Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Sunday 20 November 2011

Kek Buah Kukus Gula Hangus




Bahan2
1 biji butter /250 g
2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 mangkuk membukit buah campur
4 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung

1 cawan tepung kek
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1 sk cream of tartar/dlm btk serbuk


Cara

1.Masukkan 2 cwn gula dalam periuk, masak menjadi gula hangus, masukkan mentega hingga cair barulah masukkan 2 cwn air termasuk buah campur. Masak hingga hampir likat. Tutup api dan biarkan sejuk.
2.Panaskan pengukus
3.Kemudian masukan telur sebiji demi sebiji dan kacau.Masukkan esen vanila. Masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder, soda bikarbonat dan cream of tartar sedikit demi sedikit dalam adunan. Kacau rata.
4.Masukkan ke dlm bekas yg telah diletak kertas dan telah di lenser.
5. Kukus dgn api perlahan selama 4 jam/ saya kukus 3 jam je
6.Saya balut loyang dengan aluminium foil.

7. Apabila masak buka aluminiu foil.


Alhamdulillah dapatla bawa balik kek buah utk ayah mertua....

Tuesday 23 August 2011

Ketam Masak Lemak Cili Api



Assalamualaikum,


Lauk berbuka yg menyelerakkan.... Tak boleh makan selalu...ada yg allergic.... dan kolesterolnya tinggi...


Saya guna santan...memang sedap... Selalunya kalau masak ketam saya mesti letak daun kunyit.....sebab baunya sgt menyelerakan...


Bahan2


5 ekor ketam di potong dua
3 biji bawang merah ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 batang serai diketuk
sedikit serbuk kunyit
1 helai daun kunyit 
1/2 liter santan
sedikit minyak
4 biji cili api/ikut kegemaran ditumbuk
Garam dan gula secukupnya


Cara 


Tumis bahan yg ditumbuk hingga wangi, masukkan kunyit serbuk.
Masukkan ketam, serai dan daun kunyit gaul rata. apabila separa masak, masukkan santan kacau hingga masak. Perasakan dengan garam dan sedikit gula..( kadang-kadang saya letak sekeping  asam gelugur. 


Selamat mencuba....





Sunday 21 August 2011

Biskut Arab


Assalamualaikum


Biskut ni buat lagi tahun ini... sebab tahun lepas tak dapat beri pada mak mertua kerana minyak sapi yg diguna dikatakan tidak halal... selepas biskut yg saya buattu dah beri pada rakan sekerja non Muslim, dan baki minyak sapi dah beri pada rakan sekerja utk sambut Deepavali..... Barulah dapat berita yg minyak sapi tersebut sebenarnya halal...


So tahun ini selain buat biskut makmur(tahun lepas tak buat) saya buat juga biskut arab... Dapat bantuan menggentel dari sikecil Hanis dan juga hubby....Disini saya nak kongsi resepi yg saya ambil dari internet...


Yang membuatkan saya suka buat biskutni sebab tak payah nak putar minyak sapi.... Bulan Ramadhan tak suka bunyi bingit hehe...


Bahan2 (saya buat 2 adunan)


250 g tepung gandum
125 g gula halus
125 g minyak sapi
Pewarna (hijau, kuning telur & merah)


Cara


1. Gaulkan semua bahan hingga sebati(kecuali pewarna)
2. Agihkan kepada 3 adunan
3. Warnakan setiap satu adunan dengan warna berbeza
4. Bentuk bulat kecil2
5. Cantumkan
6. Bakar pada suhu 180 c 20 minit ( saya bakar suhu 160 c selama 10 -15 minit)
7. Apabila sejuk tabur gula halus dan letak pada paper cup kecil


Agak mudah membuatnya dan rasanya pun sedap.... Mungkin saya kena buat lagi sebab setiap hari Hanis nak dua keping...haha sekiranya rajin.....






Dua botol biskut utk mak mertua(ini je mak yg ada)


Selamat mencuba

Biskut Makmur




Assalamualaikum

Resepi ni buat pagi semalam, dah rasa malam tadi baru masukkan entri. Memang sedap.... selamani kalau beli rasanya tak seperti ini... Mungkin jenama minyak sapi yg digunakan ada memainkan peranan pada rasa... 

Boleh juga buat bulat2 dan masukkan dalam paper cup....
Nampaknya utk rumah mungkin kena buat lain kot.... sebab haidah cukup gemar makan.... Dapatlah buat satu bekas untuk mak mertua...


Bahan2


500 g tepung gandum
250 g (+-) minyak sapi
80 g gula halus


Inti 300 g kacang tanah
 70 g gula halus


Gula ising utk hiasan


Cara 


1.Gaulkan semua bahan hingga sebati dan lembut(hingga boleh dikepal)


2.Kacang tanah disangai, buang kulit dan blender
tambah dengan gula halus


3.ambil doh dan leperkan, masukkan inti dan bentukkan bujur sebesar buah kurma. Bakar dalam oven suhu 20- 25 minit. sejukkan dan golehkkan dlam gula aising.


Saya bakar dalam oven suhu 160 c 10-15 minit)




Dapat 50 biji dalam  satu bekas...

Thursday 18 August 2011

Nasi & Kari Daging Kambing





Assalamualaikum


Petang ni hubby teringin berbuka daging kambing.... Saya pula teringin nak masak nasi yg special sikit...hehehe (actually teringin nak merealisasikan resepi)


So saya kawankan dgn lauk kari kambing dan salad saja utk berbuka...


Semua suka dgn rasanya....


Bahan


3 keping daging kambing dipotong2
5 batang kulit manis*
4 biji bunga lawang*
5 buah pelaga*
1 sudu kecil jintan putih ditumbuk*
1 sudu kecil jintan manis ditumbuk*
1 sudu makan ketumbar ditumbuk* 
4 keping daun salam
2 biji tomato dipotong 
4 sudu makan serbuk kari daging
sedikit minyak
1 biji bawang besar diblender
4 biji bawang merah diblender
3 ulas bawang putih
 sedikit air
2 gelas beras 
1 biji kentang
1/2 cawan kacang dal rebus


Cara


1.Tumis bahan bertanda * hingga wangi, seterusnya masukkan bawang yg telah diblender, terus menumis hingga berbau wangi dan masukkan serbuk kari daging.


2. Apabila serbuk kari daging telah pecah minyak, masukkan daging kambing dan kacau hingga masak, Sekiranya kering masukkan sedikit air, ulang hingga daging menjadi empuk.


3. Dalam periuk lain masukkan sedikit minyak zaitun dan tumis hirisan bawang besar beserta 1 batang kulit kayu manis, buah pelaga, sebiji bunga lawang. 


4. Apabila tumisan menjadi wangi masukkan beras dan 1/2 biji tomato, dan tumis sebentar.


5. Tutup api dan masukkan kedalam rice cooker, masukkan 2-3 sudu kecil garam halus, daun salam dan sebahagian (1/4 )daging kambing yg telah dimasak tadi. Tambah dgn 2 1/2 gelas air.




Untuk Karinya


Daging kambing yg telah dimasak tadi tambah dgn tomato yg telah didadu, tambah garam dan sedikit gula. Tambah dgn kacang dal yg telah direbus serta 1 biji kentang dipotong memanjang.
Tambah air bila perlu.
Apabila kentang telah empuk tutup api.




Selamat mencuba...











Wednesday 17 August 2011

Homemade Watermelon Juice

Assalamualaikum 


tinggal 25 minit lagi waktu nak berbuka......
Minuman utk petang ini air tembikai......
Untuk buatpun mudah...blend saja....




Petangni buat satu jug je...
Ni saya tak letak lagi ais sebab ada yg tak boleh minum banyak ais.....


Bahan2


Buah tembikai
air sejuk
8 sudu makan gula @ kurangkan (ikut kegemaran)


Cara


1. Potong buah tembikai isi separuh blender, letak air sejuk tinggi sikit dari tembikai, gula  dan blend...
2. Untuk 1 jug saya blend 2 kali


Selamat Mencuba

Biskut Nestum

Pagi ni buat biskut for raya...harini kan Selangor cuti Nuzul Quran...
Hubby kena menerap biskut ni sebab tangan saya dah terluka ketika menerap.....bila lagi nak menolong . Biskut yg siaptu pun utk mak dia juga...


Bahan2


250 g butter
50 g kismis
50 g coklat chip
3 cwn tepung gandum
3 cwn nestum
1 1/2 cwn gula perang
2 biji telur


Cara


1. Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur dan 1 penutup  esen vanila dan pukul lagi
3. Masukkan tepung da dan nestum gaul hingga sebati
4. Masukkan kismis dan coklat chip
5. Bentuk biskut ikut kegemaran anda
6. Bakar pada suhu 18 c selama 20 minit ( oven saya 160 c selama 14 minit/ hingga masak




Untuk mak mertua

Friday 12 August 2011

Kari merah Daging Kambing


Assalamualaikum


Resepi ni buat beberapa hari yg lalu....ia tidak menggunakan serbuk kari  hanya guna daun karije... dan saya dah ubah ikut kesesuaian citarasa tekak keluarga ini...


Kena tulis dalam blog nanti lupa resepi...haha


Bahan


2 keping daging kambing dipotong kecil
1 sudu kecil ketumbar ditumbuk
1/2 sudu kecil jintandi tumbuk
1 biji bawang besar di blender
3 biji bawang kecil di blender
3 ulas bawang putih di blender
3 tangkai daun kari
1/2 inci lengkuas
5 sudu cili paste
1 batang kayu manis
3 biji bunga lawang
sedikit minyak, garam dan air
secubit saffron


Cara


1.Ketumbar dan jintan tumbuk dan perap pada daging kambing
2.Masukkan minyak dan tumis bawang yg telah diblender, bunga lawang, daun kari dan kayu manis 
3. Masukkan cili dan tumis hingga cili betul2 masak
4. masukkan daging kambing kacau
5. Sekiranya kering masukkan sedikit air
5 masukkan lengkuas dan saffron
6. Tunggu hingga daging empuk dan perasakan dengan garam


Rupa karini adalah merah seperti sambal

Wednesday 3 August 2011

Puding Roti....Perancis

Assalamualaikum


Buka puasa hari ini buat puding roti...nak habiskan roti yg tak da sapa nak makan dan dah nak expired... Tak sempat nak tangkap gambar ...nak simpan resepi sebab buku resepi asyik hilangje... Saya dapati resepini sedap dan lain kali boleh buat lagi...


Bahan2


6 keping roti gardenia... saya guna1/2 batang roti perancis plus tepi roti yg tersimpan  kat peti ais lebihan buat sandwich haritu... 
2 biji telur
1 tin susu cair
3-4 sudu makan gula
1 penutup esen vanila  star brand
sedikit mentega...saya ganti dengan margerin
sedikit kismis.. saya tak letakpun


Cara


1. Panaskan oven
2. Roti dipotong dadu dan diatur dalam dulang pembakar
3. Pecahkan telur dan dicampur dengan susu cair, kacau rata bersama gula.
4.Letak esen vanila kacau rata dan masukkan ke dalam dulang pembakar berisi roti.
4.Biarkan sebentar sambil ditekan-tekan
5. Sapukan diatas roti margerin @ letak margerin
6. Bakar dalam oven selama 30 minit dengan suhu 160 darjah celcius. 

Sunday 24 July 2011

Mee Bandung Muar

 Assalamualaikum


Membuat mee bandung menggunakan paste segera bukan saja mudah tapi cepat dapat disiapkan. Harga dalam RM 6.00 ++ saja.


Bahkan saya tak guna mee kuning sebaliknya hanya gunakan lebihan pasta yg ada kat rumah.


Nak cuba lagi, kalini tak nak gunakan paste segera kerana saya rasa terlalu banyak msg digunakan. Mungkin nak buat ketika Ramadhan yang akan datang...Insyaallah.

Thursday 21 July 2011

Puding Telur My New Recipe

Assalamualaikum semua...


Hari Rabu bilik guru adakan pot luck. Oleh kerana Selasa balik meeting pukul 5 lebih so ingat nak masak yg simple je sebab dah penat. Singgah kedai cuma ingat nak beli telurje.... Bila geledah dalam gerobok rupanya susu pekat dah habis....


Hubby kata beli masa keluar dinner....haha balik dari makan mesti dah malas nak masak...so fikir ganti susu pekat dengan susu cair yg ada....


Buat 2 biji satu utk anak2 makan


Bahan2


12 biji telur
2 cawan gula pasir
1 tin susu cair 400g
2 tin air 
4 sudu gula utk gula hangus
1 sudu teh esen vanila


Cara
1. Masukkan gula kedalam loyang pengukus, masukkan 1 sudu air/basahkan gula
2. Masak hingga menjadi gula hangus guna api perlahan.Alihkan dari api
3. Tenggekkan periuk pengukus
4. Pecahkan 12 biji telur sebiji demi sebiji. Kacau dgn senduk kayu
5. Masukkan susu cair dan esen vanila kacau perlahan
6. Gula masukkan dalam air dan kacau hingga sebati dan masukkan kedalam adunan telur tadi. Kacau sebati.
7. Tuang kedalam loyang pengukus (tapis).
8. Kukus 30-40 minit.
9. Terbalikkan puding kedalam loyang sewaktu panas.(perlu berhati2 takut pecah) 


Boleh dimakan waktu panas @ sejuk


* Gunakan api kecil sewaktu mengukus




Friday 8 July 2011

Ikan bilis Masak Hitam




Resepini diperoleh dr Hanim....Hasilnya crispy spt bila masak sambal ikan bilis.... Saya makan dengan bubur nasi.....sedap... Tq sudi kongsi resepi mak mertua...hehe. Tak tau nama so panggilnya ikan bilis masak hitam....


Bahan2


1/2 mangkuk ikan bilis goreng
2 biji bawang merah dihiris nipis
3 biji cili api dihiris/nak lebih pedas boleh tambah lagi cili...
sedikit kicap
sedikit minyak


Cara2


1.Panaskan minyak, masukkan bawang dan ciliapi , tumis hingga wangi
2.Masukkan kicap dan gaul rata
3. masukkan ikan bilis, gaul rata dan sedia utk dinikmati


* boleh tambah kuantiti bahan ikut selera anda...


Selamat mencuba...

Thursday 7 July 2011

Ayam masak sambal bali My style

1/4 ekor ayam dipotong 2 (goreng dulu jika suka)
4 ulas bawang kecil ditumbuk
2 biji cili api ditumbuk dan 2 sudu makan cili giling
seulas bawang putih ditumbuk
1 inci lengkuas
2 tangkai daun kari
3 sudu makan kicap(ikut suka)
garam secukupnya
sedikit minyak


Cara


Masukkan sedikit minyak, dan tumis semua bahan bertumbuk. dan cili
Apabila wangi masukkan kicap dan ayam.
Kacau sebentar masukkan lengkuas dan daun kari.
Apabila sudah pekat dan ayam telah masak perasakan dengan garam. tutup api


P/s Lebih sedap jika menggunakan daging
boleh juga menggunakan cili hidup(saya guna cili giling nak cepat haha...)

Wednesday 29 June 2011

Nasi Goreng Cendawan

Assalamualaikum...
Malam ni kami sekeluarga menjamu selera dengan nasi goreng .....cendawan. Dapat resepi ni dari kawan(actually saya mendengar beliau membuat nasi goreng cendawan). So macam biasalah saya mencuba resepi ni ikut style sendiri.... Boleh dicuba sebab rasanya sedap.....

Bahan2
semangkuk Nasi sejuk
4 biji bawang merah*
2 biji cili api kg*
1 genggam ikan bilis* 
100g cendawan tiram disiat kecil
sedikit minyak dan kicap
garam secukup rasa
2 biji telur goreng hancur(scramble egg)
# semua yg bertanda * ditumbuk kasar(bersama)

Cara...
Masukkan minyak, dan tumis bahan yg ditumbuk. Apabila wangi masukkan cendawan, goreng sekejap dan masukkan kicap serta sedikit garam. Apabila cendawan telah masak masukkan nasi sejuk...scramble egg dan gaul rata. Sedia utk dihidangkan

very simple dan sesuai utk yg nakkan verity...boleh tambah bahan2 yg lain...



sorry for the picture  taken by phone...

Monday 16 May 2011

Kek Birthday for hubby(Mix cake)

Assalamualaikum


Semalam birthday hubby,  cuba buat kek sendiri..... Nasib baik tak rentung sebab buat kerja pembersihan kat toilet...hehe.
Still boleh makan.... hubby tak comment ape.... cume sayaje a bit frust... Disini saya catatkan resepi supaya next time boleh buat lagi....


250 g butter dicairkan
4 biji telur gred B
180 g gula perang
1 cawan kacang badam cincang
100 g coklat cip
100 g kismis hitam
50 g kacang hazel cincng
2 cwn tepung naik sendiri
1 sudu teh esen vanila


Cara2
1. Pukul telur bersama gula perang
2. Masukkan butter yg telah dicairkan, pukul lagi
3. masukkan esen vanila
4. masukkan tepung naik sendiri
5. Masukkan semua jenis kacang, kismis dan coklat cip
6. Kacau dgn spatula rata2
7. Grisskan bekas pembakar bersaiz 8 inci
8. Panaskan ketuhar 160 c selama 10 minit dulu
9. Masak selama 40 minit /hingga masak suhu bergantung kepada oven masing2.
10 Sebelum dibakar boleh dihias dgn menabur kacang badam sebagai hiasan.


Kek ini saya cipta sendiri so tak digalakkan orang lain mencubanya......


Next time boleh cuba lagi guna butter yg lebih mahal...spy lebih sedap...


Kek ke 2 utk tahun ini....

Tuesday 3 May 2011

Nasi ayam Ipoh

Assalamualaikum,
lama betul saya tak bersiaran.....
Kebelakangan ni sibuk....


Malam ni saya masak nasi ayam...resepi kawan sekerja yang beri... dia ambil daripada internet. Resepi ni saya simpan dari tahun lepas lagi.... Memandangkan hubby kureng sikit dengan nasi ayam saya jarang2 masak. Nampaknya nasi ayam Ipoh ni kena dgn tekak hubby...siap bertambah nasi..... Begitu juga dengan anak2. Terima kasih pada tuan punya resepi yang asal. Walaubagaimanapun saya tak masukkan semua bahan kerana tidak ada kat rumah. Kalau semua ada sudah tentu lagi....sedap.


Tak sempat nak ambil gambar.... perut dah berkeroncong tak tunggu lagi terus ngap2 ..... Nasib baik saya masak lebih dari biasa...kalau tidak tak cukup hahaha....


Resepi


Bahan Nasi


4 mug beras (saya masak 3 cawan je)
4 1/2 mug air rebusan ayam (saya guna 4 cawan)
2 inci halia*
3 biji bawang putih(saya guna 3 ulas)
3 helai batang daun bawang(ambik bhgn bawah dia ..yg ada buah diatu) saya guna 3 batang daun sup...
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu sos tiram(saya tak letak...takde. ganti sikit garam)
2 helai daun pandan
4 sudu mentega (saya guna 2 sudu makan je)


Bahan Ayam


1/2 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka( saya tak letakpun)
1 sudu besar madu(saya pu tak letak)


Bahan sup


air secukupnya
4 ulas bawang putih diketuk
3 inci halia dihiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu (saya tak letak...takde kat rumah)
1 sudu besar serbuk lada sulah( saya letak 1 sudu teh)


Bahan Cili


10/15 biji cili burung (saya letak 4 biji cili api)
6 biji cili merah(saya letak 4 bijije)
sedikit halia (ambil dari air rebusan)
5/6 biji bawang putih (3 ulasje)
1 biji limau kasturi/nipis(tak letakpun hubby tak boleh makan...)
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya.(saya masak sebentar diatas api)


Bahan Kicap


5 biji cili burung(tak letak sebab ada yg tak tahan pedas)
sedikit halia (ambil dari air rebusan)
4/5 biji bawang putih 
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung dicampur sedikit air utk pekatkan(tak letak)


Saya guna baki dari perapan ayam dan tapis serta dimasukkan beberapa titis minyak bijan. Saya masak sebentar atas api...


Bahan Tambahan
tomato,salad, daun sup dan bawang, timun (kat umah tadi takde salad)


Cara2 Memasak


1. Mula2 buat air rebusan ayam. Masukkan semua bahan2 sup kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. Dan didihkan air.


2. Selepas mendidih, masukkan ayam. masak selama beberapa minit (20 minit) angkat ayam dan toskan.


3. Cara utk masak nasi, mula2 masukkan margerin dalam periuk elektrik, biar mencair, masukkan bahan2* yg telah diblen(saya tumbukje) biar naik bau masukkan baatangbawang dan daun pandan. apabila layu masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau sekejap masukkan beras dan sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasi masak.


4. Penyediaan ayam, ayam yg telah ditoskan masukkan dalam mangkuk besar . Masukkan bahan bertanda * dan semua bahan lain... kacau rata dan biar 1/2 jam. ayam boleh digoreng jgn lama2 sekiranya bertukar kehitaman angkat terus. Saya masak dalam ketuhar selama 1/2 jam api 200 c guna api atas dan bawah.Alas loyang dgn kertas aluminum.


5. Cara penyediaan cili, masukkan semua bahan dan blender hingga hancur.


6. Cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. Selepas blend masukkan dalam periuk dan masak atas dapur. Agak2 panas masukkan tepung jagung dicampur air utk memekatkan.


7. Cara penyediaan sup, baki air rebusan didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh dicampur dengan air biasa. Masak hinga mendidih. tambah garam dan gula.


8. Selepas semua dah masak, bolehlah dimakan.. potong timun,tomato nipis2. daun sup dan bawang dipotong halus dan dimasukkan kedalam sup tadi.


Selamat mencuba

Tuesday 5 April 2011

Kari Kepala Ikan Lebih Sihat....


Assalamualaikum

Malam ni saya masak kari kepalka ikan merah

Haha lebih sihat dari biasa kerana tak guna santan

Sorry tak tangkap gambar

hehe....

Bahannya senang je yang penting perlu guna lebih...
serbuk kari 

Kalau nak lebih sihat boleh ganti minyak masak dengan minyak zaitun.

(Resepi utk rujukan dilain kali)

Bahan2-agak2

kepala ikan merah dibelah dua
1/2 cawan @ 3/4 cwn serbuk kari Babas
5 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih  ditumbuk
2 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
4 biji bunga lawang 
4 biji buah pelaga
1 biji bunga cengkih 
1 biji tomato dibelah empat
4 sudu makan minyak
1 gelas air asam jawa(sejemput je asamnya)
sedikit garam bukit
1/2 sudu makan gula 


Cara


tumis bawang hingga wangi dan 
masukkan daun kari
masukkan semua rempah ratus
tumis lagi dan
masukkan serbuk kari(bancuh dgn sedikit air)
tumis hingga pecah minyak 
masukkan air asam jawa
apabila menggelegak 
masukkan tomato  dan 
kepala ikan
 perasakan dgn garam dan gula


Biar kuahnya sedikit pekat

Wednesday 30 March 2011

Today Is My Birthday......


Assalamualaikum

Sempena birthday hari ini pagi2 lagi anak2 dah wish....
dan beri hadiah....
kongsi2 
konon depa yang beri tapi cik hubby yang kena bayar...hehehe

Saya dah agak mereka akan beri hadiah 
huhu.... 
pertama kali anak2 yang beri
Kerana dari minggu lepas lagi Haidah dah cakap terang2 
nak beli hadiah utk ibu

Akhirnya Ahad lepas
 mereka keluar tinggalkan saya sendirian...
and no secret mereka mention dah beli hadiah utk saya...hahaha

Pagi tadi juga 
Hisyamudin beri extra hadiah.....
satu ciuman di pipi utk ibu tercinta 
tah dari mana dapat idea...hahaha
Yang pastinya agak lambat sampai kat tempat kerja hari ini...

Cik hubby pula balik kerja bawa(kena paksa)
 kekedai utk beli barang yang saya nak 
Malangnya barang yg diingini tiada  huhuhu....
Malang betul...
Walaubagaimanapun sempat juga beli yg lain....

Dan  bestnya 
Candle Light Dinner yg terpaksa dikongsi bersama anak2
Berlangsung dgn aman....
ditempat yg romantik....
Namun berakhir dengan  kami pilih tempat yg terang juga hehe
Bawah kipas dan lampu
Bukan di tempat samar...
untuk mengelak dari sang nyamuk

Destinasi kami malam ini menghala ke....
 Bukit Gemandul di Jalan Kebun Klang
Lari dari kawasan Botanik dan Bukit Tinggi
 yang hiruk pikuk... 

Anak2 satisfied...
kata lebih sedap dari restoren yg kami pergi sebelumnya...
Siap ada karoeke start at nine o,clock...
Nasib baik kami sampai agak awal
so dapat makan dalam keadaan tenang...


Paling best....hari ini
rasa macam orang terkenal
Kat facebook...
berpuluh 2 ucapan happy birthday
dari kawan2 dan anak2 murid
Alhamdulillah ramai masih ingat dan sayang kat saya

Cuma tak bestnya tak sampai 5 orang kawan satu sekolah yg wish birthday hari ini berbanding last year
Mungkinkah kerna tak ada line tenet kat office siang tadi....

Berjaya juga akhirnya
mengubah sambutan birthday
tanpa tiupan lilin dan kek birthday...
Aaaargh....cuma satu terlupa nak snape 
gambar tempat makan tadi...sorry...

Itula kisah kehidupan indah yg berlaku padaku hari ini
semoga semakin indah setiap hari....




Wednesday 23 March 2011

TUMPANG GEMBIRA...

ASSALAMUALAIKUM

 HARI NI MENITIS AIR MATA GEMBIRA...

ANAK MURID YG DITAJA,   MENJADI BEST STUDENT.....

 DAN RAMAI DAPAT A....

SEMOGA SEMUA AKAN BERJAYA DUNIA AKHIRAT

Monday 28 February 2011

Sup Kepala Ikan Merah Bersuun



Bahan2

Kepala ikan merah
1/2 sudu makan ketumbar*
1 sudu teh jintan putih*
3 biji bawang merah* 
2 ulas bawang putih* 
1 inci halia di ketuk
1 keping asam keping
1 sudu makan lada putih*
2 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
1 batang kayu manis
3 biji bunga cengkih
suun secukupnya/ikut kegemaran
sedikit daun sup,daun bawang bawang goreng
sedikit gula
garam
sedikit minyak utk menumis
air secukupnya

Cara2
Tumis bahan  ditumbuk yg bertanda *
Masukkan buah pelaga, bunga lawang, dan kayu manis dan bunga cengkih
Apabila wangi  masukkan  air,  asam keping dan ikan, sedikit gula dan garam
apabila telah menggelegak/ ikan masak, masukkan suun
tutup api dan taburkan daun bawang/sup dan bawang goreng 

Related Posts with Thumbnails