Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Wednesday 3 November 2010

Beehoon goreng

Hari ni sekolah dah cuti Depavali..... walaupun tak ramai warga India.... namun kami dah cuti..... Paling best pagi ni sekolah agama tak cuti...so tinggal kami berdua kat umah..... Hanis pun hantar ke nursery sebab kononnya ibu nak siapkan kerja...tapi selepas mengemas rumah dah hilang mood. Nampaknya nanti malam kena stay up utk siapkan keja huhuhu....


Lepas masak dan anak2 yg lain balik cadang nak ambik baby Hanis dari nursery...kesian dia......yg lain dah kat umah dia masih dok nursery.....


Pagini masakkan bee hoon utk hubby....saya tak makan sebab tengah cuba diet tanpa karborhidrat ....semenjak lepas Raya badan dah naik semula....sebelum sampai ke berat asal baik diet dulu...hehehe




Buat simple je, resepi spt di bawah



Bahan

250 g bee hoon
sedikit fish ball
sedikit kobis
sedikit tomato
secubit ikan bilis/ udang kering
4 biji bawang merah ditumbuk
2 biji cili api ditumbuk
1 sudu makan cili giling
garam secukupnya
kicap secukupnya
sedikit minyak

Cara

1. panaskan minyak
2. masukkan semua bahan yg ditumbuk
3. apabila wangi masukkan cili goreng hingga cili masak
4. masukkan beehoon dan semua sayur 
5. masukkan kicap
6. boleh tambah sedikit air sejuk sekiranya perlu
7. Masukkan garam secukupnya
selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails