Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Wednesday 30 June 2010

Roti Continential (Continential bread)



Salam semua dalam tak de mood malam tadi dapat juga menghasilkan roti hehehe...seronoknya first time meroti ... Dah le menguli guna tangan....saya uli buat syaratje...tak dapat bayangkan berapa lama perlu menguli. Main suka hati je...dahle mata dah ngantuk...


Pukul 10 malam baru mula projek meroti...nak rehatkan doh pun tak reti...cuma ingat doh jadi double...Lepastu kena uli lagi dalam 2 minit dan masuk dalam dulang pembakar dan rehatkan lagi tunggu kembang...


Sambil tunggu saya siapkan gosok baju, kemas baju anak utk ke nursery dan lain2 lagi..... Last2 sekali tunggu baby Hanis tak nak tido lah pulak....


Sedar2 dah pukul 5.30 pagi...dah le hubby tak de kat rumah...(nasib bak terjaga sendiri dah le lupa nak set jam)
Terus teringat rotiku aha.... dah  lebih dari double kakaka....terus bakar masak 30 minit kemudian.......Nasib baik rasa still ok......




tengoklah rotitu tak rata kat atas hehehe...Sempat abang makan dalam teksi (sapu dengan jem aje)


Resepi ni dapat dari Lemong grass. Terima kasih banyak2 LG.... saya buat 1/2 adunan je sebab takut banyak sangat...


Kalau  makan sambil cicah dengan kopi o pun sedap. Luar keras sedikit dan kat dalam lembut sikit. Kena cuba sendiri saya tak tau nak describe macamana....tadi balik kerja makan dengan susu pekat pun sedap...


LG saya C&P resepi ni tq ver much......(lepasni tak laku roti kat kedai sebab dah pandai buat sendiri)
  
Bahan2


  • 420mls air (kalau buat pakai tangan, guna air suam)
  • 1 tablepoon (20mls) minyak masak (I guna olive oil/canola oil)
  • 2 teaspoons garam
  • 500g (3 1/2 cups) tepung roti
  • 250g (1 1/2 cups) tepung gandum
  • 2 tsp instant yeast (mauripan or yang seangkatan dengan nya)
*Measurement ni untuk cuaca OZ so kalau kat tempat lain, maybe you kena adjust sikit air and tepung tu, so dapat dough yg lembut.
Cara2 membuatnya:
-Kalau menggunakan breadmaker, masuk kan bahan ikut turutan BM tu and boleh guna function ‘continental’ or function ‘dough’.
-Selepas selesai ‘dough’ cycle, knead the dough and shape ikut citarasa sendiri. I buat jadi 2 big free-form loaves aje. I cuma letak atas tray. Let it rise  for 30 minutes or longer until double in size.
-Kalau takde BM, larutkan yeast dalam air suam sehingga berbuih (maybe around 15-20 minutes). Then add the olive oil to the yeast mixture.
-In a big bowl, add both flours and salt, mix well. Add the yeast mixture to the flours and uli sehingga adunan tak melekat kat tangan dan dough tu spring back when you press it.
- In a clean oiled bowl, let the dough rise until double in size. Bila dah rise, punch and knead it again for about 2 minutes and shape the dough into equal pieces. Let them rise again until double in size.
-Sebelum bakar dalam oven, brush the top of the bread with milk and sprinkle plain flour on top to make it crustier (tak buat pun takpe, I tak buat :-)).
-Bakar in 190°C oven for about 30-40 minutes depending on the size of your bread loaves.

Selamat mencuba.....

Sunday 27 June 2010

Ikan sambal bertaucu


Tak tau nak masak ape dengan ikan ni...Goreng 2 ekor dan seekor saya buat begini....


Sebenarnya saya buat sambal dan letak sedikit taucu...hahaha utk tekak saya okje... hubby yg sememangnya tak suka taucu reject ikan ni... Nampaknya saya takkan masak sebegini lagi...walaupun senang nak membuatnya....


Next time kena abaikan taucu...tapi idea letak taucu not bad...cuma tak digemari huby huhuhu....cuma saya dan abang je makan hehehe yg lain makan ikan gorengje...


Maafle tak masukkan resepi...sebenarnya samaje kalau nak masak sambal cuma tambah taucu. Ikan pula kena goreng dulu dan sambal bertaucu hanya curahje atas ikan goreng tu....

Saturday 26 June 2010

Jalan2 di I City


Lama hubby nak pergi tempatni...so malam tadi kami pergi kat situ...Tempatni dekatje dan selalu pergi area disini...tapi takdelah pergi malam2...Rupanya di waktu malam penuh dengan lampu warna warni...


Disini saya nak abadikan beberapa gambar2 yg hubby dah ambil....






























 Tak larat nak masukkan semua hahaha....


Kat situ pun ada gerai makan macam pasar malam...tak snap le pulak...


Selamat berjalan2 

Friday 25 June 2010

Muffin Blueberry

Pagi tadi saya bawa muffin blueberry ni ke sekolah sebab ada potluck.... Mula2 tengok di blog Izadaut...tapi sebab takde yoghurt, sayapun mencari lagi dan akhirnya terjumpa di blog Yatie US....klik

Terima kasih sebenarnya saya buat 3 jenis adunan...dan saya pilih muffin ini utk bawa kat sekolah hahaha. Muffin lain anak2 bawa bekal dan si Hannah bawa muffin coklat ke pikniknya di Taman Rakyat  Andalas...bersama2 semua rakan2 di tadika Al Fikh.

Ini hasil muffin blueberry...hehehe- Lain kali saya kena letak banyak lagi filling blueberry....



Resepinya...

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh garam
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • 1/3 cawan minyak sayuran
  • 1/2 cawan fresh blueberry(saya guna filling blueberry)
Cara-cara
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 205’C. (saya gunakan suhu 170’C)
  2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
  3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi.
  4. Gaul menggunakan whisk sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan whisk sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit dan gaul sebati...jngn guna mixer.
  5. Tuangkan adunan 3/4 penuh kedalam mangkuk muffin.
  6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan (saya bakar 20 minit)

       
Terima kasih Yatie US.......selamat mencuba

Thursday 24 June 2010

Muffin Epal Coklat



Saya jumpa resepini dalam blog izahdaut rujuk sini ...Thanks izah, sekarang akak dah tau kenapa you love muffin, hahaha. 


Sebenarnya ini resepi muffin pisang dan coklat , memandangkan rumah saya cuma ada epal hijau so saya buatle eksperimen...tak taule mana sedap guna pisangke atau epal????? 

Banana Choc. Muffin
Sumber : kak yani

Bahan-bahan
• *170g tepung gandum
• *30g serbuk koko
• *130g gula
• *1 sudu kecil baking powder
• *secubit garam
• *100g coklat bar (coklat masakan) - patah2kan jadi kecil-kecil
• >2 biji telur
• >75ml minyak masak
• >100ml susu segar( saya guna 3 scoop susu tepung + 100 ml air )
• >sedikit vanila esen
• >2 biji pisang (ganti sebiji epal dihiris halus-dibuang kulit)



Cara-cara
Panaskan oven sehingga 170C.
Masukkan semua bahan-bahan yang bertanda (*) ke dalam Food Processor.
Kisar sehingga sekata. (If coklat tak hancur sangat pun takpe.. jadi ketul2 kecil dah ok) Kemudian masukkan bahan yg bertanda (>) ke dalam FP. Kisar sehingga sebati.
Cedukkan ke dalam cup muffin.
Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.



Cara saya


semua bahan bertanda *(A) disatukan dan digaul rata, dan kesemua bahan bertanda >(B) dimasukkan dalam satu mangkuk dan digaul rata... Kemudian bahan bahan B dimasukkan sedikit demi sedikit kedalam bahan A...digaul rata. Terus senduk dalam cup muffin....dan bakar selama 25 minit suhu 170 C.


Cuma 1 masalah saja macamana nak masukkan cup tanpa mencomotkan cup bekenaan...
(rujuk gambar kat bawah..hehehe) Boleh beri idea ke kawan2..... 






Resepi ini menghasilkan 15 biji muffin saiz sederhana


Selamat mencuba.....

Wednesday 23 June 2010

Nasi Goreng Kampung


Malamni anak2 makan nasi goreng kampungje... Hubby takde so masak yg ringkas2je...semalampun sama...saya cuma masak bubur nasi...tak sempat tangkap gambar dah habis....hehehe(salah sendiri)


Nasi goreng kgni semua dah tau buat so saya tak tepek resepi...cuma saya tumbuk sedikit bawang merah + sedikit ikan bilis dan 3 ketul cili api...Masukkan juga sebiji telor + ikan bilis yg telah digoreng...Letak sedikit daun sup....


senang kerja harini...simpleje....yg penting semua kenyang...cuma menu hari ni tak dpt challenge bubur nasi semalam hahaha...Masih ada lagi...sapa belum makan?????

Tuesday 22 June 2010

Chocolate Lemon Ball


Salam sermua semalam waktu jln2, ternampak Lemongrass buat bende ni...diperbuat dr lebihan muffin hehehe. Memandangkan kat rumah ada muffin sayapun cuba buat heh...... Thanks LG sebab dr dia dpt buat resepi yg mudah dan sedap. 


Saya buat 1/2 adunan dr resepi asal dan rum yg digunakan saya ganti dengan lemon hehehe...May be rasanya berbeza kot dr yg sepatutnya... Terletak lebih susu pekat la pulak lagile manis...


Resepi asal boleh dpt dr sini

Selamat mencuba....

Monday 21 June 2010

Muffin Coklat




Masa berblogwalking ternampak muffin coklat ni so cubalah...Mudah nak di buat...Sedap di makan...

Tak de acuan muffin saya gunaje acuan tart....hahaha bolehle kreatif sikit sikit....sebab tak sabar nak buat teringin nak makan...hehehe

Resepi ni ambil dr dapurmaz, tq maz


selamat mencuba

Sunday 20 June 2010

Tart Cheese Blueberi




Salam akhirnya dapat juga saya membuat tart bluberi ni....alhamdulillah walaupun tak mendapat hands on, keluarga kata sedap dan waktu saya menulis entri ni semua dah kena ngap....hehehe.


Nak buat resepi ni kena 2 kali pegi kedai kek, sebab bahan tak lengkap, semua dah ada krim keju pulak tak beli...hehehe kena tundale buat. Esoknya je saya dapat membuatnya... hasilnya cukup berbaloi sedap....



Saya C&p resepini dari dapur kak ummi home sweet home

Terima kasih kak...sayang akak hehehe...lain kali saya c&p tart yg lain...semua nampak sedap. Minta halal resepi....

Bahan Tat:-
125 gm mentega
60 gm gula kastor
1 bji kuning telor
250 gm tepung gandum
sedikit garam
1/2 sudu teh esen vanila
1 - 2 sudu besar air

Cara Membuat:-
Pukul mentega, gula, garam dan esen vanila hingga kembang. Masukkan telor dan pukul sebati. Masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Jika agak kering, tambahkan air dan uli semula. Bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tat. Bakar selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius. (*ummi bakar 15 minit je)-(saya bakar kena kurangkan masa oven saya agak panas) 

Inti Krim Keju:-
250 gm krim keju Philadelphia
50 gm mentega
70 gm gula kastor
1 biji telor
1/2 cawan blueberry pie filling

Cara Membuat:-
Pukul krim keju bersama mentega dan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan telor dan pukul lagi hingga sebati. Sudukan inti ke dalam tat yang telah dibakar tadi, letakkan sedikit blueberry filling di tengah tat dan lorekkan dengan lidi. (*ummi punya filling pekat dan berketul, susah sikit nk lorek). Bakar semula selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius sehingga inti sikit kekuningan.( saya kena bakar 15 minitje)

Kat bawahni  sebelum letak filing inti ...




Selamat mencuba.....

Saturday 19 June 2010

Keropok Lekor


Semalam menyelongkar peti ais terjumpa keropok lekor yg kakak saya beri pada hari Selasa lepas. Tersorok kat bawah, saya tak perasan dan dah lupa. apalagi saya goreng sebelum expired...


Waktu goreng meletup la pulak... Ini yg tak best...habis kulit saya terkena minyak. Nasib baik muka terselamat heh....lega. Haritu kat kg tak pulak meletup, agaknya sebab simpan dalam peti ais???


Saya dah lama sebenarnya tak menggoreng keropok, lagi2 semenjak dua menjak ni kononnya nak jag badan..kalau ada keropok lekor sedar tak sedar mulut tak berhenti mengunyah....








Goreng tak berapa garing sebab takut meletup lagi, saya cepat2 lah angkat... yg penting habis hehehe......

Friday 18 June 2010

Cornflake Madu





Eksperimen seterusnya,  biskut cornflake madu. Petang tadi buat hasil hanya 36 biji  saja 1 adunan. Sedap dan boleh dijadikan biskut raya. Gerenti yg paling awal akan habis, hehehe. Reepini ambil dari google dah seminggu baru sekarang nak buat...

Bahan2


2 cawan cornflakes
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu besar margerin
1/4 cawan bijan digoreng tanpa minyak
1/2 cawan kacang/kacang tanah


cara 


Cairkan margerin, madu dan gula hingga mendidih.
Biarkan sejuk sedikit baru masukkan cornflakes.
Tambah bijan dan kacang, gaul rata
Masukkan dalam paper cup
Bakar 7- 10 minit suhu 150 C



Ikan sweet sour


Semalam blogwalking ternampak ada yg masak sweet sour, teringin....so luch tadi masak sweet sour. eheek!!! my stailla main campak 2 je bukannya nak tengok resepi betul2...


Dah le tadi gi sekolah sebab nak hantar kek yg kawan order, dan keduanya thumb print saya bermasalah kena buat balik..hehehe, itupun kena buat dua kali...Ni kerani tak call lagi kira berjayalah.....


Ini dia sweet sour lunch tadi....




Tak letak potongan nenas sebab last time buat saya je makan, membazir akhirnya. Kali ini saya letak tomato je. alhamdulillah hubby suka.... Ini yg nak buat lagi hehehe.


Saya rasa tak perlu tepek resepi sebab, ramai dah tau, cuma tadi saya masukkan dlm 4 sudu bawang tumbuk, 1 sudu cili giling, sedikit sos cili dan 4 paket sos tomato (sos KFC/ M'D). Garam secukup rasa dan sebatang serai.(ni utk rujukan saya lain kali)


Apabila dah masak, curah kuah atas ikan yg telah digoreng.... sedia utk di jamah. jemput makan...

Thursday 17 June 2010

Lempeng


pagi tadi breakfast lempeng, saya main agak2 sebab tak pernah belajar buat lempeng...huhuhu mak pun dah tak de nak tanya sape???


Bahan2


2 cawan tepung
1 1/2 cawan air
garam secukup rasa
sedikit planta


Blendkan semua bahan kecuali planta


Cara
Letakkan planta atas kuali leper
sendukkan sedikit bancuhan tepung
Balikkan sehingga masak


Saya makan boh inti, hubby kata terlalu tebal
Hannah makan cicah dengan gulaje....


Bahan inti
timun dipotong dadu 
sekeping ayam goreng
1 biji telur hancur
2 sudu makan mayonis
(semua bahan digaul rata)


Cara
Letak kan inti di atas lempeng
letak sos cili
gulung dan potong







Kacang Kuda Rebus


Dah lama teringin makan kacang rebus, kali terakhir buat masa jualan pada hari sukan. Tak lupa lagi  terlebih letak garam. Dan saya dengan ada pelajar komplen masin sangat,hahaha. Nasib baik dia tak tau saya yang masak pagitu....


Anak2 suka makan, cuma hubby perasan saya tak letak daun kari, huhuhu. Saya rebus pagi2 tadi, pagi2 gelap.... takut nak keluar rumah nak petik daun kari...Ada simpan lagi baki kacang kuda kat peti sejuk...Tengah fikir resepi ape guna kacang kuda????





Jelly Kelapa


Malam semalam, sementara hubby bakar ikan saya masak jelly kelapa. Resepi ni saya peroleh dah lebih 2 bulan. Masa perhimpunan pagi Isnin, depa dok berceloteh panjang... sempat saya  sembang pasal cara buat jelly. So malam tadi dah tak ingatle dengan tepat sama ada air kelapa yg 6 cawan atau air biasa yg 6 cawan.saya tak catatpun, main ingatje...


Last2 boh air biasa 6 cawan, agar2 sukatan 1 cawan, lepas dah basuh mengecut saya tambah lagi . akhirnya jelly kelapaku dah jadi agar2 kelapa. Itupun masih ada peminat, kakak dan abang tak berenti makan.




Isi kelapa pun takde sebab kelapa muda ni belum cukup umur. saya dapat 19 biji hasil...


Kelapa mudani abang man saya yang bagi, dia ambil dari kebunnya ,  Dia kata namanya kelapa pandan. Memang wangi macam pandan... Thanks lain kali balik kg nak rembat lagi, hehehe. pokoknya pun rendahje... Mesti hubby boleh petikan, hahaha.

Wednesday 16 June 2010

Spagheti goreng



Sarapan pagi ini,saya celur dulu spagheti dan toskan, kemudian goreng bahan seperti nak menggoreng mee, masukkan apeje yg kita nak  contohnya ayam/ kalau letak daging lagi sedap...akhirnya masukkan spagheti gaul rata dan sedia utk dimakan.


Kami sekeluarga tak dapat terima kalau ada kream atau cheese dalam makanan sebabtula saya masak spt masakan mee goreng hehehe... yg penting keluarga suka...




utk kawan yg bertanyakan cara nak buat ulam tomato... 


bahan2 
1 biji tomato
2 biji bawang merah
1 biji cili/ boleh ganti dengan cili api
sedikit garam 
masukkan sedikit kicap pekat


Cara 
hiris tomato nipis2
hiris cili dan bawang 
satukan semua bahan sedia utk dinikmati


menjadi kegemaran keluarga saya......senang dan mudah, hahaha


selamat mencuba.... 

Tuesday 15 June 2010

Ikan bakar



Malamni keluarga kami makan ikan bakar.... (rentung sikit sebab tak sabar).Jiran takde baru boleh bakar kat luar, hahaha. Bukan ape.....kat rumahni takde space, kat depan rumahje ada ruang... 


Tadi kami singgah beli ikan waktu balik dr kg kat Morib .Kononnya fresh...sebab beli tepi pantai.....Ikan apaye ni??? kurang pasti......

Bila makan ikan bakar kena cicah dengan sambal kicap, saya letak 4 biji cili api supaya pedas...eemmmmmmm sedap..jemput makan!!!!


Kami bakar ayam sekali buat anak2.......


Bila masak cara begini saya cuti memasak sebab hubby yg akan membakar.....saya cuma sediakan air asamje....Alhamdulillah dah kenyang....




Sementara hubby sibuk....sayapun sibuk merakam gelagat baby Hanis. Baby Hanis sembahyang magrib siap guna telekung kakak....Inipun kakak yg pakaikan....Mulutpun terkumat-kamit....betul2 macam orang tengah bersembahyang...


Layanle gambar budak sorangni....










Baru ibu perasan rambut dah panjang sampai kat mata....Ni kena buat operasi rambutla pulak.....

Lunch hari ini


Tepat pukul 2 ptg baruje sampai dari  kg.... Perut dah berkeroncong tapi kena tunggu nasi...Lepas tanak nasi mengadap t.v. Baru sat duduk... hubby tegur tak nak masakke???? 


Special hari ni tak payah masak lauk dah tapau dari kg/rumah pusaka...hahaha senangnya hidup kalau selalu begini...Kakak saya yg masak....


So ape yg i makan harini, sepotong ikan parang goreng dan sayur terung bulat....serta yg berikut..... 








ulam tomato ni saya buat sendiri, senangje... ni resepi hubby yg beri pada saya semenjak awal kahwin lagi, senang dah sihat utk badan. Makan tadi sekeluarga, sepotong ikan tak habispun sebab kakak potong besar2...


Terima  kasih kak......lain kali saya nak tapau lagi boleh????


Sunday 13 June 2010

Biskut Cornflakeku


Ingat nak tunggu aproval dari kakak2 baru nak tepek resepi kat sini...Oleh kerana saya tulis dlm sehelai kertas( actually sampul surat dah guna hah....) dan saya dah terhilang ni baru jumpa terletak dlm majalah wanita...Baik saya boh dulu kat sini...gerenti selamat tak hilang dan kat mana berada boleh rujuk asal ada internert...


Kena letak gambar dulu supaya lain kali bila buat rujukan boleh lihat balik hasil yg pernah dibuat...


Adus..gambar kat desktop dibilik abang, depa tengah main game. Kat laptopni tak save gambar2...yg dibilik lagi baru dan laju...


Saya ambil resepini kat internert bila saya cek balik takde pula sukatan gula, pelik ada juga yg begini.....Terpaksalah saya olah sendiri...kira ni saya yg ciptalah hahaha. so sapa nak cnp kena minta izin dan link dengan blogni.(perasan)


Bahan2


2 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan cornflakes di blender halus
1 cawan serbuk badam
125 g mentega
1 cawan gula aising
1 biji telur gred A
1 penutup botol esen vanila
coklat cip utk hiasan


Cara


-Pukul mentega bersama gula aising
-masukkan esen dan telur, gaul rata
-masukkan sedikit demi sedikit tepung yg telah digaul dengan cornflakes dan badam
-kaup balik tepung dan jadikan doh lembut
-terap dengan penerap yg digemari
-hias ikut suka( saya letak coklat cip di tengah)




For me hasilnya rangup takde le lembut2...saya patut panggilnya cornflake cookies...hehehe(apa beza biskut ngan cookies???...bukankah ia merujuk bende yg same???)

Bee hoon goreng


Pagini kitaorang breakfast bee hoon goreng, resepinya main campak2, yg pastinya beza dari selalu saya letak lebih udang kering, sedikit daging dan menggunakan kobis. Biasanya saya letak sawi tapi haritu hubby kata sawi rasanya pahit so saya letak kobis pulak. Bila guna kobis, tak berapa nampak le...harap2 anak2 makan.


Baby Hanis tengah dok makan skrg, inipun bila dia lihat gambar kat pc terus kata nak( dlm bahasa diale)apa lagi ibu dia terusle beri... Special anak2 saya semua makan sendiri tak mau di suap...senangle ibunya semua depa nak berdikari, hahaha.




Gambarni ambil dari kuali...yg merahtu bukan cili sebaliknya tomato..hehehe. Patutla sayur kat rumahni cepat habis dalam semua masakan saya letak pelbagai sayur dan letak banyak2...


Sayakan sebenarnya masih menjaga makan (berdiet) so kena makan sayur banyak2 dan kurangkan karborhidrat...Bagi perutni kenyang lama sikit ganti karbo dengan sayur.....


Cutini tak taule berat saya naik ke makin turun coz kat rumah takde penimbang yg ada penimbang utk sukat makanan ha...haritu kat rumah mak mertua asyik sarapan nasi lemakje...ishhh...mesti naik...Saya dok mencuba buat biskut satu lagi bende yg bikin berat saya berpotensi naik.....macamana nak buat??????? 


Resepi agak2


1. 1/2 bungkus bee hoon di rendam kejap
2. 4 ulas bawang merah + sejemput udang kering ditumbuk(mungkin lebih lagi kot)
3. sejemput daging dicincang
4. Semangkuk kobis & sedikit tomato dipotong  
5. kicap dan garam secukup rasa
6. 1 sudu cili paste (saya letak balance udang bersos yg masak semalam ptg)
7. minyak secukupnya


Cara


Tumiskan bawang dan udang kering
Apabila wangi masukkan daging
Kemudian saya masukkan balance udang bersos + garam + kicap
gaul rata...bila daging dah masak...
Saya masukkan bee hoon + sayur
gaulkan, masukkan sedikit air sekiranya perlu
Bila dah jadi rupa spt gambar diatas tutup api
sedia dinikmati panas2




Selamat mencuba...

Saturday 12 June 2010

Tumis Peria Udang



Waktu kat kedai tadi nampak peria terus teringat nak masak macamni, resepini rasanya saya jumpa kat majalah Rasa lama....dulu... Senangje nak masak bendeni tapi periatu kenalah rendam kejap dlm air yg diletak garam supaya hilang sikit rasa pahitnya...




Sebenarnya saya cadang nak masak esokje...sebab tadi tengahari saya dah masak sayur kailan ikan masin...sayangnya sekali adap terus habis...hihihi kuat makan sayur penghuni rumahni... Bila dah petang saya dapati daging goreng lauk tengahari tadi pun dah licin sebab ada yg kuat meratah bendeni...fav. kononya, so saya kena masak lauk lain juga....


Penatnya!!! kena dua kali masak harini...esok kena pastikan masak sekalije, petang tinggal perangat aje...


Lauk tengahari tak sempat snap sebab semua dah kebulur hampir 2.30 ptg baru siap masak dan bila hari hujan biasalah perut dok berkeroncongje...


Sebelah petang saya masak lauk udang bersos, simple dah senang disediakan, hampir macam sambal tapi kurang pedas sebab saya letak sos dalamnya...



Sayapun bubuh tomato sikit..semua boleh makan termasuk baby hanis...


Sebenarnya tengahari tadi saya lambat masak sebab mencuba resepi biskut, hehehe ...kononya nak bawa ke kg, nak bagi kakak2 try sedap atau tidak...


Biskut cornflakes


Ni rupanya dan saya masih lagi buat pelbagai bentuk...nak pilih yg mana menarik...Dari segi rasa yg ini lebih sedap dari biskut yg saya buat sebelumni...nampaknya rayani ada orang tak payah beli biskut...semuanya homemade....Mesti pening mak mertua...apasal tahunni nak buat sendiri....anak menantu sorangni???


Kalau lulus baru saya tepek resepinya ok...


ada sapa2 nak order??? for raya....hehehe...




Resepi Tumis peria udang...



Bahan2

2 biji peria (kecil)
3 ekor udang dipotong 3(ikut suka)
1 biji bawang besar dihiris
1 biji cili hidup dipotong
1 biji telor gred c
garam secukup rasa
sedikit air & minyak

Cara memasak

Panaskan minyak dan tumis bawang dan cili
apabila layu masukkan peria dan udang
gaul rata dan masukkan sedikit air( ikut suka)
apabila hampir masak masukkan telur 
kacau rata dan masukkan garam
nak kuning sikit masukkan sedikit serbuk kunyit

Senangkan!!!!
Related Posts with Thumbnails