg telah diblender, terus menumis hingga berbau wangi dan masukkan serbuk kari daging.


2. Apabila serbuk kari daging telah pecah minyak, masukkan daging kambing dan kacau hingga masak, Sekiranya kering masukkan sedikit air, ulang hingga daging menjadi empuk.


3. Dalam periuk lain masukkan sedikit minyak zaitun dan tumis hirisan bawang besar beserta 1 batang kulit kayu manis, buah pelaga, sebiji bunga lawang. 


4. Apabila tumisan menjadi wangi masukkan beras dan 1/2 biji tomato, dan tumis sebentar.


5. Tutup api dan masukkan kedalam rice cooker, masukkan 2-3 sudu kecil garam halus, daun salam dan sebahagian (1/4 )daging kambing yg telah dimasak tadi. Tambah dgn 2 1/2 gelas air.




Untuk Karinya


Daging kambing yg telah dimasak tadi tambah dgn tomato yg telah didadu, tambah garam dan sedikit gula. Tambah dgn kacang dal yg telah direbus serta 1 biji kentang dipotong memanjang.
Tambah air bila perlu.
Apabila kentang telah empuk tutup api.




Selamat mencuba...











Wednesday 17 August 2011

Homemade Watermelon Juice

Assalamualaikum 


tinggal 25 minit lagi waktu nak berbuka......
Minuman utk petang ini air tembikai......
Untuk buatpun mudah...blend saja....




Petangni buat satu jug je...
Ni saya tak letak lagi ais sebab ada yg tak boleh minum banyak ais.....


Bahan2


Buah tembikai
air sejuk
8 sudu makan gula @ kurangkan (ikut kegemaran)


Cara


1. Potong buah tembikai isi separuh blender, letak air sejuk tinggi sikit dari tembikai, gula  dan blend...
2. Untuk 1 jug saya blend 2 kali


Selamat Mencuba

Biskut Nestum

Pagi ni buat biskut for raya...harini kan Selangor cuti Nuzul Quran...
Hubby kena menerap biskut ni sebab tangan saya dah terluka ketika menerap.....bila lagi nak menolong . Biskut yg siaptu pun utk mak dia juga...


Bahan2


250 g butter
50 g kismis
50 g coklat chip
3 cwn tepung gandum
3 cwn nestum
1 1/2 cwn gula perang
2 biji telur


Cara


1. Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur dan 1 penutup  esen vanila dan pukul lagi
3. Masukkan tepung da dan nestum gaul hingga sebati
4. Masukkan kismis dan coklat chip
5. Bentuk biskut ikut kegemaran anda
6. Bakar pada suhu 18 c selama 20 minit ( oven saya 160 c selama 14 minit/ hingga masak




Untuk mak mertua

Friday 12 August 2011

Kari merah Daging Kambing


Assalamualaikum


Resepi ni buat beberapa hari yg lalu....ia tidak menggunakan serbuk kari  hanya guna daun karije... dan saya dah ubah ikut kesesuaian citarasa tekak keluarga ini...


Kena tulis dalam blog nanti lupa resepi...haha


Bahan


2 keping daging kambing dipotong kecil
1 sudu kecil ketumbar ditumbuk
1/2 sudu kecil jintandi tumbuk
1 biji bawang besar di blender
3 biji bawang kecil di blender
3 ulas bawang putih di blender
3 tangkai daun kari
1/2 inci lengkuas
5 sudu cili paste
1 batang kayu manis
3 biji bunga lawang
sedikit minyak, garam dan air
secubit saffron


Cara


1.Ketumbar dan jintan tumbuk dan perap pada daging kambing
2.Masukkan minyak dan tumis bawang yg telah diblender, bunga lawang, daun kari dan kayu manis 
3. Masukkan cili dan tumis hingga cili betul2 masak
4. masukkan daging kambing kacau
5. Sekiranya kering masukkan sedikit air
5 masukkan lengkuas dan saffron
6. Tunggu hingga daging empuk dan perasakan dengan garam


Rupa karini adalah merah seperti sambal

Wednesday 3 August 2011

Puding Roti....Perancis

Assalamualaikum


Buka puasa hari ini buat puding roti...nak habiskan roti yg tak da sapa nak makan dan dah nak expired... Tak sempat nak tangkap gambar ...nak simpan resepi sebab buku resepi asyik hilangje... Saya dapati resepini sedap dan lain kali boleh buat lagi...


Bahan2


6 keping roti gardenia... saya guna1/2 batang roti perancis plus tepi roti yg tersimpan  kat peti ais lebihan buat sandwich haritu... 
2 biji telur
1 tin susu cair
3-4 sudu makan gula
1 penutup esen vanila  star brand
sedikit mentega...saya ganti dengan margerin
sedikit kismis.. saya tak letakpun


Cara


1. Panaskan oven
2. Roti dipotong dadu dan diatur dalam dulang pembakar
3. Pecahkan telur dan dicampur dengan susu cair, kacau rata bersama gula.
4.Letak esen vanila kacau rata dan masukkan ke dalam dulang pembakar berisi roti.
4.Biarkan sebentar sambil ditekan-tekan
5. Sapukan diatas roti margerin @ letak margerin
6. Bakar dalam oven selama 30 minit dengan suhu 160 darjah celcius. 
Related Posts with Thumbnails