Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Wednesday 31 March 2010

Gambar -gambar Kenangan


Ini adalah gambar gambar yang diambil pada malam hari jadi yang lalu. Saya simpan untuk tatapan, sambutan hari tu untuk keluarga saja.  Supaya anak2 mendapat kenangan indah bersama ibubapa.  Simple, yang penting mereka bahagia.



Gambar waktu nak mula acara, ada yg dah pakai baju tidur.


Selesai acara makan



Makanan yg disediakan 




Apa yang tinggal




Gambar anak2










Tiada dalam gambar, hubby sebab dia keje snapje....

Ibu sayang semua

Monday 29 March 2010

Puding karamel pengganti kek coklat


Salam semua, harini harijadi saya dan saya juga cuti hari ini.  Bukan ambil cuti tetapi SMT Klang cuti untuk ganti Hari sukan sekolah pada  Sabtu lepas.  Entri ini bukan nak cerita tentang hari jadi saya tetapi nak cerita tentang resepi puding karamel.  Biasanya harijadi mesti ada kek.  Untuk berbeza pada hari ini saya ganti kek coklat dengan puding karamel.  Ini disebabkan anak2 saya dah jemu degan kek coklat lantaran pada tahun lepas saya asyik membuat kek coklat.  Senang cerita pelbagai resepi kek coklat saya cuba hinggakan budak2 tu dah muak. Dan biasanya diorang tak  pandang.  Hanya berebut bila dah tinggal sedikit.




Resepi puding karamel ini saya ambil dari cikgu Redhuan orang Kelantan( dah balik Kelantan ).  Pada bulan Ramadhan tahun 2002 suami saya asyik membeli puding karamel dari pasar Ramadhan di Andalas.(orang Klang mesti tahu tempat ni) Sepotong harganya RM 2.50.  Pada Ramadhan 2003 harga sepotong telah berubah RM 3.50.  Tahun berikutnya naik hampir RM 5.00.  Mak oii....mahal tu bendanya ciputje.


Kebetulan saya makan puding ni yang dibuat oleh isteri cikgu Redhuan (Yus, nama penuh dah lupa) Sedap.....Sayapun minta resepi dari dia.  Responnya lambat tak dapat2 resepi yang diminta.  Tahun 2005 saya mengandung anak ke-3, saya minta lagi resepi ni.  Dan-dan tu dia start enjin motor dan balik ambil resepi (dia warden pada masatu)Barulah saya dapat buat sendiri. Alhamdulillah dah tak payah beli dan saya tak tau harga puding karamel tu sekarang.




Resepinya simpelje...


12 biji telor gred B(NutriPlus)
4 sudu besar gula + 1/2 sudu air
(dihanguskan guna api yg kecil)
2 sudu kecil esen vanila(star brand)
1 1/2 cawan susu pekat(F&N)
2 cawan air


Cara


1. Gula dihanguskan guna api kecil dalam loyang
ketepikan dahulu....
2. Panaskan pengukus
3. Pecahkan semua telor + esen vanila + susu pekat + air
4. Kacau sebati (jgn terlebih kacau)
Letak pewarna kuning jika suka( saya tak letak pun)
5. Masukkan /tapis ke dalam loyang  
6. Kukus selama 20- 25 minit


Siap...


Terbalikkan semasa panas2


Jom jemput makan........




Selamat mencuba resepi pasti jadi

Sunday 28 March 2010

Sandwich Telor



Alhamdulillah petang ni hujan turun. Sejuk lah sikit Klang.
Hujan2 tak boleh nak keluar so buat minum petang untuk anak2. Cuma ada roti gardenia dengan telor.  Sayapun rebus telor sbb bagi saya sandicwh ni mudah nak buat. Maka terhasillah Sandwich telor yg  di ubah suai ikut kegemaran anak saya.








Bahan


Roti gardenia
2 biji telor rebus di hancurkan
1 sudu teh lada putih  
Garam secukup rasa
sebiji bawang besar dipotong dadu
2 sudu teh mayonis
sos cili ( saya guna Aminah Hasan)


Cara


telor, lada putih, mayonis, bawang dan garam digaul.
sedia untuk disapu pada roti
letak sos cili diatas roti dan kapit dengan roti yg juga telah disapu telor.
potong ikut suka






Saya tak buang kulit roti rasa membazir pulak bila buang .
Lagipun dulu pernah tengok kat kilang roti gardenia. Semua mesin yg buat. Hasil jadi macam dlm gambar sebab mendapat bantuan anak2.

Saturday 27 March 2010

Jangan lupa Earth Hour





Salam semua, beberapa jam lagi kempen Earth Hour akan berlaku. Padamkan lampu selama sejam. Kempen berjalan dari pukul 8.30 mlm- 9.30 mlm.  Keluarga kami bercadang menyokong kempen ini.  Oleh itu kami akan padamkan lampu rumah.  Kepada sesiapa yg terbaca entri ini sokonglah kempen ini. utk maklumat lanjut layarilah
Kempen Earth Hour (Sayangi bumi kita)

Friday 26 March 2010

Diet seharian kita


Salam  kepada semua pembaca blog ini.  Dalam membaca akhbar BH hari ini mata saya terlihat perkataan Amalkan 5M dalam diet.  Ingatkan 5 m tu membaca, menulis, mengarang dll.  Rupanya 5 M ialah:


1. Mengurangkan gula
2. Mengurangkan garam
3. Mengurangkan minyak
4. Melebihkan buah
5. Melebihkan sayuran



  • Kurangkan pengambilan gula.
  • Pengambilan gula yg sederhana ialah 10 sudu teh(50 g)termasuk gula semulajadi dan gula tersembunyi.
  • Gula yg dlm minuman amat berbahaya kerana gula terkumpul akan ditukar kpd lemak.ini boleh menyebabkan kita gemuk dan bolah berakhir dengan penyakit diabetes dan penyakit jantung.
  • Cara mengurangkan gula ialah:
  • lebihkan minum air kosong
  • kurangkan kuih-muih yg manis2.
  • Bila kita buat kek atau biskut kurangkan gula .  Walaupun kandungan gula telah dikurangkan separuh ia tidak akan menjejaskan kualiti dan rasnya.

  • Kurangkan pengambilan garam.Lebih garam boleh menyebabkan darah tinggi

  • Kurangkan penggunaan minyak dengan cara elak masak gunakan minyak. 
  • Cuba kaedah rebus dan kukus.
  • Elakkan guna santan terlalu pekat.
  • Menggoreng dgn cara deep frying.

  • Lebihkan makan buah.
  • Gantikan pencuci mulut manis dengan buah-buahan.

  • Lebihkan makan sayur 
  • Sayuran mengandungi serat dan dapat membantu menurunkan kolesterol.
  • Banyak sayur ketika menggoreng makanan spt bee hoon goreng dsb.


* Macamni susahlah kita, sayani jenis suka makan. Kek, manisan, minum.... air yg manis.  Nampaknya saya kena kurangkan.  Umurpun dah nak meningkat lagi minggu depan. Yang penting sederhana dalam semua hal. Terutama bab makan dan minum.

Kek Buah comel





Cupcake ini ialah projek dengan anak dara saya yg berusia 8 tahun. Dalam asyik buat kek buah dia nak pula buat dalam cup. Inilah hasilnya.  Bahan sama dalam resepi kek buah sebelum ini.  Bezanya adalah waktu membakar dalam tempoh 30 minit suhu 160 darjah celcius. Suhu dan masa sebenarnya berbeza ikut oven masing- masing.  Anak saya bawa bekal di sekolah dan share dengan kawan.  Sayapun bawa ke sekolah dan share dengan kawan sekerja.  Sebiji pun dah cukup mengeyangkan perut.

Thursday 25 March 2010

Kari ayam tanpa santan

Petang tadi masak kari ayam. Kari ni special sikit sebab tak di letak santan atau susu.  Resepini saya jumpa di majalah rasa.

Susu diganti dengan air asam jawa.  Ni... menu untuk orang jaga badan kot.  Saya letak daun kari banyak sikit.  Rasanya tak sesedap kari biasa. Ok la boleh makan. Kena buat kari yang pekat.

Kesian keluarga saya makan. No komplen......
Takut ibu mogok masak.....



Wednesday 24 March 2010

Kesiannya......tapi tak boleh nak tolong.



Salam semua, sebelumtu nak ucaap thanks pada yg sudi menjawab teka- teki sayatu. Jawapannya akan saya berikan tak lama lagi. Tunggu orang lain cuba menjawab lagi...




Hari ini sebenarnya saya nak cerita pasal adik saya. Diani tengah pensyarah politeknik dan tengah cuti ambil Master.  Dalam tengah sibuk belajar anak pun turut bertambah. 4 orang semuanya Yang kecil baru berusia hampir 6 bulan dan kakaknya berusia 1 tahun lebih, lebih muda daripada anak bungsu saya.


Semalam dia call mengatakan pembantu rumahnya cabut lari??? apa dah jadini. SApa nak tolong jaga anak. Kuliahnya di UKM sedangkan dia duduk di Ipoh. Selalu ulang alik naik train. 


Dia tengah berserabut mana lagi dengan asignment, anak dan pembantu rumah. Kenalah cari yang baru dan kena ajar dulu macamana nak buat kerja rumah.  


Saya kesian dekat adik tapi kami duduk berjauhan. Macamana nak tolong??? Dengar suaminya dah serik ....tak nak guna perkhidmatan pembantu rumah.


Sebab inilah saya dan suami memilih hantar anak ke nursery tak de pembantu rumah. Tak payah pikir masalah gelagat pembantu rumah. Sabarye dik....akak doakan semua selesai segera dan dapat pembantu yg baik dan mendengar kata.


Peninglah dengar gelagat pembantu rumah.... ada yg lari dari rumah, mendera anak, mengurat suami, gunakan ilmu hitam.....Macamanani....dunia???

Tuesday 23 March 2010

Teka-Teki



Salam semua, sayani dah 2 malam tak boleh tidur.  Tak tahu kenapa otakni sangat aktif. Dah cuba berbaring tapi terjaga dek rengekan Hanis.  Itu sebabnya kot, dah tidur terjaga balik. Nak lelap semula susah pulak.


Jadi dalam kesunyian malam ni teringat pula teka- teki anak teruna saya yang seorang siang tadi.  Lama juga saya fikir untuk cari jawapannya.  Akhirnya saya terpaksa  memaksa dengan lembut untuk mengetahui jawapannya.  Diani memang suka memberi teka-teki pada saya.  Bukan semua saya reti nak jawab.


Di sini saya ingin berkongsi teka- teki itu.  Sesiapa saja boleh  menjawabnya.




Apakah dia yang bila dah naik takkan turun?     





-seselamat mencuba
s-

Monday 22 March 2010

Award dr Kak intan

Ini adalah award yang saya  ambil dari Kak Intan.

 Terima kasih.


Kalau nak award ni


 kenalah minta sendiri dengan Kak Intanya......


                                               [AWARD.jpg]

Sunday 21 March 2010

sausage roll



Home sweet home, akhirnya balik dah ke rumah. Walau rumah keci yang penting semua urusan kena buat sendiri. So pagini saya buat sarapan sausage roll saja. Mudah dan disukai anak lelaki saya.






Bahan-bahan

Sebuku roti
sausage(belah 2 kalau suka)
1 sudu bancuhan tepung
Minyak masak untuk menggoreng
2 biji telor + garam


Cara

sekeping roti dileperkan 
letak 1 keping sausage
gulung
dan letak bancuhan tepung di tepi
 untuk melekatkan gulungan roti
ulang hingga selesai
Bila siap gulung
Masukkan 1 demi 1 dalam telor yang telah dikacau
goreng dalam minyak penuh hingga kekuningan



           

Friday 19 March 2010

Dugaan orang meniaga.





Salam semua, haritu masa piknik saya sempat sembang dengan Pak Ngah (biras saya).  Masa dia datang kerumah haritu dia kata bisnesnya slow sangat tak ada pelanggan.  Bila kat Manjung tengok ok aje.  Rupa-rupanya baru ok seminggu sebelumni tak ada pelanggan yang datang langsung.


Sebelum saya cerita lebih panjang, sebenarnya biras saya berniaga kedai makan di depan rumah mak mertua.  Sepanjang berniaga dari tak de lesen hingga mendapat lesen bisnes maju saje.  Orang ramai datang sama ada makan kat situ atau bawa balik.  kami nak pesan makan pun susah kena tunggu pelanggan clear baru dapat order kami.


Rupa-rupanya ade orang dengki, dia buat kedai Pak Ngah tertutup.  Maksudnya orang tak nampak kedai makan tu buka.  Patutlah tak ade orang singgah.  Sedangkan biasanya pukul 6 ptgpun dah ada orang singgah minum atau makan. Tak taule orang Melayu dengki bila tengok orang lain maju dan berjaya.  Kenapalah nak kenakan orang Melayu juga.  kalau tak telungkup bisnes Pak Ngah.


Makanan yang saya rasa sedap di kedai Pak Ngah mestilah semua yang diperbuat daripada sup.  Mee goreng diapun kat Klang takde kedai yang  challenge kedai makan Pak Ngah.  Yang pasti waktu saya tulis entri ni pun dia tengah memasak kat luartu.  Saya pun dah kenyang makan bee hoon sup hasil masakan Pak Ngah.


Sesiapa yang pegi Lumut bolehla singgah makan.  kedainya terletak di fasa 2 J.  Kalau nak pegi, hala ke hospital/ SM Teknik Manjung / Telok Rubiah. nampak dari jalan besar.  Waktu di buka sepanjang minggu pukul 6 ptg hingga 12 mlm atau hingga pelanggan terakhir selesai makan.




Semoga kedai makan Pak Ngah terus maju, sapa nak mendengki pilihla kedai lain. Inilah realiti kehidupan . Sapa tak kena mesti tak percaya. Zaman moden pun ilmu hitam masih wujud lagi dan mungkin lebih hebat digunakan. Wasalam

Thursday 18 March 2010

Telok Batik


Salam semua kepada yang sudi singgah blok sayani. Oleh kerana teknologi yang semakin canggih dapatlah saya masukkan entri percutian di rumah mertua.  Inipun dengan bantuan hubby dimana gunakan telefon bimbit dia dapat connect ke internet. Patutla selamani dia boleh akses ke f.book.


Mertua saya tinggal di Bandar Baru sri Manjung fasa 2J.  Tempatni antara Lumut dengan Sitiawan.  Sesiapa yang nak pergi Pangkor mesti lalu. Sesiapa yang nak pergi ke Telok rubiah lagilah akan lalu depan rumahni.  Kiranya saya bukan balik kampung tapi balik ke bandar.




Kalau dah balik Manjung anak-anak mesti nak mandi manda.  Mereka pun dah siap bawa baju mandi dan mengajak opah dan atuk untuk mandi laut.  Kalau hujung minggu sorry lah nak pergi sebab ramai orang. Tak selesa, tapi hari ni kan baru khamis so datang pukul 9.00 pagi pun masih lapang boleh pilih tempat yang sesuai.  Kami kalau piknik di telok Batik akan masuk ke area chalet. Bayar lebih untuk parking tapi boleh park berhampiran pantai.




Kalini kami pergi sekeluarga sekali dengan Mak Ngah(ambik cuti). saya kalau di Manjung pangkat Kak Long dan menantu pertama dalam keluargani.  Kira besarlah pangkat berbanding kalau di keluarga sendiri sayani anak ke 10 daripada 12 orang.


Seronok melayan kerenah anak mandi, saya tak mandi tengok je....
Kalau mandi sungai nak juga.    








Pantai Telok batik....






Bermain pasir di bawah pengawasan atuk







Sementara tu kami sedang menjamah makanan






sempat posing.....








Barbeku di bawah jagaan Pak ngah di bawah arahan opah








Anak-anak bersama Mak Ngah


Balik pukul 2 ptg, 
semua seronok dan....
 balik akan datang akan piknik lagi 
destinasi kemudian fikir 
Wasallam 

Monday 15 March 2010

Pelajar cuti, guru pun cuti

Salam semua yang sudi menjengah dan mengikuti blog saya.  Cuti sekolah semua orang sebuk menghadiri kenduri kahwin.  Begitu juga dengan saya. Anak buah kahwin so sibuklah juga.  Walaupun sebenarnya sibuk menjaga dan melayan keletah anak sendiri.  Anak orang lain ok je... tapi anak saya yang paling kuat melalak. Alhamdulillah majlis dah selesai bolehlah balik rumah. Tak ada orang yang tahu kalau anak saya melalak aja kalau dirumah.

Hari ini saya cuti maklumlah sekolah cuti guru pun tumpang cuti.  Cuti ni bukan saja penting untuk rehatkan minda pelajar bahkan guru perlu rehatkan minda.  Lebih -lebih lagi sekarang gelagat pelajarnya tak sama seperti waktu saya bergelar pelajar.Kalau ikut statistik ramai guru yang masuk tampoi kerana banyak tekanan berbanding kerja kerajaan yang lain.

Sebenarnya saya nak maklumkan cutini saya pun akan berehat dari mengadap blog sayani. Urusan percutian balik ke rumah mak mertuaku. Setiap cuti sekolah inilah rutin hidup semenjak berkahwin. Mereka pun tertunggu-tunggu kami balik bukan apa nak tengok cucu-cucu. Kalau dirumah mak mertua dapat internet saya akan kansel cuti mengadap blog saya. Seronok juga ada kawan-kawan maya.

Selamat bercuti semua terutama pada blogger yang berstatus guru.

Friday 12 March 2010

Masak apa hari ni.........? Makanan terbaik untuk anak.......? Kerang......?




Kadang-kadang sebagai ibu susah juga nak memberikan makanan terbaik untuk anak.  faktor masa menyebabkan kita perlu memilih makanan yang ringkas dan cepat dimasak.  Walaupun kekadang mengakibatkan anak kita mengalami sindrom alahan pada makanan itu. 




Lihatlah kegembiraan anak diwaktu makan, Anak dara saya memang suka makan kerang.  Samada rebus, bakar, sambal dan apa saja menu yang ada kerang.

Kerang oh kerang......

Dimasak cepat

Sedap dimakan........

Akibatnya.... anakku gatal

Macamana nak buat?-?-?-?

Sapa ada pendapat tolonglah bantu........


Pastinya saya akan sering masak untuk anak saya....
Supaya bila saya sudah tiada mereka akan terkenang.....
Walaupun hanya terkenangkan makanan ...
Moga air tangan ibu mereka akan dapat mengeratkan hubungan kami anak beranak.


Sesiapa yang membaca entri saya tolong berikan pendapat. Terima kasih.



Thursday 11 March 2010

Hati Berdebar



Malamni teringat hari esok macamanalah....... keputusan periksa anak didik?

Kita yang berdebar, risau macam kita yang ambil periksa....

Semoga semua dapat keputusan yang terbaik...

Kalau keputusan baik bos senyum bangga.......

Kalau keputusan tak baik kena buat post mortem....

dan kena menjawable kenapa peratusan menurun.....

Sabarle semua guru.....

Kalau keputusan buruk salah guru...

Kalau keputusan baik tak pernah disebut nama guru....

tak tahulah tahun ini kot berubah ........

Tuesday 9 March 2010

Hari Akad nikah Anak Saudaraku dan apa jadi dengan kek buahku

Mingguni sungguh sibuk sekali, walaumacamanapun sempat lagi nak masuk entri baru. Bukan apa lama kang... cerita jadi basi dan biasanya saya ignore terus untuk masuk dalam blog.  Ada juga sahabat bertanyakan apa terjadi dengan kek buah yang saya hadiahkan untuk hantaran perkahwinan Anuar (anak saudara).


Beginilah hiasan yang saya pilih. Memang ada blogger berikan pendapat tetapi saya baca sesudah  membeli kotak ini di kedai.  Bunga pun minta tokeh kedai buatkan untuk saya. Khidmat tu percumaje. Saya bayar untuk barang sahaja. Habis hampir RM 20.00




Gambarni saya nak ambil full view. Oleh kerana tak mahir guna kamera inilah hasilnya. Kena komen teruk dengan hubby. Habis macamana lagi kek dah masuk perut orang...... Macamana nak ulang tangkap lagi.


Inilah gambar hantaran yang dibawa oleh anak buah saya.  Nampaktu kek buah saya dah bertukar ikatan rebennya.  Ini semua kerana salah faham.  Rupa-rupanya tema adalah warna kuning gold.  Telingani dengar warna kuning.  Banyak hantaran berbentuk makanan(macam kami pihak perempuan pulak). Kami menghantar 17 dulang  manakala perempuan 12 dulang.  Nak buat macamana anak buah saya dapat banyak sponsor. 


Inilah gambar pengantin lelaki (anak buah  )
Selamba je....tak  nampak gementar langsung



Kucupan pertama seorang suami kepada isteri tercinta




Majlis Persandingan
Semoga kekal hingga ke anak cucu....Amin


Saturday 6 March 2010

Kek Buah untuk hantaran kahwin



Petang tadi saya bercadang hendak buat kek buah untuk Anuar anak saudara saya, yang akan bernikah pada hari Ahad.  Kek dah siap tapi tak boleh nak hias kerana bekas tak beli lagi. Cadang esok petang baru nak buat hiasan.  Kalau susah sangat esok bagi saja biar kakakje yang hias. Sapa ada idea bolehla kongsi atau beri url mana-mana blog yang saya boleh pinjam idea.




Ketika  di bakar dalam oven








Menarik juga bila ditaburkan buah campur & badam.






Setelah masak, anak-anak kata cantik ada yang terbakar jari terpegang bekas yang masih panas akibat leka memerhati.







Baru terfikir nak letak dimana, bekas kek & hiasan belum beli lagi.





Bila suami nampak kek ini dia bilang kenapa kek haritu tak cantik macamni.....

Terima kasih kepada blog yang memberi inspirasi baru kepada kek buahni. Belum ada lagi kakak-kakak saya yang menghasilkan kek buah dihiasi buah campur dan badam.  Kira handala... dapat kalahkan semua guru saya.  Lepasni kakak saya mesti tiru apa yang saya dah buat.

Sapa nak cuba resepi boleh rujuk entri kek buah. Bye!! jangan lupa beri idea sebab saya takde idea bagaimana nak hias bekas kek ini nanti.


Friday 5 March 2010

Memuji pasangan


3 Sebab kita perlu memuji pasangan

1. Pasangan adalah orang terdekat dengan kita. Dia amat mendambakan pujian.

2. Pujian kepada pasangan adalah motivasi terbaik selain kata-kata sayang dan cinta.

3. Nisbah pujian ialah 100 kali puji, 1 kali kritik.


ooop!!! sebelum anda tanya berapa kali saya puji pasangan. Saya nak nyatakan.......


 100 kali kritik,
1 pujian.

Nampaknya saya perlu ubah tektik.

Bagaimana dengan anda?


Sumber: buku NAK KE TAK NAK
oleh DR. Tuah Iskandar al-haj 



Wednesday 3 March 2010

Rumah baru, beli rumah, macamana pilih rumah....




Haritu  teman sekerja nak tengok rumah yang tengah dibina bersebelahan taman perumahan yang saya tinggal. Dia ajak saya ikut. Woi....!!! menariktu saya pun teringin jalan-jalan tengok rumah. Bukan nak beli saja nak tengok.

Jadi tengahari Jumaat tu kamipun pergi.  Bukan kerumah tadi yang dah nak booking , saya saja minta kawan saya tengok rumah lain dulu. Supaya boleh buat perbandingan. 

Rumah keduani panjang 10 kaki extra dari rumah idamannya, harga rendah 2 ribu dari rumah pertama. Keduanya lebih kurang sama jauh ke tempat kerja. 

Agaknya rumah mana jadi pilihannya?.....

Saya sokongje bab beli rumah tapi kenalah beringat:

1. Mampuke nak miliki rumah idaman tu(tengok harga rumah)
2.Mampuke nak bayar bulanan
3. Tengok sapa pemajunya takut terbengkalai nanti kita juga yang susah.
4.Pastikan pemaju ada lesen sah.
5.Bandingkan jenis pinjaman yang ditawarkan setiap bank.
6. Kena ingat yuran guaman dan duti setem.
7. Kalau nak beli rumah dah dah siap kenalah tengok nilai pasaran.
8. Ada kemampuan simpanan wang sekiranya nak bayar yuran peguam, duti setem dan wang muka.
9. Kawasan pilihan menarik, selamat, pelbagai bangsa, satu bangsa, taman yang kecil...semuanya perlu diambil kira.

Sebab nak beli rumah bukan macam nak beli baju..

Akhirnya kawanku itu memilih rumah yang extra panjang 10 kaki.  Rasa-rasa perlu tukar kerjaya kepada agen hartanah la pulak.

Ada lagi pendapat bolelah utarakan supaya saya boleh tambah lagiapa yang tercatat kat atas


Tambahan: Nak beli rumah kena tengok juga leased hold atau free hold. Free hold harga rumah akan lebih mahal.

Leased hold selepas 99 tahun kena bayar sejumlah wang untuk terus memiliki harta berkenaan.



Rumah bukan untuk dijual

Monday 1 March 2010

Berblogpun boleh buat ibadah......

Haritu terbaca dalam majalah PC keluaran Mac 2010.
Saya kurang arif tutorial yang ada dalam majalahni.
Sebab hubby dah beli sayapun belek sikit.
Yang menjadi tumpuan mata dan minda saya ialah
Surah Al-asr' yang berbunyi:

"demi masa[1]
 Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian[2]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Editor majalah ini mengatakankalau kita gunakan internet secara positif dapat pahala, dan kalau gunakan secara negatif terus dapat dosa.

Saya rasa semua yang saya kenali di alam siber ini boleh dapat pahala contohnya dengan memberikan resepi masakan.
Bermacam masakan terdapat dalam laman blog.
Pilihlah semuanya nampak sedap dan berbalau untuk dicuba.

Blog juga boleh menjadi tempat mencurahkan idea dan pendapat.
Yang penting semuanya positif dan
sekiranya semua yang kita tulis boleh menjadi panduan pembaca
gerenti dapat pahala...
So teruskan usaha kita yang positif itu....

Siapa sokong sila beri komen....
Related Posts with Thumbnails