WARNA-WARNA DUNIAKU

Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Monday, 27 July 2015

Resepi Kek coklat Kukus



Bahan2

1 cwn serbuk koko*
1 cwn gula pasir*
1 cwn susu cair (ganti 1 cwn air dgn 3 sudu makan susu tepung nespray)*
1 cwn minyak masak*
1/2 cwn susu pekat manis*
4 biji telur gred B
1 1/4 cwn tepung gandum ( guna tepung superfine)
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat
1 stesen vanila

Cara menyediakan Kek
1. Campur semua bahan bertanda *. Masak atas api hingga larut
2. Dalam Mangkuk lain ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Pukul telur dengan whisk
4.Masukkan campuran pertama ke dalam telur yg telah dipukul.
5. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yg telah diayak
6.Panaskan pengukus
7. Alas loyang dengan kertas dan sapu margerin
8. Saya blend adunan kek krn sedikit berketul
9. masukkan ke dalam loyang
10. Alas penutup pengukus dengan kain
11. Kukus 1 jam

Cara Menyediakan Topping

1/2 cwn susu pekat
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh mentega

Masukkan semua bahan dlm periuk
Kacau rata
Barulah letak atas api perlahan dan kacau sebati
@bancuhan mula mendidih

Apabila sudah sejuk, tuang topping ke atas kek yg telah sejuk



Sunday, 26 July 2015

Cara Membuat Ketupat Daun Palas




Bahan2

1 kilo beras pulut(dlm 4 cwn ).
Next time perlu buat 2 kg/ 3 ikat daun palas
1 biji kelapa = 3 cwn santan
sedikit garam

4-5 batang daun palas/ 1 ikat daun palas rm 2

Masak dalam 1 cwn pulut bersama 3 /4 cwn santan
kacau atas api hingga separuh masak.

Daun perlu di bersihkan dan digulung2 sehari sebelum membungkus ketupat
supaya daun mudah digunakan

Dibawah link untuk membungkus ketupat

Cara membuat Ketupat Daun Palas

di youtube

Sesudah membungkus boleh simpan dalam frezer
kukus @ rebus bila nak makan

Wednesday, 15 July 2015

Kek Buah kukus



Kek buah ini khas utk santapan ayah mertua....
Dah lama tak bawa balik kek buah kukus...
Tapi tukang buatpun nak rasa dulu...
kali ni buat dua versi...kukus dan bakar

BahanA

1 biji butter 250 g
2 cwn gula
2 cwn air
1 mangkuk buah campur (saya guna 500g)

Rebus selama 30 minit, api sederhana dan sejukkan

Bahan B
4 biji telur gred A
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung superfine
1 sk baking powder
1 sk cream of tartar
1 sk bikarbonat
1 sk esen vanilla
1 sk serbuk kayu manis

Cara2

Masukkan telur sebiji demi sebiji kedalam bahan A yg telah sejuk
Kacau guna senduk kayu
Masukkan esen vanila
Bahan yg lain perlu diayak dulu sebelum digunakan
Kemudian masukkan sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati

Masukkan kedalam loyang yang telah di lenser dan kukus 4 jam
Boleh juga kukus 2 jam. Hasil yg lebih menarik jika di kukus lebih lama
Adunan ini menghasilkan sebiji kek yg besar


p/s perlu tutup kek dengan aluminium foil

versi bakar masa 2 jam shj, api 180, guna api bwh dulu
1/2 jam terakhir suhu 100 api atas
Perlu buat lagi sekali ...



Related Posts with Thumbnails