Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Friday 30 April 2010

Cendawan goreng tepung


Menu malam tadi masih lagi cendawan goreng. Baru hari ini berkesempatan untuk tangkap gambar. Sebelumnya dah ngap...baru teringat. 




Memasaknya cukup mudah, terlebih2 lagi telah mendengar nasihat dari isteri tuan ladang cendawan yang saya berkunjung selasa lepas. 


Bahan2: 
       - 2 biji telur 
       - 200g cendawan di belah 2 @ 3 ikut saiz
       - tepung khas/ tepung segera untuk 
         menggoreng (secukupnya)
       - minyak untuk menggoreng 
       - sos cili/ perisa cendawan
      
Cara 2:
       - pecahkan telur dan kacau
       - masukkan cendawan dan gaul rata
       - masukkan tepung dan gaul rata hingga 
         menyaluti cendawan (saya tak masuk garam 
         kerana tepung yg digunakan telah 
         sedia bergaram)
       - goreng dalam minyak yang penuh
       - apabila kekuningan/ masak, angkat dan toskan
      
Sedia untuk dinikmati. Cicah dengan sos untuk rasa yang lebih lazat. Selamat mencuba.


 Untuk menghasilkan gorengan yang rangup cendawan tidak perlu dibasuh.

Wednesday 28 April 2010

Kerjake jalan2?


               cendawan perut lembu/sekilo rm 20




Hari Selasa kena paksa rela pergi ke ladang cendawan di Sepang.Pukul 8 pagi dah bertolak sampai dalam tempoh 1 jam. Menarik kawasannya sunyi, dingin dan tenang. berbaloi juga pergi, ladang ni dimiliki sepasang suami isteri, tapi bukan depa yg buat kerja. Mereka ada 8 orang pekerja dan ada seorang kerani. Ada juga lab untuk membiak spora. Masuk ke lab itu terus je saya terbatuk2 aaa tak tahan gatal pulak tekakni. 


Di ladang ni semua ada, bermula dari lab pembiakan spora cendawan, tempat membungkus beg cendawan, tempat mengukus beg supaya bakteria mati,( kena kukus dalam dandang selama 8 jam)uhuuulamanya. Tempat meternak cendawan, siap ada jadual pemetikan. Perlu pula direhatkan 2 minggu dan tempat pemprosesan tanah selepas beg tersebut tidak lagi menghasilkan cendawan. Mereka guna cacing dan akhirnya ada pulak baja cacing. Pasangan ini membuat juga beberapa eksperimen tentang perkara berkaitan yg saya kabur dang kurang faham mendengarnya. 








                 cendawan tiram 1 /kg RM 7


Kami memboronglah cendawan, fresh dan murah. Kami membeli juga sos perisa cendawan , tepung  untuk menggoreng cendawan dan ada beberapa lagi produk berkaitan terdapat disitu. Semuanya dihasilkan oleh ahli2 persatuannya.Lawatanni untuk projek school enterprise.


Balik singgah pulak membeli kerepek di kg Kanchong Darat. Semua keluar kilang dengan tangan yg penuh. sampai sekolah dah tengahari. alamak....kena masuk kelas dan balik pukul 4.30 ptg. Aduh letihnya....


Petangtu menu makan malam ialah cendawan goreng tepung dan sup cendawan.....Habis sedap juga cendawan goreng. Esok pun nak goreng lagi.


Hari Rabu kena pergi SMT Sg Buluh, lawatan penanda aras. Naik kereta ketua bidang. Yg drive cikgu lelaki dan kecut perut dibuatnya. Ketika kat highway dia memandu dengan  kelajuan hingga 150 km sejam kus semangat. Ya la dah lambat dan  sangkut pulak kat bandar Klang.


Setelah sampai kena tunggu pulak kawan yang naik kereta lain dan selepas sesi taklimat, kami pun berjalan ke bengkel2 dan memerhati apa kelebihan yg terdapat di sekolah ini yg boleh saya aplikasi kat sekolah.


Letih sungguh kat sini,  semua bengkel  kena jengah nasib baik ada yg menghidangkan minuman, lega tekak yg kehausan. Sebelum tamat lawatan  kami dijamu makan tengahari. (bagus sekolah ni banyak duit)


Sampai sekolah dah pukul 3 ptg, hari ni tak larat saya nak masuk kelas, biarlah cikgu sorang lagi sorang2 kat kelas. Satu badan dah lenguh, kaki dah tak larat nak memanjat tingkat 4.Balik 4.30 ptg juga,sementara itu masa  dihabiskan dengan sesi perbincangan bersama  ketua bidang. huhu saya nak balik mandi dan nak tidur.... Tolong sapa nak masak hari ni????

Monday 26 April 2010

Sibuknya di hujung minggu.


Hari cuti ingatkan akan ada banyak masa untuk update blog rupanya tidak.  Kesibukan mengurus anak dan aktiviti yang telah dirancang menangguhkan lagi misi untuk update.  Sepatutnya boleh update pada hari Sabtu memandangkan ketiga2 anak pergi lawatan ke Kilang High 5 anjuran nursery mereka. Si kecil Hanis dah hantar juga ke nursery, memberikan banyak masa pada pagi sabtu.


Sibuk pulak pagi tu nak membeli beberapa barang untuk keceriaan bengkelku. First place pergi ke Jusco Bukit Tinggi, disini cuma nak dapatkan buku  untuk cikgu pelatih yang nak tamat praktikal Jumaatni. Sebagai tanda terima kasih kerana asyik kena ganti classs, while saya kena meeting dan meeting. Sebagai tanda kenangan daripada kami di SMTKlang.Tq so much....


Kemudian kami menghala ke Giant untuk mendapatkan frame mengandungi bacaan Ayat Kursi untuk hiasan dinding bengkel. RM 80 terbang duit panitiaku. Kena beli yang cantik kerana sekolah sekarang ada misi 5 S dan ISO. Singgah juga untuk beli bunga untuk melengkapkan lagi bengkelku supaya lebih berseri2.


Akhir pergi Tesco untuk lunch dan terus ambil Hanis dari nursery. Badan rasa penat macam nak demam balik so lelapkan mata sekejap. Sedar2 pukul 3..... alamak kena ambil tiga  lagi yang baru balik dari lawatan. Dah mereka balik tak boleh nak mengadap pc....uhuuhuuhu


Hari ahad pulak pagi2 nak kena pergi Banting untuk game bowling. Pagitu sempatlah buat sandwich tuna sardin memandangkan semalam dapat 3 buku roti percuma dari kilang High 5. 


Ini rupa sandwich tuna yang saya buat. Resepi mudah aje....Buka 1 tin  tuna sardin yang pedas, sapu pada roti dan letak hirisan tomato. potong 2 dah siap dihidangkan dengan air teh o.




Berkenaan bowling hanya hubby dan kawan2 yg main.saya biasalah nak kena control hero dan heroinku. Hubby cuma dapat sagu hati aje. Suami pengetua pulak sapu tempat ke dua perseorangan, terror juga  suami pengetua. Sama hebat dengan wife dia.


Habis bowling sempat pulak pergi ke Morib dan Pantai Kelanang. Lunch di sana. Balik dah pukul 3, rehat kejap. Lepastu adik ipar datang pulak sampai malam.  Kesian depa saya masak nasi goreng kampungje.( Dalam peti ais dah kosong tak sempat isi)


Malam nak gosok baju lagi...uuuwaaa. lastly dapat update blog walaupun tengah2 malam. Goodnigt....

Friday 23 April 2010

Cucur Bawang



Hari Jumaat hari yang dinanti-nantikan, bukan apa hari ini dapat balik cepat dan seterusnya boleh update blog tanpa gangguan.  Sebelum tu kenalah kemas rumah dulu. Time ni baru terasa kalau ada maid kan senang tak payah memikirkan hal rumah. Tau semua selesai.....


Sayangnya semua hanya angan2 hu hu hu. Takut terjadi seperti kawan saya bila balik rumah tinggal anak sorang2 kat rumah. Maid dah cabut lari nasib baik anak ditinggalkan. Kalau di bawa sekali tak tau lah. Itu yang kami hantar anak kat nursery. Apa2 pun semuanya ikut keperluan keluarga masing2.


Petangni tak tau nak masak apa untuk minum petang. Lastly buat je cucur bawang. Saya tak masukkan resepi sebab semua orang dah tau nak buat cucur bawangkan ! Saya share gambarje ok.





Wednesday 21 April 2010

Cukai Pendapatan

 Salam semua

Hari ini saya dah sihat sikit

Tak sabar nak pegi keje

masuk keje hari ni pukul 10 am

balik pukul 4.30 pm

Inilah jadual saya pada hari Selasa dan Rabu.

Tapi saya bukan nak 

cerita tentang itu 

Topik hari ni ialah.....

Cukai pendapatan

Pada sapa -sapa  yang kena cukai

jangan lupa isi e-filing

Tutup 30 April

Kalau isi lambat2 nanti jem

Hari ni saya tak dapat print

macamanapun saya print screen

ada bukti saya dah isi.

Semenjak dua menjak ni 

Tak kena bayar cukai sebab

anak dah bertambah 

dan saya bayar zakat secara bulanan

Harap kawan-kawan yang perlu bayar cukai

cepat-cepat isi

semuanya sekarang di hujung jari anda. 


(Dalam kes saya...dihujung jari hubby...hehehe)


klik sini

Bye nak gi keje 

Tuesday 20 April 2010

Aku keseorangan




kenapalah hari ni aku keseorangan

Tak de teman bercerita....

yang ada teman tanpa suara....

berjalan 2 aku di alam maya

melawat kawan2 yang sudi bertandang

membalas apa yang patut...



Tiba2 aku bertambah pening...

mata berair

oh sunyi nya hidup....

Tak sabar menunggu hari petang 

menunggu kepulangan 

orang2 tersayang...


Perut ku dah mula berkeroncong..

mendayu-dayu memanggil

tapi tak larat ...

nak menjamah barang sebutir...

Kesiannya aku sorang di rumah


uhu...uhu...
inilah bahana dapat 
cuti sakit...
kena duduk rumah sorang2 

Monday 19 April 2010

Karipap Bakar


Salam hari ni saya nak berkongsi 1 cara untuk mengurangkan penggunaan minyak. Kalau sebelumni saya berkongsi menu ayam bakar dan daging kambing bakar. Hari ni nak berkongsi karipap bakar pulak.  Karipapni bukan saya buat bahkan yang segera saja. Malah saya tak beli tetapi pemberian seorang kakak yang sayang kat adiknya.(saya le...) Thanks akak...lain kali beri lagi banyak2.


Idea nak bakar karipapni sebenarnya spontan je datang. Sambil memasak makan malam boleh lah saya bakar. Hasilnya menakjubkan rangup dan tidak berminyak. sesuai untuk saya yang memerlukan diet kurang lemak.


Cara bakar senang je. Panaskan oven dengan suhu 175 darjah celcius selama 10 minit. Masukkan karipap selama 20 minit/ sehingga masak.He.. he.. Selamat mencuba



Saturday 17 April 2010

Ayam Bakar Halia



Bahan

1/4 ekor ayam
2 inci halia
3 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
sedikit minyak /minyak zaitun

Cara

Halia dan bawang putih ditumbuk
ayam diperap dengan halia
 dan bawang putih selama 1 jam
letak garam
renjiskan minyak
bakar dalam oven suhu 200 darjah celcius 
selama 25 minit @ hingga masak

Wednesday 14 April 2010

Roasted Chicken



Salam semua

Hari ni saya mencuba resepi baru

Roasted Chicken / ayam panggang.

Sebenarnya ayam ni nak masak Hari sabtu lepas, 

konon nak masak special waktu birthday Haidah.

Dah dia nak KFC so tangguh dulu masak.

ayam ni dah di perap dari malam tadi. 

Perap dengan sos Lea Perrins & herba rosemary

garam secukupnya.

Belum lagi makan. 

Tak tau lah sedap ke tidak.

Nak makan dengan nasi goreng kampung.

Yang pasti lepas ni  nak kena cuci oven.

Hu hu kenapalah saya juga yg kena.... 

Inilah dinner untuk keluargaku malam ini.




Tuesday 13 April 2010

Banyaknya peristiwa berlaku padaku


Mula- mula on Saturday, birthday Haidah yg ke lapan. Tak buat pun kek untuk dia. Ingat nak beli tghari tu aleh- aleh dia nak makan KFC, lagi bagus ibu tak payah masak.... Cuma untuk sarapan, saya masak kueh cara manis kegemarannya. Kiranya hari ini apa birthday girl nak makan saya kena buatla. Supaya dia happy..Tak lupa hadiah kena bagi, walaupun harganya tak seberapa. Mau riuh sekampung kalau tak de.






Malam tu dinner selera kampung. Request dr hubby , so buat lah antaranya sambal belacan dan ulam jantung pisang( saya tak reti makan ni tapi hubby punya pasal saya rebus je for him. Berbeza sekali dengan malam sebelumnya. (Selera barat. Sayangnya tak tangkap gambar so tak boleh share apa yg saya dah masak selera kampung for them.


Hari Ahad pulak ulang tahun perkahwinan kami yg kesebelas. Takde hadiah2. Cuma anak dara saya Haidah berikan kad ucapan. Sempat pesan jangan upload di blog malu. Ucapan yg di tulis untuk kami berdua:


"Pantun kepada ibu dan ayah


Makan roti disapu kaya
Makan roti di tepi jalan raya
Jangan merempit di jalan raya
Nanti raya dalam hospital


Pantun dua untuk ibu dan ayah


Dua Tiga Ikan
berpusing jangan tipu jap jip sing


Assalamualaikum


Ibu ayah boleh tak Haidah nak
minta maaf sebab Haidah banyak buat
salah dekat ibu dengan ayah. Ayah boleh tak facebook
Haidah. Haidah nak facebook haidah banyak game
Sekian terima kasih


assalamualaikum


                              Anak mu 
                              Nur Haidah Aqilah"




Wu la la apa lah kaitan pantun yg di tulis dengan kita orang suami isteri. Apa pulak kaitan merempit dan raya???


Itu belum lagi isi kad. Dah minta maaf. Minta pulak banyak game dalam FB. Tak boleh dilayan permintaan budak sorang ni.
Anyway dia sorang je yg beri kad. 


Thanks sayang walaupun isi dalam kad tu merapu. Harap2 tahun depan lebih baik dari sekarang.


Isnin pulak masih cerita balik lambat.Pukul 5 lebih juga dan sepanjang jalan balik terpaksa lah tahan telinga dengar hubby dok membebel bla. bla. bla. Saya pun faham dia kena tunggu dari pukul 3.10 hingga 5.15 ptg. Sorry bukan salah saya, salah bos yg tak reti kami nak balik.


Petang Isnin tadi tak masak, saya perhangat kuah laksa penang yang saya buat semalam. (permintaan hubby juga). Cuma petang ni kami makan dengan bee hoon. Orang panggil bee hoon laksa. Pelik mula-mula dulu..... tapi dah biasa. Hubby prefer makan dengan bee hoon.


        ( lupa nak tangkap gambar yg guna bee hoon)


Paling best malam ni bila dah siap menggosok baju dan anak2 dah tidor. ada kawan add di FB. Kawan satu asrama di sekolah menengah. Bestnya.... dah 20 tahun tak jumpa. Jumpa juga akhirnya sebelum kerepot.


So bila dah accept kawan sorang ni tak reti2 saya terus add kawan2 yg masih diingati sampai sekarang. Rupanya diorang tengah mencari lost friend yg lama tak jumpa. Itu yg update blog terlambat lagi...


Planning utk buat soalan tergendala lagi dok ralit menatap wajah kekawan lama...Oh atpn saya rindu pada semua...
Ooops resepi yg saya buat lain kali saya upload ok....

Sunday 11 April 2010

Daging kambing bakar


Masa gi shopping dgn hubby hari Jumaat lepas di Tesco, dia ternampak daging kambing dah siap berempah. Teringin nak makan  katanya sebab lama  saya tak masak bende ni.  Kami  beli lah tapi yg belum berempah lagi sebab lebih murah harganya. Beli pun tak banyak 4 keping je.  Nampaknya kami tak makan nasi malam tu.


Saya letak rempah sendiri, letak serbuk kunyit, garam, herba rosemary dan Lea & Perrins (dlm botol. Perap dalam tempoh 1/2 jam  dan bakar dalam oven.Biasanya kami bakar atas arang. Oleh kerana sikit je  saya  bakar dalam oven tempohnya 20-30 minit tengok berapa garing kita nak makan. Suhu 200 darjah celcius.




Sosnya pula, letak 1 sudu margerin/mentega dalam kuali, tumis sebiji bawang besar yang telah di cincang, masukkan 1 mangkuk air dan letak 2 sudu Brown sos. Biar sekejap supaya pekat angkat.

Dinner malam tu saya goreng kentang. Kiranya mudah juga nak memasak. Kerja menghidang dalam pinggan saya tugaskan anak lelaki saya. So terimaje...walaupun dah tunjuk ajar cara meletakkan makanan dalam pinggan. Haidah dan Hanis makan kentang goreng aje sebab tak makan daging.(tak apelah sayang asal kenyang)




Friday 9 April 2010

Akhirnya hari ini balik cepat....



Assalamualaikum, akhirnya dah sampai pun petang Jumaat. Tak  balik lewat lagi  macam semalam. Semalam saya balik hampir pukul 5 ptg. Kira ok lah berbanding Rabu kena balik pukul 5. 35 ptg. Apa nak buat dah tugas....Itu yang tak sempat nak update blog. 

Macam biasalah balik lambat pun mesti kena masak punye. Nak memasak pun kena fikir apa bende yg ada dalam peti sejuk....Terjumpalah pulak dengan buah kuini(quini)pemberian kakak. Oleh itu saya pun buatlah sambal belacan kuini.

Amboi.... berselera lah suami saya makan. Siap tambah nasi, makan bersama ikan masin lagilah sedap kat tekak saya ni. Hubby tak mau ikan masin. (Saya pun tak faham). Emak dia asyik beri ikan masin tapi saya je yg makan. anak2 lagilah tak reti makan. Macamni bila nak habis....

Petang semalam anak-anak tak makan nasi, abang & kakak makan je puding karamel. (Oh ye semalam masak puding karamel nak bawa pagi tadi kat tempat kerje. Ada kawan mengandung teringin nak makan bila tengok gambar2 puding karamel.

Akhirnya petang ni free bolelah merayau di alam maya ni. Ooops tak bole lama  petang ni nak pegi  dengan hubby nak  beli hadiah birthday. Ok nampaknya dah kena berhenti mengadap komputer .... Nak kena bersiap nak keluar kejap.....


Sambal belacan kuini

Namaje sambal belacan,
 sebenarnya tak guna belacan langsung.
 Saya guna ikan bilis goreng,
hubby gatal hidung kalau guna belacan....kesian.

Wednesday 7 April 2010

Resepi masak cepat & mudah


Salam semua
Hari ni pun saya balik lambat lagi...
Habis mesyuarat jam dah menunjukkan angka 5. 35 petang
Orang yang kerja kat ofis pun dah balik...

Kesian hubby kena tunggu...
dapat mesej " jom lah balik"
Sorry tak boleh keluar @%@%... 
Tak seorang pun yang keluar awal
masing-masing tunggu sampai habis....

Nasib baik duduk tak duduk kat KL...
  rumah saya dekat je...
Walau dekat waktu macamni....
 tak boleh nak laju
kereta banyak...

Terus ambil dua orang anak saya di nusery..
Tak boleh beli makanan..
sebab hujan turun
Kena masak lagi????....

So resepi mudah hari ni
 Ikan goreng....
sambal ikan.....
sambil goreng ikan, tumis sambal ..
guna bawang dah blender...
cili paste siap ada asam jawa
so...sekejap aje.

Sayur pulak...
tak payah masak.....?
Ulam je...

Resepi ni hanya untuk ...
mereka yang mempunyai suami tak cerewet...
macam hubby saya...
Tq hubby kerana memahami..

Sapa ada hubby yang cerewet....
 tak bole ikut cara saya
Kalau nak lagi senang..

Beli...je makanan


Wasalam
 

Tuesday 6 April 2010

Sambal ikan bilis petai



Minggu yg sibuk, hari hari kena balik pukul 5 petang. Baik kerja kat office dah tentu balik pukul 5.  Banyak sangat yang berlaku di tempat kerja.  Kerja yang di bawa balik pun tak dapat disiapkan.  Balik rumah kena masak lagi .  Walau macamanapun, masak tetap kena masak tapi yang senang sahaja dan yang saya pasti hubby dan anak2 suka.  Jadi saya masak sambal ikan bilis petai.  Inilah  resepi yg saya nak kongsi  dalam entri hari ni. Sorry hari n-i tak boleh blogwalking kemana mana.
Resepinya:
4 sudu besar  bawang merah blender
2 sudu besar paste cili yang siap (dah siap ada asam jawa)
2 papanpetai
1 mangkuk ikan bilis goreng
minyak secukupnya
gula 1 sudu kecil

Cara Memasak:

Panaskan minyak
Masukkan bawang
apabila wangi masukkan cili
setelah cili masak masukkan petai
akhir masukkan ikan bilis .

Sedia untuk dimakan

Selamat mencuba.................

Monday 5 April 2010

Makanan berhasiat Tingkatkan Daya Ingatan


Baru-baru ini ada membaca dalam Berita Harian topik makanan berkhasiat tingkatkan daya ingatan.  Saya rasa ia penting untuk tatapan saya memandangkan anak2 sedang membesar dan perlu daya ingatan yang kuat untuk berjaya dalam pelajaran.  Selain teknik pembelajaran yang betul, pemakanan sihat adalah kaedah asas membantu kesihatan otak supaya menjadi pelajar cemerlang. 


Pelajar digalakkan untuk mengambil makanan mempunyai omega tiga dan  enam yg terdapat dalam telur dan ikan.Pisang juga bagus untuk otak. Siapa yg suka minum kopi juga mempunyai ingatan lebih baik drpd mereka yg tidak minum kopi. Cukuplah minum kopi sekali sehari sudah membantu meningkatkan memori.


Makanan berbentuk ulam-ulaman juga mampu meningkatkan daya ingatan. Kekacang, sayuran dan pati ayam juga dapat membentuk otak yg sihat dan cergas sekaligus dapat meningkatkan kadar penyerapan mesej kpd otak. Buah-buahan spt beri, anggur hitam, kurma dan buah delima mampu membaiki sel otak sekaligus mempertingkatkan perkembangan otak.


Makanan yg telah dinyatakan tadi lebih bagus dan murah daripada membeli makanan tambahan berbentuk pil.


antara jenis makanan yg boleh meningkatkan fungsi ingatan dan perkembangan otak:

  • bijirin dan kekacang(badam, walnut, kacang soya, biji labu, kismis dan habbatus sauda.
  • Sayur-sayuran(lobak merah, halia)
  • Tumbuhan herba(ginkgo biloba)
  • Air(air mineral, air zam-zam, madu, susu, air soya, kopi)
  • daging ayam
  • telur ayam
  • ikan tuna
  • ulam-ulaman(pegaga, daun saderi, kemangi)
  • buah-buahan(anggur hitam, kurma, buah delima, blue berry, pisang)
  • roti
  • minyak( minyak ikan, minyak zaiton minyak rosemary, minyak sage)



* Kalau di baca senarai di atas, nyatalah pemakanan kita selama ni pun dah meningkatkan daya ingatan.  Cuma  perlu pelbagaikan lagi supaya tidak asyik makan bende yg sama je.....



Sunday 4 April 2010

Pizza for breakfast



Assalamualaikum kpd pengunjung yg sudi membaca entri saya. Hari ni kami sekeluarga lepak je di rumah. Anak2 tak nak keluar breakfast, masing2 nak breakfast kat rumah. Pikir punya pikir teringat base pizza yg tinggal sebiji tu.  So hari ni kita orang sarapan pizzalah... Kejap lagi pizza Hut boleh tutup kalau semua buat sendiri. Ok kena pegi dulu hanis dah menangis..............





Saturday 3 April 2010

Pancake Jagung/ Lempeng jagung




Petang tadi sampai rumah awal dalam pukul 4 ptg.  Perut dah lapar sebab tengahari tak sempat makan nasi.  Hubby pulak dah makan nasi so saya pun buatlah pancake jagung kegemaran anak2 saya.  Lagipun lama tak buat.  Resepi ni saya perolehi daripada majalah Kuntum anak saya. 


Saya ubahsuai tambah jagung kerana anak2 saya gemar sungguh dengan jagung. termasuklah ibu mereka pun peminat jagung juga....


Bahan2


1 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula pasir
2 sudu teh soda penaik(baking powder)
1/2 sudu teh garam
2 biji telur ayam
3 sudu besar mentega dicairkan
2 cawan susu segar.
1 tongkol jagung dihiris


Cara membuatnya:


1.Masukkan semua bahan dalam mesin pengisar kecuali jagung.
2.Kisar sebentar saja, masukkan jagung.
3. lenser sedikit mentega dlm kuali leper dan panaskan dgn api sederhana.
4. Tuangkan sesenduk kecil adunan, bir sebentar sehingga nampak permukaan berlubang.
5. terbalik kan lempeng tadi, biar kekuningan dan angkat.
6. ulang sehingga selesai.


*Anak2 saya suka makan dengan madu.  Walaubagaimanapun ia juga boleh dimakan dengan kaya, jem ataupun aiskrim. Terpulanglah mengikut citarasa masing2.


*Balik sekolah pukul 6.40 ptg anak saya menerkam kat lempeng ni, semua yg saya masak habis licin. Suka benar  hati saya, sebab tak membazir. Walaumacamanapun nasi masih kena masak dan anak2 saya makan pula nasi pada pukul 8 mlm.....



Friday 2 April 2010

Kuih bingka/ kuih bengkang/ cassava cake


Dua hari lepas, jiran saya memberi ubi kayu pada saya.  Sayapun terfikir nak masak apa??? Kalau goreng tentu tak dimakan.  Sayang...sebelumni pernah ubi kayu dalam simpanan saya sampai rosak kerana disimpan terlalu lama.  Jadi sayapun jln2 blogwalking utk mencari resepi kuih bingka.


Dalam mencari resepi baru tahu nama kuih bingka, boleh juga dipanggil kuih bengkang dan nama lainnya cassava cake (org putih)  Terima kasih pada tuan punya resepi( Mat Gebu).


Saya ubah suai lagi sebab bila tengok pelbagai resepi saya pun rambang mata nak guna resepi yg mana satu.Akhirnya....
terhasillah resepi kuih bingka ini.


Yang saya tak larat adalah proses  memarut ubi.  Inilah pertama kali saya memarut ubi.... sampai berpeluh2 di buatnya.  Kalau ada yg sedia dah berparut kan senang.... Kalau esok sengal2 tangan tentu akibat penangan aksesais tangan di waktu petang.  Nasib baik berjaya menyiapkan sebiji kuih bingka.


Bahan2 


900 g ubi yg di parut( diperah airnya)
1/2 cawan gula melaka di hiris halus
2/3 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar margerin dicairkan ( minyak sapi takde kat rumah)
1 biji telur
1 sudu eh esen vanila (pengganti daun pandan)
3 cawan santan


Cara memasak


1. Panaskan oven suhu 180 darjah celcius
2. griskan dulang pembakar
3. campurkan semua bahan dinyatakan di atas dan kacau sebati.
4. Tuang dalam dulang pembakar
5 Bakar selama 1 1/2 jam

Thursday 1 April 2010

April Fool


Salam sejahtera semua, sedar tak sedar tahun 2010 telah sampai ke bulan April.  Terasa begitu pantas masa berlalu.  Dalam kesibukan urusan kerja dan rumah tangga April pun menjelma.


Banyak peristiwa dalam hidup saya berlaku pada bulan April. Contohnya mendapat cahayamata perempuan,tarikh nikah saya dan terkena....pun pada bulan ini juga.


Terkena ni merujuk pada April Fool, saya tak sambut tapi zaman persekolahan saya di sebuah sekolah mubaligh/ Convent jadi secara tak langsung acara kena, mengena ni terjadi juga dalam kehidupan saya.


Bila di sebut April Fool saya teringat peristiwa pertama kali saya dengar perkataan ini dan pertama kali saya terkena..
Ia tidak berlaku disekolah mubaligh tersebut tapi terjadi disekolah rendah ketika dalam darjah 1 atau 2.  (Sayapun tak ingat lagi)tapi peristiwa pada hari perhimpunan pagi itu saya masih ingat dengan jelas sekali.


Sedang kami semua warga SRK Kg Indah mendengar ucapan guru besar.  Kalau tak silap namanya Cikgu Ismail.  Tiba-tiba dia berkata "Ada monyet kat atas pokoklah" sambil menunjukkan aksi dengan tangan di mana tempat monyet itu berada. Jadi semua pelajar  menoleh kebelakang melihat ke arah pokok berkenaan.  Kebetulan di tepi pagar sekolah berhadapan dengan tapak perhimpunan pagi terdapat beberapa pokok yang besar.


Kami semua terpinga-pinga kerana tak nampak pun kelibat monyet. (Bahkan selama berada disekolah itu sehingga darjah enam saya sendiri tak pernah melihat monyet melintaspun). Tiba-tiba Cikgu Ismail menyebut perkataan 'April Fool"  Lagi ternganga lah saya kerana istilah ini dalam bahasa Inggeris dan tak pernah dengar....ketika itu.


Sejurus itu cikgu Ismail menerangkan pada kami apa itu April Fool. Beliau menerangkan dengan panjang lebar. Yang saya faham maksud nya ialah pada hari ni kita tak boleh marah kalau dipersendakan oleh kawan-kawan sempena April Fool. Atau bersedialah untuk dipersendakan pada hari ini.


Perkataan ini saya jumpa lagi di sekolah menengah dan kerap terkena...sepanjang belajar di sana tetapi saya dah tak ingat apa melainkan April Fool  pada  perhimpunan pagi disekolah rendah yang berkesan di hati saya. Setiap kali  1 April saya mesti teringat cerita ini.


Terima kasih pada Cikgu Ismail kerana mendedahkan saya kepada budaya asing yang tidak terdapat di kg saya. Disini saya ingin sedekah bacaan  Al Fatihah untuk aruah Cikgu Ismail.


Ustaz dan ustazah mesti tak sokong budaya mat saleh ni. Sayapun tak kenakan orang, walau bagaimanapu  saya kena bersedia untuk esok...... 



Related Posts with Thumbnails