Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Tuesday, 7 December 2010

Nasi Bubur

Salam semua, pagi ni kami bersarapan bubur nasi saje... Ni fav. Haidah...sayangnya dia takde kat rumah sebab ada kat kg lagi bersama sepupunya.... Hari ni kakak akan datang ke Klang nak jalan2.


Sambil itu nak tengok wayang .....Haidah nak ikut sekali dan nak ikut semula balik ke kg sampai Hari Jumaat....huhuhu (macam tak ingat kat ibu je...)Takpe nanti dia balik bawa baju kotor boleh pujuk....hehe


Nasi bubur yg saya buat tak letak santan....Mungkin kurang sedap tapi inilah bubur yg digemari keluarga saya... Utk kali ini saya tak letak lada putih....




Daun sup saya letak sikit dalam buburtu...selalu anak2 tak nak makan....sebenarnya saya selalu ubah2 bahan yg diletak dalam bubur ikut citarasa ketika membuat....


Bahan2


2 cawan beras
2 liter air(tambah bila perlu)
sedikit garam
100 g daging/boleh letak ayam @lain2
1 batang karot didadu
sedikit bawang goreng
sedikit ikan bilis goreng


Cara


1.Masukkan beras dan air, apabila menggelegak masukkan daging
2.Masukkan karot dan garam
3. Rebus selama 2 jam dgn api sederhana, tambah air sekiranya perlu
4. Hias dgn bawang dan ikan bilis goreng, boleh letak sedikit kicap sekiranya suka....

2 comments:

Related Posts with Thumbnails