Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Monday 28 February 2011

Sup Kepala Ikan Merah Bersuun



Bahan2

Kepala ikan merah
1/2 sudu makan ketumbar*
1 sudu teh jintan putih*
3 biji bawang merah* 
2 ulas bawang putih* 
1 inci halia di ketuk
1 keping asam keping
1 sudu makan lada putih*
2 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
1 batang kayu manis
3 biji bunga cengkih
suun secukupnya/ikut kegemaran
sedikit daun sup,daun bawang bawang goreng
sedikit gula
garam
sedikit minyak utk menumis
air secukupnya

Cara2
Tumis bahan  ditumbuk yg bertanda *
Masukkan buah pelaga, bunga lawang, dan kayu manis dan bunga cengkih
Apabila wangi  masukkan  air,  asam keping dan ikan, sedikit gula dan garam
apabila telah menggelegak/ ikan masak, masukkan suun
tutup api dan taburkan daun bawang/sup dan bawang goreng 

Thursday 10 February 2011

Award From Naz....


Terima kasih buat Naz kerana sudi memberi award..... Maafnya tak boleh nak buat jawab soalan2 tu....


Award kedua utk tahun ini.... Rupanya ada yg mengingati saya walau update blog sekali sekalaje....


Terima kasih kerana sudi berkenalan & berkawan..... Saya hargai setiap komen yg anda tulis..... 

Moist Orange Mocha Brownies


Assalamualaikum, dah hampir seminggu tak update blog....Malas nak buka laptop.... key board desktop buat hal...minta ganti baru sebab banyak kekunci yg dah tak berfungsi.... anak2 & hubby tak kisah sbb mereka hanya guna utk main gameje... Oleh itu beberapa hari ni saya  menjadi silent readerje.. 

Hari ni nak share resepi kek yg saya jumpa di blog kawan2. Kalau tak silap jumpa di blog Izah Muffin Lover... Dah lama salin resepi...baru petang tadi saya realisasikan..... 

Sebenarnya Hannah nak kek batik....Lupa pulak beli butter... yg ada dalam peti tak cukup.....tak sampai 100 g... So saya buat kek ini ganti kek batik....guna butter yg tak sampai 100g tu... bila dicairkan dpt 1/2 cwnje...bolehletu ...

Kek ni berbeza sikit rasanya sebab ada dimasukkan sunquick orange...


Inije yg tinggal...anak2 suka...sikecil Hanis pun makan hingga 2 ketul... berbeza sikit rasanya dgn kek yg selalu saya buat... Boleh buat lagi  hehehe...


Next time kena guna api bwh je bila hampir masak baru buka api atas kalau tidak kek pecah di atasnya.....



Bahan-bahan
Bahan A
  • 1 cawan butter cair -saya guna 1/2 cwnje
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air panas plus 1sk esen kopi..
  • 2 sudu besar sunquick orange - 
  • 2 cawan gula perang
Bahan B (kacau rata) - saya guna wisk
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji telur gred B
Bahan C [ayakkan]
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara :
  • Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
  • Kacau bahan A supaya sebati.
  • Masukkan bahan B dan kacau rata.Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
  • Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
  • Bakar selama 45 - 50 minit. -  suhu 150 C, 



Saya tak letak toppingpun dah sedap....


Selamat mencuba

Tuesday 1 February 2011

Kek ....buah tangan


Salam semua, malam ni nak share ape yg saya masak sepanjang petang tadi...  nasib baik si kecil Hanis tak meragam... so boleh buat dengan aman....


Kek ni nak bawa ke rumah mertua esok malam, selalu bawa sebiji... Malam ni dah kena potong sikit sebab hubby tak sabar nak merasa... 


Rasanya baru dua kali saya letak gambar kek buah yg dah berpotong... tapi ni versi di kukus selama 4 jam. Dengan keadaan pengukus saya yg tak kedap tu menyebabkan saya terpaksa berulang kali membuka dan  mengelap penutup pengukus...Rasa penat betul.


Sempat juga saya membuat sebiji kek coklat tapi versi bakar.






Kek ni pun kena potong juga sebab Haidah teringin nak makan... akhirnya semua merasa kek ni, kecuali Hannah yg dah lena beradu....


Tak taule kek2 ni selamat sampai malam esok ataupun masuk kedalam perut... Nampaknya kena sorok ni......hehehe...kat mane ye?


Resepi kek buah boleh rujuk sini dan kek coklat di sini
saya pun ada tulis resepi kst bawah ni...


Kek buah
Bahan2
1 biji butter /250 g*
2 cawan gula pasir*
2 cawan air*
1 mangkuk membukit buah campur*
4 biji telur gred A/ saya guna 5 biji telur gred B
1 sudu teh esen vanila
4 cawan tepung
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1 sk cream of tartar/dlm btk serbuk


Cara

1.Bahan bertanda * rebus selama 30 minit dgn api sederhana. Pastikan menjadi sederhana likat tutup api....Biarkan sejuk.
2.Panaskan pengukus
3.Kemudian masukan telur sebiji demi sebiji dan kacau.Masukkan esen vanila. Masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder, soda bikarbonat dan cream of tartar sedikit demi sedikit dalam adunan. Kacau rata.
4.Masukka ke dlm bekas yg telah diletak kertas dan telah di lenser. 
5. Kukus dgn api perlahan selama 4 jam/ saya kukus 3 jam je
6. Angkat penutup dan lap dgn kain setiap 20 minit atau lapik dgn kain pada penutup.

Kek Coklat



Bahan2
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula halus
3/4 cawan serbuk koko- saya letak 1/2 je koko habis..
1 s/t baking powder
1/2 s/t soda bikarbonat
1 cawan minyak masak
1 cawan air mendidih
1 tin kecil susu pekat manis- saya main agak2 je sebab ada tin besar
5 biji telur - saya guna gred A


Cara2
1. panaskan oven 150 c
2. Ayak bahan2 yg bertepung
3.gaul rata dengan gula, lubangkan ditengah dan masukkan bahan2 bentuk cecair. gaul rata
4. Masukkan air panas dan kacau rata, masukkan dalam loyang yg telah digris bakar selama 1  jam @ hinga masak.


selamat mencuba
Related Posts with Thumbnails