skip to main |
skip to sidebar
Bebola daging utk yg tersayang...
Assalamualaikum, tuan rumah bizi memanjang kebelakanganni. Hari ni baru dapat buka fb dan blog. Bukan tak masak cuma takde masa...
Nanti ada masa baru boleh upload gambar2 masakan yg sempat di tangkap....
Hari ni nak share resepi bebola daging yg dah buat haritu. Buat utk bawakan bekal anak. Ada tambah daun saderi dan bawang. Resepi sama masih sama....
Bahan2
500 g daging kisar jenama Ramly
2 sudu makan tepung gandum
1 cawan serbuk roti(putih)
sedikit lada hitam ditumbuk
3 biji bawang merah ditumbuk
garam secukupnya
1 biji telur
sedikit tepung gandum
serbuk roti secukupnya(kuning)
2-3 titik sos wonchester
daun saaderi dan bawang dihiris halus
Cara
1. Basuh dulu daging kisar dan tapis airnya/letak daging dlm penapis dan lalukan air pili toskan.
2. Masukkan kedalam mangkuk besar daging kisar, 2 sudu tepung, 1 cawan serbuk roti, lada hitam, bawang, garam dan sos wonchester.
3. Gaulkan semua bahan. Perap seketika
4. Bulatkan adunan dan golekkan pada tepung jagung.
5. Masukkan kedalam telur yg telah dikacau..
6. Masukkan pula kedalam serbuk roti(kuning), golek2kan sehingga rata.
7. Boleh simpan dalam peti @ terus goreng dengan minyak yg banyak.
8. Bila masak toskan di atas kertas serap minyak.
9. Hidangkan dgn sos yg digemari keluarga.
salam kak,
ReplyDeletesangat suke tgk bola2 daging akak tu...
Bilalah nak menerai ni..
ReplyDeleteHani, kalau ada masa boleh cuba....tq sudi singgah
ReplyDeletefara dean saja buat dgn anak2 cepat la siap hahaha....