Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Sunday 21 November 2010

Kek Buah Kukus


Kek ni buah khas utk abah....sebab lepas gi kenduri kahwin tengaharini nak balik kg Perak sempena cuti sekolah. Walaupun tadika Hannah still ada lagi sekolah utk minggu akhir. Nampaknya kami kena balik mingguni.... Mulai minggu depan hubby kena gi sekolah urusan pendaftaran masuk f4. Lepastu pulak kena dtg waktu paper yg kami ajar dan ada lagi hari yg kena bertugas.....Itu belum lagi panggilan ke sekolah diluar jadual waktu hehe...


Buat khas utk abah kek ni walaupun semalam hari yg sgt malas nak masak..... Teringat abah terlalu  suka kek buah, saya paksa diri utk masak.... Oleh kerana tak balut penutup dgn kain saya terpaksa buka penutup dan lap dengan kain setiap 20 minit sekali takut menitik air atas kek.... Itupun buat atas kondisi mengantuk, setiap 20 minit ade yg kejutkan supaya saya angkat penutup dan lap dgn kain.... Tak taule kenape hubby tak boleh ambik tugas yg tu....huhu


Sepatutnya kukus selama 4 jam...Malam tadi saya kukus 3 jam je... takpelah bukan nak bagi kek tu tahan berbulan2...Tak sampai seminggu gerenti dah habis... Kalau buat utk orang wajib 4 jam...hehe


Maaf tak ade versi potong... Nak bawa sebiji gitu macam yg dah biasa anak menantu yg sgt rajin ni .....buat haha.....


Harap2 kek ni sedap seperti selalu, walau waktu buat ada versi malas.....


Bahan2


1 biji butter /250 g*
2 cawan gula pasir*
2 cawan air*
1 mangkuk membukit buah campur*


4 biji telur gred A/ saya guna 5 biji telur gred B
1 sudu teh esen vanila
4 cawan tepung
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1 sk cream of tartar/dlm btk serbuk


Cara

1.Bahan bertanda * rebus selama 30 minit dgn api sederhana. Pastikan menjadi sederhana likat tutup api....Biarkan sejuk.


2.Panaskan pengukus


3.Kemudian masukan telur sebiji demi sebiji dan kacau.Masukkan esen vanila. Masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder, soda bikarbonat dan cream of tartar sedikit demi sedikit dalam adunan. Kacau rata.


4.Masukka ke dlm bekas yg telah diletak kertas dan telah di lenser. 


5. Kukus dgn api perlahan selama 4 jam/ saya kukus 3 jam je


6. Angkat penutup dan lap dgn kain setiap 20 minit atau lapik dgn kain pada penutup.


Selamat mencuba....






No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails