skip to main |
skip to sidebar
Ketam Masak Lemak Cili Api
Assalamualaikum,
Lauk berbuka yg menyelerakkan.... Tak boleh makan selalu...ada yg allergic.... dan kolesterolnya tinggi...
Saya guna santan...memang sedap... Selalunya kalau masak ketam saya mesti letak daun kunyit.....sebab baunya sgt menyelerakan...
Bahan2
5 ekor ketam di potong dua
3 biji bawang merah ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 batang serai diketuk
sedikit serbuk kunyit
1 helai daun kunyit
1/2 liter santan
sedikit minyak
4 biji cili api/ikut kegemaran ditumbuk
Garam dan gula secukupnya
Cara
Tumis bahan yg ditumbuk hingga wangi, masukkan kunyit serbuk.
Masukkan ketam, serai dan daun kunyit gaul rata. apabila separa masak, masukkan santan kacau hingga masak. Perasakan dengan garam dan sedikit gula..( kadang-kadang saya letak sekeping asam gelugur.
Selamat mencuba....
No comments:
Post a Comment