Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Friday 26 June 2015

Sup merah singapura.....tulang kambing

Assalamualaikum

Petang tadi dapat menyiapkan juadah berbuka puasa yang lama teringin nak makan...
Intai2 resepi terjumpa diblog masam manis.  Wooww... byknya step nak memasak ...

ringkasnya saya perlu rebus tulang bersama halia, serai, bawang putih dan sup bunjut. Memandangkan dirumah tiada sup bunjut...
saya masukk kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
Rebus hingga empuk...

sambil merebus masak pula cilinya...
apabila cili dah masak
Masukkan cili kedalam rebusan tulang kambing tadi...
Kemudian masukkan bahan2 sayur

Saya tak masukkan pewarna merah ...
kiub2 daging tak dimasukkan
Ketumbar, jintan dan lada hitam saya tumbuk

Senang cakap...
Sepanjang memasak tadi laptop sentiasa disisi hehe...
Sila rujuk sini utk rujuk resepi

seslamat mencuba...


Thursday 25 June 2015

Kek Batik mudah...


Assalamualaikum...
Alhamdulillah baru saja menyiapkan juadah permintaan anak...
Esok bolehla anak2 makan
Lagipun abang dan kakak esok balik dr asrama..
Resepi nya cukup mudah

Bahan2

1 biji butter*
1 cwn susu pekat*
1 cwn milo*
1/3 sudu teh coklat emalco*
450 g biskut marie*

Cara2

Masukkan semua bahan bertanda * kedalam kuali.
Mulakan dengan butter dulu
apabila telah sebati masukkan biskut marie yg telah dipotong 2
Gaul rata
tutup api dan masukkan kedalam bekas yang telah dilapik dengan plastik
Ratakan dgn senduk
masukkan tangan dlam plastik dan tekan2 supaya rata dan padat
biarkan sejuk
masukkan kedalam peti sejuk



Selamat mencuba...



Wednesday 24 June 2015

Roti Sausage Gulung...


Semasa dipejabat teringat apelah juadah mudah yang boleh disediakan.
Sebenar nak pulangkan pinggan jiran sebelah,.haha
Takkanlah nak beri juadah beli di pasar Ramadhan. 
Biasalah bila Ramadhan jiran akak rajin memberi juadah...
Kitapun nak berkongsi juadah drpd air tangan sendiri...

Memandangkan dirumah ada roti dan sausage. Sayapun terfikir nak buat roti sausage gulung. Dalam 10 - 15 minit boleh siap sebab saya hanya masak 6 gulung sahaja...

 

Bahan2

6 keping roti
6 sausage
2 biji telur gred A
1/2 cwn minyak
sedikit garam

Cara2
sausage di goreng dulu tanpa minyak dalam 3 minit- golek2 spy rata masaknya.
telur di kacau sekejap dan masukkan garam
Lenyek roti
letak sausage  dalam roti dan gulung
Panaskan kuali nonstick
masukkan minyak
Masukkan gulungan roti kedalam telur
dan masukkan kedalam kuali
Masak sekejap(kekuningan)
angkat dan toskan

siaplah juadah berbuka puasa utk hari ini...

m

Sunday 21 June 2015

Ikan Rebus Opah........


Petangni anak2 dah balik asrama, so masak yg yg senang dan mudah sahaja.
IKan rebus ni  adalah resepi mak mertua... saya suka....anak2pun suka...
Mudah disediakan, cepat dan sangat sesuai utk ibu2 yg berkerjaya....

Bahan2

4 ekor ikan kembung
1 ulas bawang merah
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil cili paste
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya 
1 keping asam keping
5 tangkai daun kesum
2 batang serai diketuk

Caara2

Masukkan setengah periuk air
masukkan semua bahan termasuk ikan
Panaskan api dengan perlahan
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Tutup api apabila menggelegak

Jika nak pedas tambahkan cili
Boleh tambah carrot atau kacang

Sangat sesuai dimakan bersama ikan goreng

Air Kelapa laici...

 Bahan2

3 biji air kelapa muda
1 tin laici
1/2 biji jus lemon

Cara2

 Gabungkan ketiga-tiga bahan kedalam jug (saya guna jug 2 liter)
Alhamdulillah cukup utk minum 6 orang.  Dan sesuai dengan juadah berbuka nasi beriani...

Kami tak tambah gula... dan air kelapatu dah simpan dalam peti ais drpd tengah hari

Tambah 3 ketul ais dalam setiap gelas

Sapa suka manis tambahlah gula....

Pastinya lebih sedap drpd yg jual kat pasar ramadhan

utk ingatan lain kali kalau nak buat jgn masukkan semua air dr laici,,,

Resepi utk tatapan dimasa hadapan...

Saturday 20 June 2015

NASI BERIANI KAMBING....


Alhamdulillah dah masakpun nasi beriani....
Tengah menunggu kari yg nak dikawankan dengan nasini.....
Lepasni turn hubby dan anak2 nak buat air kelapa laici....
Air kelapa dah beli tgh hari tadi drpd jiran depan rumah yg berniaga di pasar Ramadhan
Ooooo lagi satu buka, cadang nak makan dalam dulang...dengan khabar boleh mengeratkan silatulrahim family....
Resepi ini utk ingatan dimasa depan...Mana tahu cikgu Badrul teringat kami lagi bila menyembelih kambing.....

Ada yg dah tak sabar sebab pagi tadi kami tak terbangun sahur...

BAHAN2

3 gelas beras/beras biasa(sukatan air mengikut jenis beras)
4 tulang kambing rebus
sebungkus rempah beriani
3/4 biji bunga lawang
1 batang kayu manis
4 biji buah pelaga
sedikit minyak utk menumis/3 sudu mkn
sebiji bawang besar dimayang
garam secukup rasa
gula secubit
2 helai daun bay

Cara2

Masukkan minyak dalam kuali
tumis bawang kayu manis/buah pelaga dan bunga lawang
apabila wangi masukkan rempah beriani
masukkan tulang yang direbus dan masukkan 3 gelas air, garam dan gula
Masak hingga mnegelegak/ tunggu daging kambing empuk/ 15 minit
masukkan beras yg telah dicuci
gaul sebentar. Masukkan dalam rice cooker tambah 2 gelas air lagi
Tanak hingga masak

Apa nak buka hari ini?

Assalamualaikum.

Hari ni Sabtu, dah masuk Ramadhan yg ke 5 tahun 2015.

Baru hari ni boleh update blog sebab hari kerja tak sempat...

Petangni plan nak masak nasi beriani kambing.

Alhamdulillah ada kawan beri daging kambing...sebelum Ramadhan...

Tunggu anak2 balik baru masak dagingni sebab tau ini kegemaran...

Ok bye,,  nak google resepi dulu sbelum masak
Selamat berbuka puasa


Sunday 14 June 2015

Esok Dah Kena kerja....


Cuti sekolah dah habis ..... esok dah kena kerja...
Pertama kali dapat cuti dengan puas... tanpa ganguan...
Mungkin tukar bos baru so cara kerjapun berbeza dengan bos dulu..

Tugasan sebagai ibupun bertambah kena gosok baju sekolah anak..
Inilah tanggungjawab yang perlu dilunaskan...
Hidup tanpa bibik...semua kerja kena buat sendiri...
Hati sangat puas dapat menyiapkan kerja2 rumah ...hihi 
Sekarang anak2 dah makin besar so mereka boleh diharap..


Selamat bekerja para ibu...saya bangga dengan kalian...Wanita Boleh!!!!!

Nasi Ayam cara saya.....



Tengahari ini buat nasi ayam untuk yang tersayang.... Lebih2 lagi petangni 2 orang nak balik asrama...huhu (rumah sunyi semula)
Nak kongsi cara saya buat nasi ayam-

Cara2

1. Rebus 1/2 periuk air berisi 2 inci halia yang dipotong,1 batang  kayu manis, 3 biji bunga lawang, serbuk lada putih dan 5 biji buah pelaga
2. Apabila mendidih, masukkan 1/2 ekor ayam dan rebus dalam 6 minit @ ayam empuk.
3.  Keluarkan ayam dan perap bersama kicap, 2 inci halia dan 4 ulas bawang putih yang ditumbuk halus. Masukkan sedikit garam
4. Basuh 3 cawan beras dan masukkan air rebusan ayam, garam dan seinci halia dipotong2. Saya masukkan garam sehingga air nasi tu terasa sedikit masin.
5. Tanak didalam rice cooker
6. Air rebusan yang masih ada, tambah air dan lada putih, masukkan carrot jika suka, tambah garam dan secubit gula.
7. Apabila menggelegak tutup api dan masukkan daun sup bersama bawang goreng.  
8. Ayam yang diperap, saya goreng dengan sedikit minyak menggunakan kuali nonstick @ dibakar
9. Baki perapan ayam saya tambah 1/2 cawan air, kicap dan garam secukupnya. Masak hingga menggelegak. Tutup api dan tapis.
10. Cilinya saya hanya guna sos cili ditambah suku cawan air panas, tambah sedikit garam. Kacau dan sedia utk dihidangkan.
Kalau rajin lagi ketuk bawang putih dan panaskan sebentar bancuhan tadi...

Ready utk dimakan bersama potongan timun dan tomato






Mee Goreng sempoi...




Salam ceria di pagi Ahad...

Pagini sempat menggoreng mee   khas untuk yang tersayang.....

Sarapan yang sempoi... 

Buat 500g/ 1 bungkus.... utk 6 orang. Resepi main agak2 aje

Letak isi ayam dan fishballje......

Kejap lagi nak masak lunch pulak huhu....






Saturday 13 June 2015

Menara Condong


daya tarikan di Teluk Intan..... Menara condong

Otw balik Klang singgah sekejap......

Dah hampir sepuluh tahun tak menjejak kaki di situ...



Alhamdulillah dapat masuk....

Tiada bayaran dikenakan, cuma tulis dalam guest bookje..

Asalnya adalah tangki  air....

Dibina pada tahun 1885....

Kat dalamtu terpaksa memanjat tangga kayu yang sempit dan curam ...

Ditingkat atas dapat melihat pemandangan banjaran titiwangsa dan sekitar Bandar Teluk Intan

Yang penting anak2 seronok...

Turun dari menara boleh membasahkan tekak di gerai atap biru yang terletak diseberang jalanje... 


Lawatan ke Kebun Anggur Saloma

Nak melawat  kebun anggur tak perlu pergi jauh2...

Kami sekeluarga singgah melawat kebun anggur Saloma yang terletak di belakang restoren di Lekir.





Setelah menjelajah kebun anggur Saloma, Kami tertarik untuk menanam anggur juga....

Kami membeli benih Black opal dan bajanya sekali.

Benih yang berusia 3 bulan itu kami beri kepada Abah untuk ditanam di tepi rumah...

Harap2 bila kami balik pada Hari Raya nanti pokok anggur tu dah makin membesar...


kebun Anggur Saloma boleh dilawati di sini



Related Posts with Thumbnails