skip to main |
skip to sidebar
April Fool
Salam sejahtera semua, sedar tak sedar tahun 2010 telah sampai ke bulan April. Terasa begitu pantas masa berlalu. Dalam kesibukan urusan kerja dan rumah tangga April pun menjelma.
Banyak peristiwa dalam hidup saya berlaku pada bulan April. Contohnya mendapat cahayamata perempuan,tarikh nikah saya dan terkena....pun pada bulan ini juga.
Terkena ni merujuk pada April Fool, saya tak sambut tapi zaman persekolahan saya di sebuah sekolah mubaligh/ Convent jadi secara tak langsung acara kena, mengena ni terjadi juga dalam kehidupan saya.
Bila di sebut April Fool saya teringat peristiwa pertama kali saya dengar perkataan ini dan pertama kali saya terkena..
Ia tidak berlaku disekolah mubaligh tersebut tapi terjadi disekolah rendah ketika dalam darjah 1 atau 2. (Sayapun tak ingat lagi)tapi peristiwa pada hari perhimpunan pagi itu saya masih ingat dengan jelas sekali.
Sedang kami semua warga SRK Kg Indah mendengar ucapan guru besar. Kalau tak silap namanya Cikgu Ismail. Tiba-tiba dia berkata "Ada monyet kat atas pokoklah" sambil menunjukkan aksi dengan tangan di mana tempat monyet itu berada. Jadi semua pelajar menoleh kebelakang melihat ke arah pokok berkenaan. Kebetulan di tepi pagar sekolah berhadapan dengan tapak perhimpunan pagi terdapat beberapa pokok yang besar.
Kami semua terpinga-pinga kerana tak nampak pun kelibat monyet. (Bahkan selama berada disekolah itu sehingga darjah enam saya sendiri tak pernah melihat monyet melintaspun). Tiba-tiba Cikgu Ismail menyebut perkataan 'April Fool" Lagi ternganga lah saya kerana istilah ini dalam bahasa Inggeris dan tak pernah dengar....ketika itu.
Sejurus itu cikgu Ismail menerangkan pada kami apa itu April Fool. Beliau menerangkan dengan panjang lebar. Yang saya faham maksud nya ialah pada hari ni kita tak boleh marah kalau dipersendakan oleh kawan-kawan sempena April Fool. Atau bersedialah untuk dipersendakan pada hari ini.
Perkataan ini saya jumpa lagi di sekolah menengah dan kerap terkena...sepanjang belajar di sana tetapi saya dah tak ingat apa melainkan April Fool pada perhimpunan pagi disekolah rendah yang berkesan di hati saya. Setiap kali 1 April saya mesti teringat cerita ini.
Terima kasih pada Cikgu Ismail kerana mendedahkan saya kepada budaya asing yang tidak terdapat di kg saya. Disini saya ingin sedekah bacaan Al Fatihah untuk aruah Cikgu Ismail.
Ustaz dan ustazah mesti tak sokong budaya mat saleh ni. Sayapun tak kenakan orang, walau bagaimanapu saya kena bersedia untuk esok......
No comments:
Post a Comment