Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Monday 29 November 2010

Kari Daging Korban


Salam semua, hari ni dah balik rumah semula.... En. hubby kena gi sekolah ...haha saya masak kari daging utk cik hubby sebab semalam dia nak makan kari ... Memandangkan sampai rumah hampir pukul 7 malam, saya cuma goreng ikanje.... Tak sempat nak defrost daging korban haritu...


Tunggu punya tunggu rupanya cik hubby tak makan lunch kat rumah, dah makan kat kantin sekolah...heeee....kita ni dok tunggu kat rumah... Akhirnya makan dengan anak2je....


Petang tadi Hisyamuddin call hubby supaya singgah kedai beli roti... Katanya nak cicah dengan kari... Terkejut cik hubby  melihat anak bujangnya makan dah lebih separuh buku, roti yg saiz besar...huhuhu Takpe ke???? 


Memang cuaca agak sejuk petangni sebab tadi Klang hujan lebat.... Semua orang makan banyak hihi.....


Bahan2


400 g daging direbus dulu
3 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
3 sudu serbuk kari
1 sudu cili paste
1 sudu herba campur
1 cawan santan pekat
2 biji kentang
sedikit minyak, garam dan gula


* diblender


Cara
1 Tumis bahan yg diblender
2 Masukkan serbuk kari dan cili paste
3. Masukkan daging rebus dan kentang
4. Masukkan santan
5. Masukkkan garam dan gula secukup rasa




Selamat mencuba





Friday 26 November 2010

Puding Karamel MIL


Alhamdulillah pagi ni boleh masuk kan n3.... Guna wimax kat umah Manjungni bermasalah slowwwwww...... Nipun tunggu lama baru boleh bukak blogger .com.


Haha....boleh masukkan resepi pagi ni buat dgn mak mertua.... Sementara tunggu hubby, Hisyamuddin , Haidah dan abah balik dr ronda2 dgn bot kat pantai... Kami yg dok rumah pun masak pudingni...simpel dan sedap. Waktu saya masukkan n3 tinggal 1/4 je... konon nak masu peti sejuk...Panas2 pun dah licin bila depa balik dari laut...


Riuh 2 org budak tu bercerita seronok naik bot...ronda sampai kat Teluk Batik... Sempat berendam.... Saya risau juga nasib baik ada life jacket...


Kesian Hannah tak pegi....


Bahan2


10 biji telur gred A
1 cawan susu pekat
2 cawan air
2 sudu kecil esen vanila
3 sudu besar gula


Cara


1. Masukkan gula alam loyang pengukus dan panaskan hingga gula bertukar kpd gula hangus.ketepikan
2. Semua bahan di satukan dan kacau guna sudip kayu.
3. Masukkan dalam loyang tadi dan tapis adunan dulu
4. Kukus selama 20-25 minit


Selamat mencuba.....

Sunday 21 November 2010

Kek Buah Kukus


Kek ni buah khas utk abah....sebab lepas gi kenduri kahwin tengaharini nak balik kg Perak sempena cuti sekolah. Walaupun tadika Hannah still ada lagi sekolah utk minggu akhir. Nampaknya kami kena balik mingguni.... Mulai minggu depan hubby kena gi sekolah urusan pendaftaran masuk f4. Lepastu pulak kena dtg waktu paper yg kami ajar dan ada lagi hari yg kena bertugas.....Itu belum lagi panggilan ke sekolah diluar jadual waktu hehe...


Buat khas utk abah kek ni walaupun semalam hari yg sgt malas nak masak..... Teringat abah terlalu  suka kek buah, saya paksa diri utk masak.... Oleh kerana tak balut penutup dgn kain saya terpaksa buka penutup dan lap dengan kain setiap 20 minit sekali takut menitik air atas kek.... Itupun buat atas kondisi mengantuk, setiap 20 minit ade yg kejutkan supaya saya angkat penutup dan lap dgn kain.... Tak taule kenape hubby tak boleh ambik tugas yg tu....huhu


Sepatutnya kukus selama 4 jam...Malam tadi saya kukus 3 jam je... takpelah bukan nak bagi kek tu tahan berbulan2...Tak sampai seminggu gerenti dah habis... Kalau buat utk orang wajib 4 jam...hehe


Maaf tak ade versi potong... Nak bawa sebiji gitu macam yg dah biasa anak menantu yg sgt rajin ni .....buat haha.....


Harap2 kek ni sedap seperti selalu, walau waktu buat ada versi malas.....


Bahan2


1 biji butter /250 g*
2 cawan gula pasir*
2 cawan air*
1 mangkuk membukit buah campur*


4 biji telur gred A/ saya guna 5 biji telur gred B
1 sudu teh esen vanila
4 cawan tepung
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1 sk cream of tartar/dlm btk serbuk


Cara

1.Bahan bertanda * rebus selama 30 minit dgn api sederhana. Pastikan menjadi sederhana likat tutup api....Biarkan sejuk.


2.Panaskan pengukus


3.Kemudian masukan telur sebiji demi sebiji dan kacau.Masukkan esen vanila. Masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder, soda bikarbonat dan cream of tartar sedikit demi sedikit dalam adunan. Kacau rata.


4.Masukka ke dlm bekas yg telah diletak kertas dan telah di lenser. 


5. Kukus dgn api perlahan selama 4 jam/ saya kukus 3 jam je


6. Angkat penutup dan lap dgn kain setiap 20 minit atau lapik dgn kain pada penutup.


Selamat mencuba....






Saturday 20 November 2010

Roti Jala



Petang semalam anak teruna sorang tu kelaparan.... ada lebih kuah kari ....so buatkan roti jala.... Dah bertahun tak buat....Kirai pun dah hilang skill....


Buat sedikt aje cukuplah utk kami sekeluarga. Itupun waktu makan malam abang tak nak makan nasi...kenyang lagi jawabnya.... Risau balik rumah kelaparan sedangkan kat rumah takde makanan...ibupun tengah malas nak masak...hehehe 


Rasanya saya kena masak lebih dari selalu, barulah cukup sampai dinner... tak rajinlah nak masak sampai 2 kali...hahaha...


Haripun ni tak masak lunch sebab ada jiran setaman yg tumbangkan seekor lembu...sudah tentu kami menolong...so harini menu lunch sup tulang 'gearbox '....Alhamdulillah.... Tu yg lewat masuk n3...


Bahan
1 1/2 gelas tepung
1 biji telur
1 1/2 gelas air
sedikit serbuk kunyit
3 sudu makan minyak
sedikit garam


Cara


Semua bahan masuk dalam blender dan blend.... adjust kepekatan kalau terlebih pekat tambah air sikit... kalau tercair tambah tepung. Kemudian biarkan 10 minit....
Kirai atas kuali leper tak payah lenser dgn minyak ...


Menghasilkan lebih 25 keping. Selamata mencuba....



Friday 19 November 2010

Puding Kek Koktel


Buat masa nak balik kg ... Tak tau nak bawa ape.... selain ketupat daun palas... Nak buat rendang, kakak kat rumah dah buat rendang ayam dan daging tersangat banyaknya... Sampai semalam tak habis lagi walau dah agih dgn banyak kat jiran2....


Nak membaking oven takde kat rumah still kat kedai....belum baik lagi... Lagipun dan beli sebiji kek utk birthday Hisyamuddin pada Hariraya...


Dah lama beli buku yg ade resepi ni.... Ok menjadi cuma saya potong kek tu ternipis dan pudingnya terlalu tebal dan sedikit keras... Next time buat kena lembikkan sikit....


Bahan
sebiji kek gulung
250 g kastad
500 g gula(saya kurangkan kpd 400g)
1 liter air
250 ml susu cair
sedikit garam
1 tin buah campuran


Bahan puding merah
10 g agar2
500ml air
sedikit garam
2 sudu makan gula
sedikit pewarna merah


Cara
1. Potong kek dan susun dalam bekas
2. tuang air dari tin buah buahan ke atas kek ketepikan
3. Masukkan kastad, gula dan susu cair dalam satu bekas, kacau sebati hingga tidak berketul. Masukkan air dan garam, kacau sebati.
4. Masak adunan guna api perlahan kacau hingga pekat
5. Tuang kastad atas kek tadi
6. Taburkan buah buahan campuran tanpa sirap keatasnya, sejukkan selama 10 minit
7. Masak agar2 pula hingga hancur dan mendidih, masukkan gula dan garam
8. Warnakan merah dan kacau rata
9. Tuangkan agar ke atas kek tadi...sejukkan sebelum dihidangkan




Siap dalam 1/2 jam saja


Selamat mencuba... hati2 ketika membuat kastad...jangan terlalu keras...adjust sikit.... 

Mee Goreng Daging Korban



Salam semua, hari ni saya dah balik kat rumah semula....cuma balik 2 malam je.. Oleh kerana itu sempatle buat sarapan mee goreng utk keluarga tercinta hehehe....


Hannahje masih sekolah hingga minggu depan.... 


Pagini masak mee goreng letak daging korban yg kakak beri.... Kat kg saya tumbang 22 ekor lembu.... Takde yg tolong memotong so tak dapat tulang ... Macamanapun keluarga kami dapat hampir 4 kilo daging.... Dan ada kakak yg berkorban sama dia pun beri sedikit daging...






Resepi yg saya guna simple je...

Bahan

500g mee kuning
150 g daging/lebih pun takpe
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu cili paste
sedikit fish ball dipotong 4
sedikit kobis dipotong halus
sedikit sos cili
sedikit kicap
garam secukupnya
Sedikit minyak zaitun

Cara
1.Masukkan sedikit minyak
2. Masukkan bawang yg telah ditumbuk, apabila wangi masukkan cili paste
3. Masukkan daging dan tumis  hingga masak,
4. Masukkan sos dan kicap
5.Masukkan fish ball dan sayur kobis
6. Masukkan mee dan garam secukupnya
7. Tutup api, sedia utk dihidangkan

Siap dalam masa 20 minit

Monday 15 November 2010

SELAMAT HARIRAYA AIDIL ADHA

Untuk semua kawan2 di alam maya saya nak ucapkan selamat Hari Raya Aidil Adha....Terima kasih kerana sudi berkawan dgn saya...walaupun kadang2 lambat memberi response sebab faktor kebizian.....


Semoga semuanya akan bergembira di pagi raya dan selamat bercuti...


Buat yg balik kg berhati2 dijalanraya....ingat ada yg menunggu kita di kg....


Saya kali ni balik ke Banting saja.... 1 jam perjalanan hehe... Seronok kerana...... setelah 10 thn baru dapat beraya kat kg sendiri.... Biasanya balik Manjung je....


Takpekan.... skrgni asyik balik Aidilfitri ke Manjung. Perlu tukar2 angin walaupun org tua dah takde, tapi adik beradik 12 orgtu masih hidup lagi......hehehe


Tak sabar2.... sebabtule semalam lagi dah buat ketupat.... Pelan nak buat kek sempena birthday Hisyamuddin cansel...Nak belije  kat kedai kawan ...hehehe


Selamat bercuti.....Nampak gaya saya akan cuti 2 hari dr berblogging...Lepasni boleh blogging hari2 sebab dah cuti sekolah....

Sunday 14 November 2010

ketupat for Raya Haji...


Malamni saya nak buat ketupat daun palas utk Raya Haji....Sebenarnya tak planpun...cuma tadi selepas balik dr majlis konvo tadika Hannah...singgah kat bazar rakyat di Andalas terpandang pulak daun palas... Kelakarnya hubby ambik daun kelapa... Dari dlm keta saya signal spy tukar daun yg saya nak. Harini tak bole keluar keta Hanis tidur kat riba kepenatan....


Sebelum balik rumah singgah ke kenduri kahwin di jln kebun....ramai betul org nasib baik rumah kg so parking pun byk...Balik rumah dah senang hati semua perut dah kenyang.


Berbalik kpd ketupat...kena buat mlmni jugak sbb esok mlm cadang nak buat bende lain......lepastu dah mlm raya dah balik kg....


Mlm ni saya tanakje pulut tu malas nak kukus....hehehe


Cara nak buat boleh rujuk sini,saya jumpa secara tak sengaja bila nak ingat balik macamana nak balut . Oleh sebab pulut tu di tanak saya akan kukus slps di balut..... Mlmni tak kukus, saya akan kukus pagi raya. Kena simpan dulu dlm peti sejuk....


Bahan


6 gelas pulut
6 gelas santan
garam dan gula secukupnya


Cara


Tanak dlm ricecooker...


senangkan....

Thursday 11 November 2010

Kari Gerut-gerut

Hubby request nak makan kari ikan ni semalam lagi.... Baru hari ni sempat nak masak..... Semalam malas betul... saya masak nasi goreng pada mulanya...


Kemudian hubby kata terlalu pedas takut anak2 tak boleh makan...Akhirnya saya masak nasi putih, goreng ikan dan sayur goreng je...


Mereka semua tak sentuh langsung nasi gorengku...huhu dan akhirnya pagi tadi menjadi santapan tong sampah.


Petang tadi selepas balik jamuan akhir tahun yg diadakan di Kota Kemuning Golf Resort dalam pukul 5 petang, saya teringat request hubby.....


Sambil masak makan malam saya buat kek batik dan kek gula hangus. kek batik anak2 request sebab nak bawa ke sekolah pagi esok utk jamuan.... Kek gula hangus pula saya cadang nak bawa ke sekolah. Kali ni saya buat versi kukus sebab oven masih lagi kat workshop.... 


Masa menulisni baru je masak, tak tahu lagi menjadi atau tidak. kalau menjadi saya akan masuk entri, kalau tak jadi lain kali bakar je...


Bahan2 utk kari


seekor ikan gerut2 di potong2
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
secubit jintan manis 
secubit jintan putih
25 g serbuk kari ikan/ 1peket
minyak utk menumis 

1 batang kayu manis
3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 keping asam gelugor
1 mangkuk santan cair
1 biji cili merah
1 biji tomato dibelah 4
Garam dan gula secukupnya

Cara
1.Panaskan minyak dan masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga lawang.
2. Masukkan bawang yg telah ditumbuk bersama jintan putih dan jintan manis dan kacau
3. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air, masak hingga terbit minyak.
4. Masukkan santan dan ikan, perlahan kan api sambil dikacau sekali sekala
5. Masukkan 1 biji cili hidup dan sebiji tomato
6. Masukkan garam dan gula, kacau dan tutup api


Selamat mencuba

Wednesday 10 November 2010

Pantun Nasihat





Buat baik berpada pada
Takut ada terhutang budi
Walau senyum suatu pahala
Jangan sampai di salah erti

Melompat riang si anak kancil
Kancil terjerat helah sendiri
Sabar dan ikhlas membuah hasil
Hasil di kutip di akhirat nanti

Harum sekuntum mekar sejambak
Taman raudhah berpagar iman
Limpahan hidayah tercurah melambak
Malang sedikit membekas berkesan

Manusia bercakap beo meniru
Cakap manusia berakal perasaan
Bertasbih bertahmid biar beribu
Belum tentu berkesampaian

Si tukang kasut membuat perabut
Si penggali kubur menjadi bidan
Adzan berkumandang tiada bersahut
Ruhul kudus menangis keseduan

Menggali lubang menimbus lubang
Hamba fakir beraksi kaya
Hutang menimbun keliling pinggang
Batu permata bercampur serpihan kaca

Apa bergelora di lautan samudra
Jika tidak arus dan gelombang
Setiap niat gerak tutur kata
Kehadirat sang adil di hitung timbang


Sumber: ABC_keladihutan (Mesra.net) 

Tuesday 9 November 2010

Berjalan Di tempat sendiri



Balik kg haritu ada singgah ke Pantai Morib..... Melihat kelainan .....Ala2 waterfront(baru siap).teringat pulak Lumut....kg hubby.


Sempatlah posing hehehe.....selalunya takde nak singgah...dah membesar kat sini rasa biasa2je Pantai Morib...


Kami keluar dah hampir pukul 6 ptg... Tak sampai 5 minit dah sampai sebab rumah aruah emak dekatje... 


Waktu tu air tengah pasang penuh dan sesekali ombak menghempas ke batu ditepi dan ada juga yg terkena orang yg lalu lalang di tepi pantai....


Hubby nampak laksa so biasale nak mencuba rasanya...hehehe kena kutukle tokeh kedai sebab bagi hubby yg tersedap mestile laksa kat Lumut nun....


Saya suka makan satay kat sini dan utk Hisyamuddin kami order tauhu bakar sebab dia masih lagi allergic...


Kalau dikenangkan...Pantaini dulu ada mini zoo...harimau dan gajah je takde...Bayaran masuk 50 sen je... Itu dulu dalam tahun 70 an...saya pun belum sekolah lagi....


Utk saya pantai Morib sesuai utk dikunjungi for picnic atau makan2 kat gerai...... Utk mandi kurang sesuai sebab airnya tak jernih... Nak main golf pun boleh....(hehehe tak pernah main pun...) 


Nampak ada gerai Sea food tapi tak tahule mahal ke murah..May be Umbai lagi murah kot...Otak2 pun ade....


Nak tau lagi kenalah pergi sendiri sebab sayapun tak menjelajah semua tempat cuma pegi tempat makanje....


Nak pergi lagi waktu cuti sekolah....hari biasa time tak ramai orang...


Monday 8 November 2010

Kek Gula hangus

Nampak kek ni kat umah Ayu S'pore.... Rasa tertarik nak cuba sebab pernah cuba dan hangus .....hehehe terus tak nak mencuba. Kali ini Ayu ada menyatakan cara nak bakar so saya cuba lagi ...Alhamdulillah boleh makan hahaha....siap bawa utk kakak rasa masa cuti Deepavali.




Ayu S'pore saya c&p resepi(terima kasih sudi share resepini...dan taklupa juga pada tuan punya resepi yg asal..)Terima kasih semua...


Ingredients for caramel:-
1 cup sugar-(1 cawan gula)
1 cup hot water-(1 cawan air panas)
2 tbsp butter-(2 sudu besar mentega)
On medium heat, fry sugar in a saucepan. When the sugar has almost melt, add in hot water(be careful @ this part cause it will be popping.) Add in butter and stir till melts. Put to cool ans set aside.-(Gula digoreng dengan api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas-kena berhati2 sebab nanti dia meletop letop. Tutup api & cepat masukkan air panas tadi dan masukkan mentega kacau sampai mentega cair. Ketepikan)


Ingredients for cake:-
4 eggs-(4 biji telur)
1 cup condensed milk-(1 cawan susu pekat)
1 cup plain flour-(1 cawan tepung gandum)
2 tsp soda bicarbonate-(2 sudu teh soda bicarbonate)
1 tsp vanilla essence-(1 sudu teh vanilla essence)

Method:-
Using a hand mixer beat eggs till creamy and thick. Add in condensed milk mixed well. In a blender pour eggs and milk mixture. PRESS the on button. Then add in plain flour & soda bicarbonate which has been sifted and Vanilla Essence. PRESS the on button again. Lastly add in the syrup. PRESS the on button again. Leave the mixture in the blender for 3-4 jam(covered) to get a beautiful 'sponge'. After 3-4 hours, pour into a 5" greased tray in order to get a 'higher sponge'(I used 7" inch tray) in oven.Without stirring the mixture(This was what I did), pour the ingredients directly into tray in the oven. Bake for 60 minutes or till cook at 160 degrees Celsius (For my oven I used 145C degrees and bake for 90 minutes) using just the below heat(api bawah). The last 20-30 minutes use both heat(api atas and bawah). Take out from oven and let it cool before cutting. -(Pukul telur sampai kembang & pekat. Masukkan susu pekat and mix lagi. Tuangkan adunan kedalam blender dan tekan ON. Masukkan tepung & soda bicarbonate yang telah diayak tadi dan esen vanila. Tekan On lagi. Last baru masukkan gula hangs tadi. Tekan On lagi. Biarkan adunan dalam blender selama 3-4 jam(tertutup) untuk mendapatkan 'span' yang cantik. Selepas diperap, masukkan adunan kedalam loyang yang telah digris dengan butter(Tanpa menggodak adunan tu). Gunakan loyang 5", kalau nak kek yang tinggi( saya gunakan loyang 7" aje)Tuang adunan terus kedalam loyang dalam oven. Bakar dengan suhu 160C selama 60 minit. (Saya bakar suhu 145c selama 90 minit untuk oven saya) dengan menggunakan api bawah sahaja. Balance 20-30 terakhir, pakai api atas dan bawah. Keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum potong.)
Sources:- From Kak Halimah@resipidiana.blogspot.com- steps from Maklang and some of the steps I added myself..



Cara saya
Saya blend telur , kemudian blend susu pekat, masukkan tepung dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit sambil sesekali di blender... 


Seterusnya saya masukkan gula hangus, kacau dgn tangan sbb dah penuh blenderku...


dan perap selama 3 jam dan bakar dalam ketuhar selama 50 minit dengan api 160'c....api bawahje 


dan 30 minit terakhir saya guna api atas dan bawah ikut cara Ayu...


Selamat mencuba...

Friday 5 November 2010

Sambal Tempe Caraku


Tengahari tadi masak sambal tempe...., Dah lama tak masak tempe... Banyak yg dah kena ngap... sebelum sempat saya sambalkan tempeni... Abang dan kakak gemar tempe yg digoreng begitu saja....


Separuh saja yg sempat disambalkan hahaha...Itupun setelah saya asingkan mana yg nak masuk kedalam sambal.... Sesekali nak juga tekakni makan masakan jawa... dah sebati dalam dirini...


Sambal tempe biasanya ada kacang tanah goreng dan pelbagai lagi...tapi sesekali saya suka tempe saja dalam sambaltu...


Bahan2


3 biji bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
3 sudu besar cili giling
1/2 bawang besar dihiris
sedikit minyak
sedikit air asam jawa
1 mangkuk tempe yg telah digoreng kunyit
sedikit garam dan gula


Cara
1. Panaskan minyak, masukkan bawang merah dan putih
2. Kacau hingga wangi dan masukkan cili giling
3. Masak hingga pecah minyak dan masukkan air asam
4. Kacau hingga sebati, masukkan bawang besar kacau hingga layu
5. Masukkan tempe goreng, garam dan gula secukup rasa 




Selamat mencuba, resepi yg enaka dan mudah disediakan 







Wednesday 3 November 2010

Beehoon goreng

Hari ni sekolah dah cuti Depavali..... walaupun tak ramai warga India.... namun kami dah cuti..... Paling best pagi ni sekolah agama tak cuti...so tinggal kami berdua kat umah..... Hanis pun hantar ke nursery sebab kononnya ibu nak siapkan kerja...tapi selepas mengemas rumah dah hilang mood. Nampaknya nanti malam kena stay up utk siapkan keja huhuhu....


Lepas masak dan anak2 yg lain balik cadang nak ambik baby Hanis dari nursery...kesian dia......yg lain dah kat umah dia masih dok nursery.....


Pagini masakkan bee hoon utk hubby....saya tak makan sebab tengah cuba diet tanpa karborhidrat ....semenjak lepas Raya badan dah naik semula....sebelum sampai ke berat asal baik diet dulu...hehehe




Buat simple je, resepi spt di bawah



Bahan

250 g bee hoon
sedikit fish ball
sedikit kobis
sedikit tomato
secubit ikan bilis/ udang kering
4 biji bawang merah ditumbuk
2 biji cili api ditumbuk
1 sudu makan cili giling
garam secukupnya
kicap secukupnya
sedikit minyak

Cara

1. panaskan minyak
2. masukkan semua bahan yg ditumbuk
3. apabila wangi masukkan cili goreng hingga cili masak
4. masukkan beehoon dan semua sayur 
5. masukkan kicap
6. boleh tambah sedikit air sejuk sekiranya perlu
7. Masukkan garam secukupnya
selamat mencuba
Related Posts with Thumbnails