skip to main |
skip to sidebar
Sibuknya di hujung minggu.
Hari cuti ingatkan akan ada banyak masa untuk update blog rupanya tidak. Kesibukan mengurus anak dan aktiviti yang telah dirancang menangguhkan lagi misi untuk update. Sepatutnya boleh update pada hari Sabtu memandangkan ketiga2 anak pergi lawatan ke Kilang High 5 anjuran nursery mereka. Si kecil Hanis dah hantar juga ke nursery, memberikan banyak masa pada pagi sabtu.
Sibuk pulak pagi tu nak membeli beberapa barang untuk keceriaan bengkelku. First place pergi ke Jusco Bukit Tinggi, disini cuma nak dapatkan buku untuk cikgu pelatih yang nak tamat praktikal Jumaatni. Sebagai tanda terima kasih kerana asyik kena ganti classs, while saya kena meeting dan meeting. Sebagai tanda kenangan daripada kami di SMTKlang.Tq so much....
Kemudian kami menghala ke Giant untuk mendapatkan frame mengandungi bacaan Ayat Kursi untuk hiasan dinding bengkel. RM 80 terbang duit panitiaku. Kena beli yang cantik kerana sekolah sekarang ada misi 5 S dan ISO. Singgah juga untuk beli bunga untuk melengkapkan lagi bengkelku supaya lebih berseri2.
Akhir pergi Tesco untuk lunch dan terus ambil Hanis dari nursery. Badan rasa penat macam nak demam balik so lelapkan mata sekejap. Sedar2 pukul 3..... alamak kena ambil tiga lagi yang baru balik dari lawatan. Dah mereka balik tak boleh nak mengadap pc....uhuuhuuhu
Hari ahad pulak pagi2 nak kena pergi Banting untuk game bowling. Pagitu sempatlah buat sandwich tuna sardin memandangkan semalam dapat 3 buku roti percuma dari kilang High 5.
Ini rupa sandwich tuna yang saya buat. Resepi mudah aje....Buka 1 tin tuna sardin yang pedas, sapu pada roti dan letak hirisan tomato. potong 2 dah siap dihidangkan dengan air teh o.
Berkenaan bowling hanya hubby dan kawan2 yg main.saya biasalah nak kena control hero dan heroinku. Hubby cuma dapat sagu hati aje. Suami pengetua pulak sapu tempat ke dua perseorangan, terror juga suami pengetua. Sama hebat dengan wife dia.
Habis bowling sempat pulak pergi ke Morib dan Pantai Kelanang. Lunch di sana. Balik dah pukul 3, rehat kejap. Lepastu adik ipar datang pulak sampai malam. Kesian depa saya masak nasi goreng kampungje.( Dalam peti ais dah kosong tak sempat isi)
Malam nak gosok baju lagi...uuuwaaa. lastly dapat update blog walaupun tengah2 malam. Goodnigt....
mmg betul tu..ujung minggu kdg2 mmg lebih sibuk dr hari bekerja. byk benda yg nak kena setelkan...huhu
ReplyDeletesalam hamsini..sibuknya awk seharian yer?ngan anak2,masak2 & beli barabgan dapor lg....mmg kena cekap buat kejelah klu camni...anak2 awk pon comel2!!nanti dtg umah atie yer..ambil bunga mawar sejambak(yg nunnnn kt bwh,nanti selak2 dulu..hikhik)!!
ReplyDeletejadi org perempuan ni memang sentiasa sibuk.. satu hari.. macam tak cukup je 24 jam.. hehehe. agaknya kalau 1 hari 30 jam cukup tak yek?? hehehe.. gurau jer.. tq sudi follow blog akak yer..
ReplyDeleteSiti saya memang sokong, hujung minggu selalunya lebih sibuk dari hari biasa.
ReplyDeleteazatiesayang bab beli barang dapor saya kena pegi dengan hubby tak biasa pegi sorang2.Tapi yg lain kena sorang2 lah pulak.
Madiha, rasanya kalau satu hari 30 jam pun kita masih rasa tak cukup.