Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Thursday, 18 August 2011

Nasi & Kari Daging Kambing





Assalamualaikum


Petang ni hubby teringin berbuka daging kambing.... Saya pula teringin nak masak nasi yg special sikit...hehehe (actually teringin nak merealisasikan resepi)


So saya kawankan dgn lauk kari kambing dan salad saja utk berbuka...


Semua suka dgn rasanya....


Bahan


3 keping daging kambing dipotong2
5 batang kulit manis*
4 biji bunga lawang*
5 buah pelaga*
1 sudu kecil jintan putih ditumbuk*
1 sudu kecil jintan manis ditumbuk*
1 sudu makan ketumbar ditumbuk* 
4 keping daun salam
2 biji tomato dipotong 
4 sudu makan serbuk kari daging
sedikit minyak
1 biji bawang besar diblender
4 biji bawang merah diblender
3 ulas bawang putih
 sedikit air
2 gelas beras 
1 biji kentang
1/2 cawan kacang dal rebus


Cara


1.Tumis bahan bertanda * hingga wangi, seterusnya masukkan bawang yg telah diblender, terus menumis hingga berbau wangi dan masukkan serbuk kari daging.


2. Apabila serbuk kari daging telah pecah minyak, masukkan daging kambing dan kacau hingga masak, Sekiranya kering masukkan sedikit air, ulang hingga daging menjadi empuk.


3. Dalam periuk lain masukkan sedikit minyak zaitun dan tumis hirisan bawang besar beserta 1 batang kulit kayu manis, buah pelaga, sebiji bunga lawang. 


4. Apabila tumisan menjadi wangi masukkan beras dan 1/2 biji tomato, dan tumis sebentar.


5. Tutup api dan masukkan kedalam rice cooker, masukkan 2-3 sudu kecil garam halus, daun salam dan sebahagian (1/4 )daging kambing yg telah dimasak tadi. Tambah dgn 2 1/2 gelas air.




Untuk Karinya


Daging kambing yg telah dimasak tadi tambah dgn tomato yg telah didadu, tambah garam dan sedikit gula. Tambah dgn kacang dal yg telah direbus serta 1 biji kentang dipotong memanjang.
Tambah air bila perlu.
Apabila kentang telah empuk tutup api.




Selamat mencuba...











No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails