Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Wednesday, 1 December 2010

Apam Salju

Dah lama nak buat apam ni, Lebih2 lagi ramai kawan blogger pun dah cuba..sayangnya baru sempat buat hari Selasa lepas. Buat separuh adunan tapi masih tak habismakan. Buat utk minum petang dan sampai ke pagi Rabu haha. Saya, Haidah dan Sikecil Hanisje yg makan huhu


Bila dah jadi lembutje sampai keesokan harinya.....terima kasih pada rakan blogger yg sudi berkongsi resepi....Jumpa resepi ni pada blog Mat Gebu. Walaupun warna apam tu tak secantik apam dari blog Mat Gebu yg penting .....hihi berjaya membuat apam beras utk pertama kalinya....!!!!!


  
Warna yg terhasil selepas letak pewarna menjadi pink muda....takpe lah yg penting sedap. lain kali bila balik kg nak buat .....hihi. Senangje nak buat, terpenting berani mencuba...
Saya buat separuh adunanje....Mat akak C & P resepi...Tima kasih...


BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan nasi
2 cawan tepung gadum
2 cawan tepung beras
1 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 camca teh mauripan (saya letak terlebih)
Kelapa parut + secubit garam, gaul rata

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Kisar nasi tadi bersama air, tuang air sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan gula perang dan gula pasir, kisar sampai sebati.
  2. Dalam satu bekas, campur tepung beras, tepung gandum dan mauripan, gaul rata dan tuang no. 1 ke dalam no. 2 dan gaul rata hingga sebati. Tutup bekas tadi dan saya perap 1 1/2  jamje sebab dah terlebih letak mauripan.
  3. Panaskan kukusan, sapu acuan apam dengan sedikit minyak makan. Sudukan adunan apam tadi 3/4 atau hampir penuh. Kukus 15 minit.
  4. Keluarkan apam dari acuan dan hidangkan dengan parutan kelapa tadi....
    Selamat Mencuba


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails