Ku bersyukur atas kehadiranmu sayang.

Tuesday 14 December 2010

Pajeri Nanas Johor



Teringin nak masak pajeri nanas spt gambar nun... Rupanya nama dia pajeri nanas Johor. Saya masak tak letak sedikit kunyit sebab tu nampak pucatje... 


Waktu salin resepi baru terbaca info chef..boleh letak sedikit kunyit....haha dah terlambat.


Saya buat sikitje, guna balance nanas haritu. 


Bahan2


1 biji nanas
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2.5 cm halia dihiris mancis
kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
1 sudu teh biji sawi
2 sudu makan cuka/ saya tak letak hubby tak leh makan
125 ml minyak masak
gula secukupnya
garam secukupnya
1 biji cili merah dan hijau / saya guna cili merahje


Cara memasak
1. Nanas dipotong 4 dan hiris dalam ketebalan 2.5 cm. Direbus antara 5-10 minit. Toskan dan tabur gula di atas nanas tadi
2. Tumis bahan rempah dan bawang serta cili.
3 Apabila sudah wangi masukkan nanas, dan garam serta gula secukupnya. Letak sedikit kunyit utk mencantikkan warna.
4. Gaul dan tutup api bila masak

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails