Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Wednesday, 1 December 2010

Puding, Kek dan Laici


Ini resepi yg tak sempat nak post n3 sebab dah balik kg hubby.... Buat sebab nak menghabiskan kek gulung yg dibeli haritu....So saya menjadi seorang yg kreatif....cuba berkreatif dgn bahan yg ada kat rumah.Buat hampir sama macam triffle haritu...cuma tak larat nak letak lengkong kat atastu..... Sesuai utk orang yg suka manis...spt saya...


Bahan
1 biji kek gulung
1 tin laici/apeje buah yg kita suka
2 sudu makan tepung kastad dibancuh dgn air
1 tin susu cair
4 sudu besar gula pasir/adjust rasa manis ikut kegemaran


Cara
1. Potong kek dan susun dalam bekas
2. Siram dgn sirap dari tin laici ketepikan
3. Masak susu cair yg telah dibancuh bersama tepung kastad dan gula, guna api perlahan.....
4. Setelah pekat/masak siram atas kek dan letak laici, sejukkan
5. Simpan dalam peti sejuk


Lain kali saya nak letak dalam mangkuk kaca @ gelas kaca


Selamat mencuba...
  


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails