Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Monday 31 January 2011

Ikan Masak Taucu



Assalamualaikum,


Pagi ni saya dah mula bercuti Raya Cina. Tak boleh balik kg lagi sbb sekolah agama tak cuti. Mungkin saya cutikan anak2 pada hari Rabu....hehehe.


Pagi ni boleh masukkan n3 kerana anak2 yg kecil saya hantar ke taska. Manakala abang ada kelas tambahan ganti utk hari Sabtu depan.


Woo!!!! seronok ada kat rumah  tanpa anak2 kecil.... Takde yg mengganggu ibu buat kerja yg dah lama tertangguh. Pagi tadi sempat pegi bank utk urusan koperasi sekolah...haha. Dan kemudian kat rumah buat kerja akaun.... Tak siap lagi tapi nak masak pula... Pukul 12 nak ambik semua anak dari taska dan sekolah.


Menu hari ni simpleje... masak taucu. Resepi ni saya main campak2 je. Yg penting ikan tu kena goreng dulu.... 


Nampaknya kena catat juga walau mudah, lain kali bila Haidah dah besar boleh rujuk je kat sini...


Bahan2


1 ekor ikan goreng
1 biji cili besar dihiris
1/2 biji bawang besar
2 biji bende
1/2 peket taucu
sedikit garam sekiranya perlu
sedikit minyak/ saya guna minyak zaitun
sedikit air
Cara
panaskan minyak dan tumis cili dan bawang bila layu, masukkan sedikit air, masukkan taucu dan bende. Bila dah menggelegak masukkan ikan. Kacau sebentar dan perasakan dgn garam bila perlu.

Saturday 29 January 2011

Terima kasih......


Assalamualaikum, hari ni dapat bunga dari Yatie  sinar Kehidupanku.....cantiiik.... ambil cepat2 kalau lambat takut terlupa pulak... Lagipun mingguni cuti seminggu dan dah nak balik kampung hubby...


Di sini saya juga nak ucapkan tahniah kerana follower Yatie dah menjangkau 1000.....alamak jauhnya beza dgn blog saya huaaa.... 


Terima kasih juga kerana sudi berkawan di alam siber.... walaupun sayani tak berapa peramah....hehehe.


Terima kasih sekali lagi dan semoga sentiasa success....

Daging Goreng Kunyit


Resepi yang mudah dan sedap.... Berapa banyak saya masak pun boleh habis.... kalau sikit dah tentu tak cukup hehehe. Saya suka masak begini bukan saja mudah hubby pun minat makan daging goreng begini....


Rahsia supaya daging tu lembut gunala daging batang pinang... Saya suka makan bawangnya dan cilinya sekali.... sedap.... for our tekakla.... hahaha. Kalau masak for lunch sure dinner kena masak lain ....


Bahan2


300 g daging batang pinang/ ikut suka
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1 biji bawang besar di hiris 
1 biji cili merah di hiris/ nak pedas letak cili api
garam secukupnya
minyak utk menggoreng


Cara


Panaskan minyak, masukkan daging dan balik2kan bila perlu. Apabila hampir masak masukkan bawang dan cili. Balikkan hingga bawang dan cili layu spt dalam gambar/ ikut suka. Jangan lupa perasakan dgn garam. Angkat dan toskan. Sedap dimakan dgn nasi panas....


Selamat Mencuba

Friday 28 January 2011

Homemade Popcorn


Teringin nak buat popcorn sendiri... nak dengar sendiri bunyi 'pop'..'pop'....haha realitinya takle sekuat spt dalam gambaran.... Nak beli bahan pun kena gi Giant tak nampak kat tesco...


Semalam buat utk kali kedua, dah janji dgn Haidah.... Buat gula hangus pun 2 kali sbb kali pertama pahiiiit.....betul2 hangus.


Buat kali kedua ok,cuma perlu guna banyak gula lagi kalau nak manis macam yg dibeli .....


Cara membuat saya selongkar rumah Hana...terima kasih sudi share resepi ini....Ingat susah sangat....Akak C&P resepiye....


Kalau nak maaf ye dah habis malam tadi, anak2 makan  buat kudapan....





Bahan-bahan
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • jagung kering secukupnya- ada jual d pasaraya
  • garam secukup rasa
  • Karamel
  • 1 sudu mentega/margerin
  • 3 sudu besar gula pasir (ikut suka byk mana pop corn yg ada)
Cara-cara
  1. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
  2. Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
  3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn.
  4. Taburkan garam secukupnye. - jika wat perisa ori.
  5. Utk perasa karamel - panaskan butter/marjerin, masukkan gula.. hana tmbh skit madu. kacau hingga gula agak2 hangus. api jgn besar yer! tkt hangit! tutup api.pastu masukkan popcorn yg dh siap tadi. kacau rata. siap!



Nanti nak buat lagi.....ada lagi jagung kering....


Ok itu je n3 utk hari ini nak gi masak lunch...sebelum hubby balik solat Jumaat....

Wednesday 26 January 2011

Masak Pindang Daging


Assalamualaikum,


Alhamdulillah hari ni berjaya menulis dalam blog.... Ini kerana sikecil Hanis dah tidur... kalau tidak, takde can nak membuka blog...hehehe. Inipun kena cepat2 tak boleh nak blogwalking... 


Petang tadi teringin nak makan daging masak pindang.... Sebenarnya dari semalam lagi dah teringin tapi bahan tak lengkap... Sembang dgn beberapa kawan dari Trengganu dapat resepi ni.. dan rujuk juga resepi dr majalah Rasa...


Bahan2


300g daging yg telah direbus dipotong nipis
1 keping asam keping
1 biji cili merah
1/2 biji bawang besar di hiris nipis
1 cm lengkuas 
1 cm halia
secubit ketumbar di tumbuk
1 biji cili api- nak pedas 
garam dan gula secukupnya
air 3/4 periuk kecil


Cara


Masukkan semua bahan dalam periuk, renehkan api dgn api perlahan sehingga daging lembut. Perasakan dgn garam.


* sesuai utk yg nak tgh nak berdiet.....


Selamaat mencuba

Saturday 22 January 2011

Kuih Abuk-abuk


Maaf kuih ni dah habis..... sapa teringin sila buat sendiri hehehe..... Sebenarnya saya buat hari Sabtu lepas... teringin sangat walaupun sedar saya sendiri yg akan makan paling banyak...


Kuih ni sepatutnya letak gula merah, cuma waktu nak menggaul baru sedar gula merah dah habis..... So saya ganti dgn gula perang. Itu yg hasilnya pucatje macam dalam gambar... Yang penting kuih dapat juga saya makan....


Sebenarnya saya buat kuih ni sebab teringat aruah emak.... Kalau ingat aruah emak biasanya  saya buat kuih ni.....sebab tahu mak memang selalu buat ... dan emak tak payah sukat,  main campak2 bahan dan rasa beberapa kali utk mendapatkan manis yg dikehendaki...


Bahan2

150 g sagu - rendam 1 jam
150 kelapa parut
5 sudu besar gula perang
secubit garam
daun pisang secukupnya


Cara
gaul semua bahan dalam mangkuk besar, rasa sedikit kalau tawar tambah lagi gula...dan balut dengan daun... kukus sehingga masak dalam 15-20 minit....

Friday 21 January 2011

Kuih Kasturi


Assalamualaikum semua, Buat kuih ni malam cuti Thaipusam  sebab nak habiskan stok kacang rebus yg ada.... Ingat nak buat bubur kacang lagi....akhirnya buat kuih ni sebab dah lama tak buat....


Masa semua bahan dah dimasukkan baru sedar adunan terlalu banyak air hingga tak boleh dikepal....simpan dalam peti sejuk satu malam...esok paginya masih lembik tapi dah boleh dibentuk... akhirnya saya guna sudu waktu nak masukkannya kedalam kuali....


Resepi lebih kurang  sama spt dulu cuma dlm tepung utk menggoreng saya tak letak tepung beras...Resepi lama boleh rujuk sini


Bahan2

1/2 cwn gula perang

2 sudu makan gula pasir
500 g kacang hijau rebus
4 sudu tepung gandum
1/2 biji kelapa parut

1 sudu teh garam

Bahan Kulit
4 sudu tepung gandum
garam secukup rasa
sedikit air dan kunyit

Cara
1.Gaul kelapa parut, kacang yg telah direbus, gula
2.Masukkan sedikit tepung dan bentuk  bulat dan leper.
4.Bancuh bahan kulit (tidak terlalu pekat @ cair)
5.Celup adunan dalam tepung dan goreng hingga kekuningan.


Wednesday 19 January 2011

Ikan Rebus Mother inlaw....

Hari ini nak masuk n3 juga walau takde snap gambar .... Tak sempat nak snap dah licin.... anak2 makan bertambah..hubby pun sama....


Resepi ni dapat dr mak mertua...mungkin dikenali sbg asam pedas utara....utk sesetengah orang. Paling best resepi ni mudah dan sedap...hehe for my family tekakla...


Disini nak kongsi resepi yg saya masak for dinner malamni....


Bahan2


3 ekor ikan selar/kembung dll...
5 batang daun sendohom/kesum
1 sudu besar cili paste/ nak pedas boleh letak lebih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 biji bawang merah diricih/ketukje pun boleh
1 batang serai diketuk
1/2 liter air/ikut suka
garam dan gula secukupnya
sekeping asam keping


Cara2


Masukkan semua bahan, dan rebus dgn api perlahan hingga ikan masak...lebih sedap kalau dah diperhangat....


ok....kena gi anak dah nangis

Tuesday 18 January 2011

Bebola daging utk yg tersayang...



Assalamualaikum, tuan rumah bizi memanjang kebelakanganni.  Hari ni baru dapat buka fb dan blog. Bukan tak masak cuma takde masa...


Nanti ada masa baru boleh upload gambar2 masakan yg sempat di tangkap....


Hari ni nak share resepi  bebola daging yg dah buat haritu. Buat utk bawakan bekal anak. Ada tambah  daun saderi dan bawang. Resepi sama masih sama....


Bahan2


500 g daging kisar jenama Ramly
2 sudu makan tepung gandum
1 cawan serbuk roti(putih)
sedikit lada hitam ditumbuk
3 biji bawang merah ditumbuk
garam secukupnya
1 biji telur
sedikit tepung gandum
serbuk roti secukupnya(kuning)
2-3 titik sos wonchester
daun saaderi dan bawang dihiris halus


Cara
1. Basuh dulu daging kisar dan tapis airnya/letak daging dlm penapis dan lalukan air pili toskan.
2. Masukkan kedalam mangkuk besar daging kisar, 2 sudu tepung, 1 cawan serbuk roti, lada hitam, bawang, garam dan sos wonchester.
3. Gaulkan semua bahan. Perap seketika
4. Bulatkan adunan dan golekkan pada tepung jagung.
5. Masukkan kedalam telur yg telah dikacau..
6. Masukkan pula kedalam serbuk roti(kuning), golek2kan sehingga rata.
7. Boleh simpan dalam peti @ terus goreng dengan minyak yg banyak.
8. Bila masak toskan di atas kertas serap minyak.
9. Hidangkan dgn sos yg digemari keluarga.

Tuesday 11 January 2011

Roti Arab


Ahad lepas ketika berjalan2 di Tesco ternampak roti nie, teringin nak merasa pulak..... Terfikir nak makan dgn ape? Akhirnya saya tumis bawang dan tambah daging kisar...Buat ala2 sandwich...


Bila malam saya panaskan roti Arab tu... anak2 dara kata sedap makan begitu saja... Mereka kongsi makan ramai2. hahaha... ni mesti kes lapor.


Pagi tadi saya panaskan kepingan terakhir dan beri seorang sepotong utk alas perut ketika nak pegi ke sekolah....Harap2 depa kenyang hingga next meal....


Ada permintaan spy beli lagi.....nampaknya tunggu ibu teringin lagi ....hehehe. Cicah dgn kari mesti sedap @ sardin... Boleh dipertimbangkan permintaan ini.....

Sunday 9 January 2011

Bebola Daging AJL....


Buat petang tadi utk minum petang, malamni goreng baki yang ada buat  makan sambil menonton AJL.....


Petang tadi tak ambil gambar sebab tak elok hasil gorengan bebolani... Alhamdulillah malamni lepas keluar dari peti terus aje saya goreng, hasil spt dalam gambar....Seronok bila sekelip mata lesap kedalam mulut insan2 tersayang....


Resepi saya ambil dari sini, saya ubahsuai ikut bahan yg ada kat rumah...suruh anak salin resepi...hahaha tak sama hundred percent....


REsepini menghasilkan 30 biji bebola cinonit dan terserlah rasa dagingnya. Boleh juga tambahkan serbuk roti dgn lebih banyak dalam resepini...Boleh tambah ape saje yg kita suka....terpulang pada citarasa....


Resepi yg saya buat sungguh simple...


Bahan2


500 g daging kisar jenama Ramly
2 sudu makan tepung gandum
1 cawan serbuk roti(putih)
sedikit lada hitam ditumbuk
3 biji bawang merah ditumbuk
garam secukupnya
1 biji telur
sedikit tepung gandum
serbuk roti secukupnya(kuning)
2-3 titik sos wonchester




Cara
1. Basuh dulu daging kisar dan tapis airnya/letak daging dlm penapis dan lalukan air pili toskan.
2. Masukkan kedalam mangkuk besar daging kisar, 2 sudu tepung, 1 cawan serbuk roti, lada hitam, bawang, garam dan sos wonchester.
3. Gaulkan semua bahan. Perap seketika
4. Bulatkan adunan dan golekkan pada tepung jagung.
5. Masukkan kedalam telur yg telah dikacau..
6. Masukkan pula kedalam serbuk roti(kuning), golek2kan sehingga rata.
7. Boleh simpan dalam peti @ terus goreng dengan minyak yg banyak.
8. Bila masak toskan di atas kertas serap minyak.
9. Hidangkan dgn sos yg digemari keluarga.



Saturday 8 January 2011

Genap seminggu....


Salam semua, masa berlalu begitu pantas...hari ini genap seminggu utk tahun ini. Maaf tuan rumah bizy minggu ni...malamje dah penat utk menaip entri baru...Selalunya saya tertidur dulu berbanding anak2. Nasib baik ada hubby...hehe. Ada juga melawat kawan2 tapi just silent reader....


Lunch harini kami sekeluarga menjamu ikan sambal...Lama tak masak macamni...Rasanya tak perlu saya tulis cara dan bahan  semua orang dah tahukan...
Related Posts with Thumbnails