Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Saturday 27 February 2010

hadiah kain batik lepas dan telekung

Tq! tq! tq!

Seorang kenalan  memberi hadiah kain batik lepas dan telekung.  Bukan sehelai tetapi 3 helai kain batik lepas. Kah! kah! kah! gerenti tak pakai tapi kena simpan sebab ayah mentua kata " setiap rumah perlu ada sebab ada gunanya tersendiri"  Abah kata begitu sebab saya jadikan sehelai kain batik lepas pemberian aruah ayah, menjadi  alas meja waktu buat rumah terbuka aidilfitri yang lalu.

Saya ingat kawan suami beri kain batik rupanya bila buka panjang tidak berjahit.  Coraknya begitu berbeza dengan corak kain yang ada dalam simpanan saya. Anyway saya akan simpan keempat-empat koleksi ini.  Mungkin jadi alas meja rumah terbuka yang akan datang......Jangan marah abah kalau saya guna lagi kain batik lepasni sebagai alas meja untuk apa-apa majlis.  Sebab ia cantik lebih-lebih lagi kalau alas kain yang jarang diatasnya. Tq kepada kawan suami lain kali pergi Indon jangan lupa hadiah untuk saya lagi....





corak batik lepas yg saya suka




hadiah yg diterima

Friday 26 February 2010

Cuti Maulidurrasul.....

Bangun pukul 6 pagini ingat boleh relax sebab harini cuti...
Nampaknya tak kesampaian....
Hannah dah melalak rupanya menangis sebab bermimpi..
Bila di tanya tak apa dijawabnya saya pun tak faham...
Dia tu pelat...
Bila tanya lagi lagi melalak...
Akhirnya sikecil Hanis pun terjaga .

Nampaknya tak boleh relax dan tenang pagini
lepas dah mandi semua baru diam
tengah tengok kartun di luar
Bolehla menjengah blog  sayani...
Tak taule harini ok ke...
atau hari yang pening....

Wednesday 24 February 2010

Hadiah terbaik untuk Suami/lelaki

10 jenis hadiah idaman lelaki mengejutkan saya sebab semuanya tak ada dalam kepala ni..  Yang jelas setiap lelaki ada citarasa sendiri. Sebagai wanita (lebih-lebih lagi isteri)kena pastikan tak syok sendiri semasa membeli hadiah untuk pasangannya.  Jangan penerima hadiah tidak gembira menerimanya.  Elakkan memberi hadiah kemeja, dompet atau minyak wangi yang senonim sebagai barang hadiah kepada lelaki. 

 Mungkin kita perlu menyelami jiwa pasangan kita dan dapat memberikan hadiah yang digemari suami walaupun harganya murah. Mungkin mereka lebih gembira menerima jersi bolasepak pasukan kegemaran mereka, telefon i-phone yang menjadi tren semasa , spot rim, permainan video ataupun apa saja yang anda tahu pasangan kita inginkan....well kita tahu apa yg cik abang idamkan selalu....

Nampaknya selepasni saya perlu berfikir banyak kali untuk membeli hadiah buat suami tersayang.  sebab selama ini apa saja hadiah yang diberi semuanya tak berkenan di hatinya. Rasanya  hadiahkan telefon blackberry baru dia puas hati.......kot?

Monday 22 February 2010

Seronoknya hari ini dapat balik ke kg.  45 minitje perjalanan, sebab kedua orang tua dah tak ada susah sikitla nak kerap-kerap menjengok kg. Siap tangkap gambar supaya bila rindu tengok je di blog. "Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain"



tinggalkan banyak kenangan manis




komputer milikku yg pertama pada era 80 an
(tangga) beranganje masa tu.....pengaruh cerita tv banyak sangat
tak da lagi facebook @blog dan.......


rumah jiranku, tempat melepak dan bermain dengan Saidah


Kereta adik bongsuku (masih solo)
kalau kahwin nak buat majlis kat Impian di Pantai Morib


Sekarang sarang dah kosong



 kecantikan taman hutan
kat rumah saya ada taman batuje


Basikal tua dalam kenangan
di bantah sekeras-kerasnya apabila aruah mak nak jual



Wajah yang dirindui selalu
(hiba bila menatap gambarni)
beruntung siapa yg masih ada keduanya

Saturday 20 February 2010

Kek Buah kegemaran

Sedapnya..... dapat jamah kek buah yang saya masak semalam.Bila anak-anak balik sekolah terus tinggal setengah.nasib baik tak habis ingat nak beri kat kakak kesayangan.  Biasalah cuti seminggu selain ikut hubby keliling Klang sempat juga masak kekni.  Boleh juga masuk kat blog.  lagipun ada kawan yang nak resepi selalu.  lepasni suruh saje sapa-sapa nak resepi visit my blog.tak payah nak tulis(dah le tulisan mengalahkan doktor).  Sape yang nak order pun boleh.  Kalau tahun lepas ambil order waktu raya je, tahunni terbuka sepanjang tahun.  Sapa nak buat sendiri cubala resepi yang nak saya perturunkan.  Sebelumtu tengoklah gambar dulu....

Kalini saya pilih bentuk love, ye...kan baru lepas 14 Feb jadi pilihanpun seperti di atas, yang penting rasa masih sama walau bentuknya lain dari biasa.......kek ni kan untuk hubby tersayang....
Bahan-bahan

4 biji telur gred A
2 cawan gula pasir
250g buttercup
1 mangkuk buah campuran
2 cawan air
4 cawan tepung gandum(di ayak)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh cream of tartar(serbuk)
(ada di jual dikedai peralatan buat kek)
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya...

Masukkan air, buah campuran, gula dan butter kedalam periuk
didihkan selama 30 minit dengan api sederhana
sejukkan ....

Panaskan oven dengan suhu 175 darjah celcius
Bila sejuk masukkan sebiji demi sebiji telur
(kacau) dan masukkan tepung yang telah diayak
bersekali dengan baking powder, bikarbonat dan cream of tartar
masukkan sedikit demi sedikit sambiltu kacau rata
dan masukkan esen vanilla
griskan loyang pembakar, lapik dengan kertas
tuang adunan
hentak sedikit supaya rata
masukkan ke dalam oven, guna api sebelah bawah saja
bakar selama 1 jam


 Inilah hasilnya...

 Sapa nak order sms je
 019-2774732


Monday 15 February 2010

Jalan-jalan

Percutian yang tak di sangka,  Semalam Kak Ngah datangke KL menghantar adik ipar yang bernikah dengan dara di Selayang Baru. Kamipun menuju ke Hospital Selayang kerana pernikahan dan majlis diadakan di masjid Ehsan.  First time kami makan kenduri di masjid.  Pernikahan di masjid dah biasa pergi tapi....makan kenduri di dewan masjid satu pengalaman baru.  Keluarga pihak lelaki pun menginap di masjid.  Semua complete semua diadakan di satu tempat.







Selamat pengantin baru

Selepas majlis dalam pukul 4.00pm saya dan kak.Ngah sempat pergi kerumah sepupu berhampiran dengan tempat tu. Kalau tak follow rasa sesat tak sampai kerumah depa.Malam baru sampai rumah kami di Klang.(balik ok je tak pernah sesat)

Malam tu kami pun merancang perjalanan dan meminta Nan (adik ipar) yang tingal di pandan Indah supaya tunjukkan jalan.  Kami tak biasa dengan KL.  Banyak kereta dan selalu sesak jalanrayanya.  Alhamdulillah sempena cuti tahun Baru Cina jalan kurang sesak itupun kami terlepas jalan masuk ke tempat pertemuan. Akhirnya 3 keluarga dapat berkumpul.  Destinasi pertama kami lawati adalah Taman Tasik permaisuri.  Berbeza sungguh dengan kali pertama saya sampai ketika tingkatan 4 dahulu.  Sekarang pokok dah besar dan redup.  Anak-anak dapat bermain dan kami makan tengahari di sana. 

  


 Destinasi kedua kami menuju ke Berjaya Times Squire. bukan untuk shopping, sebaliknya kami bercadang untuk menaiki monorel. ini permintaan kak Ngah sebab di Manjung tak ada bendeni. Kami sekeluargapun tak pernah naik. berpeluang juga akhirnya nak merasa sebab sewaktu saya sekolah dulu hanya ada bas mini.




 





Destinasi ke tiga kami pergi ke Taman di KLCC. Ingat nak mandi tapi tak jadi kerana terlalu penuh dengan manusia. Suami tak izinkan anak-anak mandi lagipun cuaca begitu panas takut anak demam. Yang pasti anak saya masih dapat berseronok di taman permainan yang luas.








Destinasi ke empat makan digerai ayah mertua Nan.  Sedap.... tomyam hasil masakan orang Siam. lama juga di sini sehingga senja. Mereka ajak singgah rumah tapi kami nak ke Putrajaya dah janji dengan abang saya nak tumpang mandi di rumahnya.


 

Selepas mandi dan makan bee hoon kak Ana kamipun meronda di Putrajaya.  Biras saya tak pernah sampai....kesian.  Kami sempat berposing walaupun dah lewat...






Tuesday 9 February 2010

Pertandingan Mewarna

Malam ni anak -anak saya telah menyiapkan homework awal.  Mereka cuti mengaji....Lihat sebuk mereka menekap dan mewarna sayapun cadangkan siapa mewarna paling cantik dapat RM 1 dengan harapan mereka akan buat kerja dengan tenang dan senyap.  Memang pun senyap sementelah sikecik Hanis dah tidur.

Hannah yg pertama siap.  Ini gambar yang diwarnakan oleh seorang pelajar berusia 4 tahun 1 bulan.



Saya memaklumkan gambar ni kalah.... terus menangis sebab dia tak nak kalah.  Akhirnya saya terpaksa beri RM 2 supaya dia senyap dan mengatakan dia nombor 1 dari belakang. 


Gambar yg Hisyamuddin warnakan


Kena tunggu Haidah siap mewarna baru boleh mengenalpasti pemenang.




Hasil kerja Haidah lebih kemas dari yg lain





Inilah keputusan muktamad pemenang!!!


Pertama

Kedua

Ketiga
                                                                    

akhirnya ada yg merajuk,  Macamanapun pemenang terakhir yg dapat duit paling banyak

Moral jangan buat pertandingan  dengan anak sendiri semuanya tak puas hati dengan keputusan........

Monday 8 February 2010

Kepak Ayam goreng berempah


Hari ni saya masak ayam goreng berempah.  Kena letak lebih rempah daripada biasa..... Abih nama pun berempah  


Bahan-bahan

6 keping kepak ayam
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
2 sudu teh kunyit serbuk
3 ulas bawang putih + 1 inci halia + 1 btg serai
(ditumbuk)
garam secukup rasa
Minyak masak


Cara membuat

Gaulkan semua bahan
Perap ayam selama 1 jam
 (lagi lama lagi sedap)
Goreng dengan minyak yang banyak(deepfry)
Terbalikkan kepak ayam
Apabila kepak kekuningan seperti dlm gambar angkat
Siap untuk dimakan

-selamat mencuba-


Friday 5 February 2010

Puding Roti (resepi anak murid)


Resepi yang saya buat petang tadi ambil dari anak murid.  Ahad lepas mereka dapat tugasan berniaga di asrama.  Ini ada kaitan dengan subjek keusahawanan yang saya ajar kat mereka.  salah  satunya resepi puding roti. (sold out) So interested utk mencuba sebab minggu lepas saya ada buat puding roti yang  resepinya saya ambil  dari internet.  Yang ini dapat dari Syifaa....tq.  Anak kata lebih sedap dari yang dulu.


Bahan-bahannya

1 buku panjang roti gardenia 
1 tin susu pekat manis
2 biji telur
1 kotak kecil kismis
1 sudu besar esen vanila
air secukupnya
susu cair









Cara membuat

Panaskan  oven suhu 180 C
rendam roti dalam air dan perah airnya
masukkan 1 tin susu dan 2 biji telur
masukkan kismis dan esen vanila 
gaul hingga rata 
masukkan dalam dulang pembakar
bakar selama 30 minit
Boleh sejukkan dalam peti ais
letak susu cair ketika menghidang(jika suka)

-selamat mencuba-


Thursday 4 February 2010

Ayam goreng

Bahan- bahan

500 g ayam (bhgn bertulang)
2 sudu teh serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak masak




Cara Memasak

1. ayam + serbuk kunyit +garam
2. perap selama 1/2 jam
3. Panaskan minyak
4. Goreng dalam minyak yg banyak (deep fry)
5. Balik - balikkan ayam hingga kuning
6. angkat dan hidangkan




sesuai utk waktu yang suntuk
(sebhgn boleh digunakan utk masakan asam pedas)
...hari ini saya dapat menghasilkan 2 lauk yg berbeza.....

Asam pedas ayam my stail

Bahan-bahan


400 g ayam (di goreng dahulu 1/2 masak)
3 sudu besar bawang mesin
(2 ulas bawang putih + 4 ulas bawang merah)
3 sudu besar cili paste
1/2 cawan air asam jawa
4 batang daun kesum
1 batang serai di titik
1/2 cawan air
3 sudu besar minyak
2 sudu teh gula
garam secukup rasa


Cara memasak

1. Masukkan minyak dalam kuali
2. Masukkan bawang mesin
3. Apabila wangi masukkan cili paste
4. Kacau hingga cili masak
5. Masukkan air asam jawa, daun kesum dan serai
6. Masukkan ayam dan kacau rata
7. Masukkan air, garam dan gula
Biarkan seketika

angkat dan hidangkan

Tuesday 2 February 2010

Gulai Arnab










Bahan-bahan

400g  daging arnab
3 sudu besar kari daging (Babas)
3 sudu besar bawang mesin
1 batang serai
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang
4 sudu besar minyak masak
3 sudu susu cair
air 1 mangkuk(secukupnya)
garam secukup rasa
gula 1 sudu teh
secubit asam jawa




Cara membuat

panaskan minyak
masukkan bawang mesin
apabila wangi masukkan kari(campur dgn air)
Tumis hingga pecah minyak
masukkan daging arnab
kacau seketika hingga sebati
masukkan air
masukkan susu cair, garam dan gula
masukkan sedikit air asam jawa

(Daging arnab lebih sedap di masak gulai dari rendang.  Selepas makan nasi, anak saya cicah pula roti hingga habis sebuku)
Related Posts with Thumbnails