Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Friday 31 December 2010

TAHUN 2011....


SELAMAT TAHUN BARU 2011

SEMOGA KITA SEMUA AKAN MEMPEROLEHI KEJAYAAN, KEGEMBIRAAN,

KECEMERLANGAN, KEBAHAGIAAN  DAN SEGALA YANG TERBAIK

DALAM HIDUP KITA........SENANTIASA

Thursday 30 December 2010

Terung Bercili...kegemaran



Dulu hubby tak suka makan terung...hubby bilang tak sedap... Kalau saya nak beli terung berkerut dahi hubby hahaha...


Itu dulu skrg hubbypun peminat terung...hatta digoreng dgn kunyit dan garampun boleh habis. Itule penangan terung di rumah saya.


Saya suka makan terung bercili...terutama resepi yg mudah...Mungkin ada cara lain utk buat terung bercili....Utk keluarga saya, biasanya saya masak cengginije...


Bahan


5 biji terung kg(yg kecil)dipotong2
sejemput ikan bilis ditumbuk kasar
4 ulas bawang merah ditumbuk 
2 ulas bawang putih ditumbuk
3 sudu cili paste
garam dan gula secukupnya
minyak utk menggoreng dan menumis


Cara
1. Potong terung, gaul dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng dan ketepikan
2. Tumis bawang dan ikan bilis, apbl layu masukkan cili paste.
3. Apbl cili telah masak masukkan terung.Sekiranya cili terlalu kering tambah sedikit air. Biarkan seketika baru masukkan terung.
4. Perasakan dgn garam dan gula jika suka


Masakan yg mudah dan cepat...

Wednesday 29 December 2010

Akhirnya..... Terpaksa dibeli juga.......

Salam semua, harini lambat sikit masuk n3....coz dah mula kerja. Ingatkan harini balik awal drpd semalam rupanya 2.30 ptg baru selesai. Itupun org ptama balik dan tak tunggu lunch yg disediakan. Kesian kat hubby yg dah sedia menunggu....dia takde msyrt harini...


Teringat juga nak beli kek utk birthday Hannah yg genap 5 thn harini... Nasib baik PK1 baik dan memahami....hehe


Permintaan bday girl nak kek aiskrim huhu. Dulu belajar buat kek coklat sebab geram, kek coklat yg dibeli mahal dan tak sedap... Ingatkan nak buat kek coklat spt biasa...jimat sikit....akhirnya terpaksa membeli kek juga....hehe. Tak boleh nak guna skill yg ada.


Tah apele nama kektu, bila tanya kat Secret Recipe kek aiskrim jurujual kata no kek aiskrim,  yg ada kek ..... Haha belije... Pejam mata masa nak bayar.... 


So ambil anak2 kat nursery dan balik rumah terus sambut belah kek takut cair.  hehe takde org lain, just keluarga kami je macam selalu.... Kat jiran hulur sikit ada banyaktu...Dalam peti pun ada lagi.... Disini ada sedikit gambar utk tatapan dan kenangan

Rupa di dalam

simple je deco....

Tiup lilin

potong kek

Makan time

aksi makan bdaygirl


Ibu dan anak2 dara cilik....
abang tak nak join

Tuesday 28 December 2010

Nasi goreng lagi...

Salam semua, dah 2 hari kena pergi kerja. Tadi hantar anak2 kat nursery... baby Hanis menangis....Sian kat dia.... Demi tugas kena juga tinggalkan huhu.


Nasib baik msyrt habis dlm pukul 12 tgh hari... Perut dah berbunyi2 tak dpt makan nasi lemak masa sarapan, pinggan boleh habisle pulak... So saya jamah karipapje... Lain kali kena awal datangle...hehe


Lunch tgh hari burgerje...hubby dan abang tolong masak...Pastu keluar lagi beli pulak baju sekolah...Balik dah Maghrib sbb singgah jap kat rumah kakak....


Malam,masak nasi gorengje....haha kes nak cepat...n malas....



Monday 27 December 2010

Burger Si Bujang


Burger ni hasil nukilan anak bujangku..... Dah pandai goreng burger sendiri...time ibu tgh beradu petang haha... Nasib baik buat aktiviti ni dgn ayahnya...kalau tidak...dah kena....ni..hehe.


Ibu takde kat dapur mana boleh usik...bahaya.... 
Begitule wajah burger hasil nukilan anakku.... Lawa benar..hehehe
Next time jgn buat ibu terkejut lagi.... ok. Ibu sayang....Hisyamuddin....

Friday 24 December 2010

Muffin Coklat Chip Sedap....




Jumpa resepi ni pagi tadi...ketika cari kat google, petang bila cari lagi dahtak jumpa pulak.....Nasib baik dah salin dalam buku hehehe


Bahan2


1/2 cwn mentega (saya cairkan mentega)
1/2 cwn minyak jagung (saya guna minyak sawitje)
1 1/4 cwn gula perang
3 biji telur
2 1/2 cwn tepung gandum (saya guna tepung kek)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
3 sudu makan sudu makan koko
200 ml susu segar (saya guna susu tepung)
sedikit coklat utk hiasan (saya tambah coklat cip di dlm muffin)


1.Cara panaskan oven suhu 160' c...sbb oven saya hitam kena kurangkan panas....
2.Pukul telur, gula, minyak dan mentega cair guna wiskje
3.Semua bahan kering di ayak
4.Masukkan tepung berselang seli dgn susu,masukkan coklat cip
5. Sudukan dlm paper cup dan hias dgn coklat chip
6.bakar selama 20 minit. Saya bakar 10 minit api  bwh dan 10 minit kmdn dgn api atas bwh...

Hubby Fav.....



Salam Jumaat lunch ni makan sup ikan lagi.....resepi boleh rujuksini

Saturday 18 December 2010

Pau Utk Si Kecil


Masa buat pau goreng pagi tadi, saya ada menggoreng 4 biji pau sebesar bola golf... saja buat kecik2 spy Hanis mudah nak makan...(20 g).


Intinya pula saya letak filing blueberry..., Rasanya kalau letak peanut butter, kayake...atau sebarang jem yg disukai anak2 kita mesti dia orang makan...haha setakat idea nak bagi anak makan... Yang pastinya tadi Hannah dan Hanis menjamah pau ni...



Pau Goreng Sambal


Teringin nak buat pau goreng ni dah lama..... selepas dengar pengakuan hubby dia suka makan kuih ni (peliknya tak pernah nampak pun cik hubby beli@ makan...hihihi. 


So selepas lebih 10 tahun baru tahu cik hubby suka so...si isteripun cubalah memenuhi permintaan ... Sebenarnya si isteri tak suka makan kuih pau goreng....berdasarkan pengalaman lalu tak sedap kuih yg pernah di rasa waktu beli kat pasar2...


Tadi selepas membuatnya cubale merasa seketui.... patutle hubby suka, kalau sambalnya sedap gerenti kuihni jadi sedap... hahaha sayapun baru tahu kena letak hirisan timun kat dalam pau ni.Cik hubby yg beritahu....


Kena ucap terima kasih kat karangkraf sebab keluarkan majalah Rasa... saya rujuk Rasa Ogos 2010 ms 106... Saya buat tak sampai separuh dalam 200 g saje...menghasilkan 9 ketul...cukuptu utk makan kami sekeluarga...


Bahan2


500 g tepung pau
6 gm yis mauripan
50 g lemak sayuran
1/2 sudu teh garam
100 g gula halus
250 g air suam


Bahan inti


100 g ikan bilis goreng
3 biji bawang merah diblender
10 biji cili kering diblender/ ganti dgn paste cili
1/2 sudu teh belacan/ saya ganti dgn ikan bilis tumbuk
garam dan gula secukup rasa
minyak secukupnya
air asam jawa/ saya tak letak lupe...


Cara masak


1. Inti, tumis bawang dan cili,goreng hingga wangi dan pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa, gula dan garam
3. Masukkan ikan bilis gaul dan tutup api. Ketepikan
4.Untuk pau, masukkan semua bahan termasuk mauripan yg telah dicampur sedikit garam dan gula. gaul rata
5. uli sebentar.
6. bentukkan doh menjadi panjang dan potong menjadi 40 g beratnya
7. simpan doh selama 10 minit dan tutup
8. Bulatkan doh tadi tutup selama 1 jam/ saya buat 45 minitje
9. Goreng pau tadi..
10. Hiris tengah pau dan masukkan inti, sedia dihidangkan







Friday 17 December 2010

Nasi goreng Cili Api


Alhamdulillah baruje selesai menjamah nasi goreng yang simpleni... Kelainan nasi gorengni adalah penggunaan cili api segar... Hari ni tak letak paste cili....sebaliknya ganti dgn 3 ketul cili.... Sepatutnya saya letak 5 biji baru best... Memandangkan ada anak2 yg nak makan, khuatir pula terlalu pedas....


Sebenarnya nak buat ala2 nasi goreng kg..hehe akhirnya ubah sikit dari kebiasaan, just nak tau ape beza rasanya....


Bahan2


1 1/2 mangkuk nasi putih
4 sudu besar bawang besar dan merah yg telah diblender
2 sudu makan ikan bilis goreng di tumbuk
3 sudu makan ikan bilis goreng
3 biji cili api (ikut kegemaran)diketuk saja
150 g daging dipotong dadu (daging batang pinang)
1 mangkuk kecil kobis di hiris halus
garam secukupnya
kicap secukupnya
Minyak utk menumis


Cara


1. Tumiskan bawang yg telah diblender
2. Apabila wangi masukkan daging
3. Apabila daging telah masak, masukkan cili api dan ikan bilis ditumbuk.
4. Masukkan sayur kobis, goreng hingga kering
5. Masukkan nasi dan gaul rata
6. Masukkan garam, kicap dan ikan bilis goreng
7. Kacau rata dan sedia utk dihidangkan


Selamat mencuba....

Bende Goreng


Assalamualaikum, hari ni nak share sayur yg mudah di sediakan dan enak dimakan (for my family tekakla...) Dulu2 biasanya saya masak letak udang dalamnya.... kini semenjak abang allergic melampau2 so dah berbulan2 kami tak makan udang...


Masakanni saya ada ternampak dalam rancangan tv...dah lama dulu.... Kadangkala saya letak telur... utk kalini saya buat kosongje....ikan bilis pun tak letak.Tak sesuai utk orang yg suka makan berkuah.


Bahan2


9 biji bende/lady finger(pastikan bende kering ketika dipotong)
1 biji cili besar dipotong
1 /2 biji bawang besar dihiris nipis
sedikit minyak zaiton(optional)
garam secukup rasa


Cara2


1. Masukkan minyak dan goreng cili dan bawang hingga layu.
2. Masukkan lady finger, kacau rata dan perasakan dgn garam.
3. Jangan tunggu terlalu layu, tutup api, sedia utk dihidangkan


Selamat mencuba

Thursday 16 December 2010

Cekodok Kobis...


Assalamualaikum, pagi ni lambat sikit masuk n3 breakfast pagi ni ..., Hari ni goreng cekodok je cuma tambah dgn kobis so anak tak nampak dan buangkan sayur yg saya letak..hahaha


Bahan2


1 1/2 cawan tepung gandum
2 gengam kobis di hiris halus2
1 cubit ikan bilis ditumbuk
3 ulas bawang merah ditumbuk\
1/2 sudu teh baking powder
air secukupnya @ 1 1/2 cawan air
minyak utk menggoreng
Garam secukup rasa


Cara


Gaul semua bahan dalam mangkuk. Buat adunan pekat dan goreng


Selamat mencuba

Wednesday 15 December 2010

Daging Burger Homemade

Assalamualaikum, lunch tadi kami makan burger buatan tangan sendiri... Berbeza rasa dengan burger segera yg banyak terjual. Kami membeli daging kisar kat Kedai Ramli burger di Botanic... Ingat nak buat roti sendiri....cik hubby kata tak payah. Sebelum gi situ dah siap google dulu bahan2 yg perlu ada...Macam2 resepi ada ...haha pilihje mana berkenan.


Bahan2
1 kg daging kisar
1 sudu makan Worchesteshire souce
3 ulas bawang putih diparut
1/2 cawan bawang merah diparut/ sebahagian saya tumbuk je
1/2 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh Italian style seasoning/ tak letak tak ade ganti dgn serbuk rosemary
garam secukup rasa


Cara
1. Basuh daging kisar dan tapis. Tekan 2 hingga kering
2. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk besar, gaul dan perap 2-4 jam
3. Bulatkan dan leperkan daging burger
4. Letak kedalam kuali leper dan balik2kan hingga masak. 
Guna api perlahan. Pastikan gumpalan daging dileper besar sikit sebab ia akan mengecut waktu dimasak.Masak lebih lama dr burger ready made..








Selamat mencuba

Apam Gula Hangus


Assalamualaikum, ambik resepi ni dari Yatie us yg skrg dah duduk kat JB. Terima kasih share resepi ni...


Saya buat tak secantik Yatie punya, ok utk first timer....hehe, Simple je dan sedap rasanya...C&P ya Yatie utk rujukan saya lain kali bila nak buat lagi...


Bahan-bahan 
  • 1 cawan gula pasir*
  • 1 cawan air panas*(*jadikan gula hangus)

  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin/butter
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.
Cara-cara
  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
  2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik...kukus dlm 15 minit.
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

Tuesday 14 December 2010

Pajeri Nanas Johor



Teringin nak masak pajeri nanas spt gambar nun... Rupanya nama dia pajeri nanas Johor. Saya masak tak letak sedikit kunyit sebab tu nampak pucatje... 


Waktu salin resepi baru terbaca info chef..boleh letak sedikit kunyit....haha dah terlambat.


Saya buat sikitje, guna balance nanas haritu. 


Bahan2


1 biji nanas
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2.5 cm halia dihiris mancis
kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
1 sudu teh biji sawi
2 sudu makan cuka/ saya tak letak hubby tak leh makan
125 ml minyak masak
gula secukupnya
garam secukupnya
1 biji cili merah dan hijau / saya guna cili merahje


Cara memasak
1. Nanas dipotong 4 dan hiris dalam ketebalan 2.5 cm. Direbus antara 5-10 minit. Toskan dan tabur gula di atas nanas tadi
2. Tumis bahan rempah dan bawang serta cili.
3 Apabila sudah wangi masukkan nanas, dan garam serta gula secukupnya. Letak sedikit kunyit utk mencantikkan warna.
4. Gaul dan tutup api bila masak

Nasi Beriani Daging

Salam semua, baru perasan ada sedikit beras basmathi.... Tanya anak nak masak ape...abang nak nasi beriani. Bila tengok resepi nasi beriani ada macam2, ada beriani wangi, beriani arab saudi, beriani ayam kerala, beriani Hyderabad.....dan senarai tu berterusan....


Akhirnya...saya cadang nak ubahsuai sikit beriani ni...hehe baru puashati setelah pening nak pilih mana satu...


Dalam buku tu takde resepi  daging, yg ada beriani kambing... memandangkan dirumah takde stok kambing saya ganti dgn daging lembu....Hannah kata sedap... 




Hanya tabur bawang goreng, anak2 tak suka kismis.




Makan dengan daging masak kurma dan Pajeri Nanas. Warna pajeri kurang menarik sebab hubbby beli nanas warna putih... Macamanapun rasanya sebiji macam yg pernah saya makan di kenduri kahwin. Sebenarnya nak masak daging masak merah...ganti dgn resepi kurma sebab ada lebihan rempah kurma. Kalau tak diguna nanti masuk mr. bin....


Bahan
2 1/2 cawan beras basmathi
4 1/4 air
1/4 susu cair
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1 biji bawang besar*
3 sudu makan rempah beriani 
2 tangkai daun pandan
secubit safron
3 sudu makan planta
2 ulas Bunga lawang 
2 bunga cengkih
3 buah pelaga
1 batang kayu manis
100 g daging dicincang(daging batang pinang)
* bahan2 dikisar
Garam secukupnya


Cara
1.Rendam beras dalam tempoh 2 jam
2.Tumis bahan yg telah dikisar,dan segala rempah ratus. Apabila wangi masukkan rempah beriani.
3. Masukkan daging, dan beras kacau rata
4. Masukkan kedalam rice cooker
5. Masukkan air dan susu cair, daun pandan, safron dan garam.
6 Tanak hingga masak 


Selamat mencuba

Monday 13 December 2010

Bubur Gandum


Sambil masak lauk, saya masak bubur gandum ni,  Ini juga tekak yg teringin. Saya buat sikitje sebab sayaje yg suka....


Buburni saya makan waktu dok hostel di ATPN.... Rasanya sangat sedap kat tekak saya...Memang tertunggu2 menu ni...  Pelik dgn kawan2 yg tak suka...


Saya buat tidak sepekat dan semanis bubur yg saya makan di ATPN... Saya kurangkan gula dan santan....umur dah meningkat kena kurangkan gula...hehe spt iklan kat tv tu kan....


Resepi ambik kat Kitab Juadah warisan Nenek..., saya adjust sikit....malas nak timbang...


Bahan
1 cawan biji gandum
2 cawan santan
1 helai daun pandan
1/2 cawan gula melaka
2 sudu makan gula merah
4 sudu makan gula pasir
secubit garam


Cara
1.Rebus gandum dgn air sekadar menutup gandum, guna api perlahan
2.Tambah air jika perlu, biar gandum kembang 
3.Masukkan kesemua gula kacau rata 
4 Masukkan santan, kacau sebati 
5. Apabila menggelegak tutup api 

Masak Kicap Ayam

Semalam ternampak dalam Majalah Rasa bulan Januari 2011 ayam masak kicap....terus je teringin, macam tekak org mengidam pulak...hahaha, so tadi ada sedikit ayam dalam peti, saya masak kicap.....


Saya masak kicap yg simple je, dah takde berkuah...




Sesuai utk baby si kecil Hanis,....Dia tgh tidur, tu yg saya boleh masuk n3 kalau tidak tak boleh nak buat kerja..... masak pun susah.... Tsgt manja.....


Bahan2


300 g daging ayam digoreng
4 biji bawang merah dan 1/2 biji bawang besar diblender
3 sudu makan kicap
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu teh gula
sedikit minyak
1 biji cili besar dihiris


Cara
1. Tumis bawang blender hingga wangi,
2. masukkan kicap dan cili merah
3. Masukkan ayam dan gaul rata, masukkan air asam jawa dan gula
4. Biar seketika dan tutup api, saya tak letak garam....


Sesuai utk baby, kena pastikan cili merah tu tak pedas....

Sunday 12 December 2010

Masak Lemak Ikan Masin Nanas


Assalamualaikum semua, Lunch tadi saya masak lemak ikan masin.... nak perabih ikan masin dari kenduri semalam...


Nak masak nipun kena buka kitab hehe...Saya masak 1/3 dr resepi Majalah Rasa Ogos 2010. Saya tak letak lengkuas sebab dah jadi keras spt batu...dan saya ganti cili kering dgn cili api...


Bahan2
200 g ikan masin talang/ saya tak tau ikan ape yg diguna hehe
500 g santan kelapa / saya guna dalam 3 cawan santan cair
1 batang serai diketuk
3/4 biji nanas / saya guna 1/3 saja


Bahan kisar / saya tumbuk
10 ulas bawang merah / saya guna 3 ulas je
10 tangkai cili kering / saya guna 2 biji cili api
2 cm lengkuas / saya tak letak
3 cm kunyit hidup / saya letak 1/2 sudu makan serbuk kunyit


Cara Masak
1. Satukan santan, serai dan bahan2 kisar serta ikan masin ke dalam periuk
2. Kacau di atas api perlahan sehingga mendidih
3. Apabila mendidih masukkan nanas kacau rata, saya tak letak garam... Letak sekiranya suka
4. Sdia utk dihidang


Selamat mencuba, sekarang saya mengadapi masalah nanas  ada lebih lagi, nak masak apa pulak???? Ada idea....

Nasi Goreng Ikan Masin


Pagi ni sarapan nasi goreng...ikan masin, Ikan masin dapat drpd kenduri semalam... Kalau di biarkan tentu masuk ke mr. bin....


So masukkan dalam nasi goreng dgn harapan depa tak sedar dan mengunyah sekali ikan masin tu...hehe. Ada lagi balance ikan masin dalam peti...Tak tau lagi lunch nanti nak buat ape...


Resepi nasi goreng saya senangje...semuanya lebihan malam tadi...Cuba belajar kurang membazir makanan...so leftover di olah spy dapat di makan....Pastikan yg dah basi diketepikan, kang tak pasal2 sakit perut pulak....


Bahan simpleje


2 mangkuk kecil nasi sejuk
2 ketul ayam dicarik2
1 biji cili besar/ nak pedas letak cili api
2 biji bawang besar dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
sedikit kicap dan minyak
sedikit garam dan ikan masin


di hias dgn timun, siap utk dimakan...Sebelumtu kena goreng dulu....


Panaskan minyak dan masukkan bawang dan cili, masukkan ayam, nasi dan ikan masin gaul. masukkan kicap dan sedikit garam....gaul rata siap utk dihidangkan.... 

Saturday 11 December 2010

Musim Buah Di Rumah Atuk.....

Salam semua hari ni takde  n3 pasal masak memasak sebab tuan rumah  gantung periuk.... Malampun makan lauk kenduri dari rumah Mak Cho Rungkup....Bagan Datok.


Takde gambar pengantin, en hubby tak tangkap....Nak bergerak susah sebab laman dah jadi seperti bendang.... First time pergi kenduri kahwin laman becak.... Nasib baik waktu kami datang tgh hari tu tak hujan....


Pengantin perempuan diusung dgn kerusi utk melintasi laman yg dah seperti lumpur... Pengantin lelaki duduk dibahu sikuat.... spt badang. Sayangnya bila minta en hubby tangkap diapun tak nak bergerak...hehe takut  tergelincir kot... Takpelah lain kali minta gambar ihsan sepupu kalau ada....


Hari ni nak share gambar musim buah ... dirumah atuk, kenyang melantak habis diet... Cuma buah pilihan saja yg berkenan di hati, buah yg lain tak pandang hihi....




















Ni dia buah pilihan hati saya dan anak2..... 2 minggu lepaspun dah curi2 makan walaupun hijau lagi... Ha !!!! sekarang dah masak puas kami makan kalah tuan rumah hehe......Saya pun tak pasti skrgni musim buah rambutan @ tidak...yg pasti tak nampak di jual kat pasar malam....Selamat malam....

Friday 10 December 2010

Apa ada di Rumah Manjung......


Salam semua, hari ni saya dah sihat sikit berbanding semalam.... Alhamdulillah kami sampai di Manjung dalam pukul 9 malam...jalan pun lapang dan takde berhenti mana2 sebab mak mertua dah call, dah masak utk dinner...


Hari ni guna laptop hubby....tak de lah berebut...dan line pun ok tak macam 2 minggu lepas macam siput je... Pagini tak keluar kemana2 cuma dok rumah...


Sambiltu tengokle ape yg ada kat sini... Nak jalan Lumut sorryle....Panastu...hehe


Ni ape ada kat sini...banding dengan rumah kat Klang...




Ikan dalam akurium


Arnab Buah hati atuk...


Buayan yg dah uzur


Sayuran yg ditanam







Bunga...



Kat belakang rumah




Pandangan hadapan rumah...Atuk dan Opah




Related Posts with Thumbnails