Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Wednesday, 9 June 2010

Kek Lobak Merah/Carrot Cake


Seronoknya.... balik kat rumah dan line telefon dah ok so bolehle saya update blog sayani...(home sweet home). Nak masuk entri tertunda kek lobak merah yg saya buat mengikut buku resepi  kompilasi hidangan kek oleh Nor Aini Zakaria.

Kek ni saya buat semasa nak balik kg hubby, first time memasak kek jenis ni...lama teringin nak cuba buat sendiri selepas makan kat secret recipe...terasa sedap pulak, lepasni nak cuba resepi  carrot cake yg lain sebab yg ni hasilnya kurang sedap kat tekak sayani...tak sama macam kat secret resipe,hahaha...

Ini hasilnya


Bahan2

200 g tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
3/4 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh rempah kayu manis

400 g lobak merah diparut
100 g minyak masak
130 g gula kastor
90 g kismis
50 g kacang walnut cincang
2 biji telur gred A

Frosting 
250 g krim keju
100 g gula aising
65 g mentega dicairkan
1 sudu teh esen vanila


Cara membuatnya

Griskan acuan berukuran 8 inci dan lapik dgn kertas serap minyak, Panaskan ketuhar suhu 180 darjah celcius.

Satukan lobak merah, gula perang dan gaul rata. Biarkan selama 30 minit dan masukkan kismis, ketepikan.

Satukan gula kastor dan telur dalam mangkuk pengadun. Pukul hingga pekat dan gebu. Masukkan minyak masak dan esen vanila, gaul rata.

Masukkan tepung dan serbuk penaik dan soda bikarbonat serta kayu manis, sedikit demi sedikit  diikuti lobak dan walnut. gaul rata

Tuang dalam adunan dan bakar selama 1 jam.

Sejukkan kek dan sapukan frosting krim keju.

Krim keju: Satukan krim keju, gula aising dan esen vanila lalu pukul hingga kembang masukkan mentega cair dan pukul hingga gebu...


Selamat mencuba...

2 comments:

  1. kak ham..kek tu nampak cantik..tapikan agak2 nya apa yang kureng tak rasa cm secret resepinya? ehehe

    ReplyDelete
  2. izahdaut, tak pasti la ape yg kurang...tapi akak yakin depa ada bahan secret yg menyebabkan keknya lebih sedap dari yg biasa kita makan... sebab tu kedai kek secret resepi ramai je orang dtg makan...betul tak?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails