Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Friday 29 January 2010

Gurukah Aku atau...?

Buku ini di tulis oleh seorang pesara guru
Walau dah bersara beliau masih aktif memberi ceramah motivasi kepada guru
Buku ini dapat menjadi panduan kepada seorang guru
Misalnya....

1. Pelajar tidak suka guru yang marah-marah tak tentu pasal
2. Pujian ikhlas perlu diberi kpd pelajar
3. Guru harus bersikap penyabar
4. Pelajar tidak berani hendak mempermainkan guru yang tegas
5.Pelajar kurang hormat guru yang ambil mudah
6.Guru perlu peka aduan pelajar
7. Guru harus memastikan pelajarnya berdisiplin
8. Pelajar seronok jika guru percaya padanya
9.Guru perlu mesra dgn pelajar
10.Tidak salah guru memberi salam dahulu kpd pelajar.
11. Guru adalah contoh kpd pelajar
12. Kejutkan pelajar yang tidur semasa guru mengajar
13.Jangan memberi gelaran yang buruk kpd pelajar
14. Soalan yang diberi guru perlu dijawab pelajar (cuba pelbagai cara supaya pelajar akan menjawabnya)
15.Guru perlu ada sifat simpati dan empati
16. Apabila guru menyayangi pelajar, Insyaallah pelajar juga akan sayang pada guru
17.Guru yang ada banyak maklumat memberi makna kpd pelajarnya
18.Jangan merajuk dan tinggalkan kelas
19.Guru perlu serius dalam tugas
20 Guru perlu bersikap positif

Itulah antara  yang dapat saya kongsi
kalau baca sendiri lebih seronok
Buku ini ditulis oleh
Cikgu Norbi Husin

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails