Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Tuesday 5 April 2011

Kari Kepala Ikan Lebih Sihat....


Assalamualaikum

Malam ni saya masak kari kepalka ikan merah

Haha lebih sihat dari biasa kerana tak guna santan

Sorry tak tangkap gambar

hehe....

Bahannya senang je yang penting perlu guna lebih...
serbuk kari 

Kalau nak lebih sihat boleh ganti minyak masak dengan minyak zaitun.

(Resepi utk rujukan dilain kali)

Bahan2-agak2

kepala ikan merah dibelah dua
1/2 cawan @ 3/4 cwn serbuk kari Babas
5 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih  ditumbuk
2 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
4 biji bunga lawang 
4 biji buah pelaga
1 biji bunga cengkih 
1 biji tomato dibelah empat
4 sudu makan minyak
1 gelas air asam jawa(sejemput je asamnya)
sedikit garam bukit
1/2 sudu makan gula 


Cara


tumis bawang hingga wangi dan 
masukkan daun kari
masukkan semua rempah ratus
tumis lagi dan
masukkan serbuk kari(bancuh dgn sedikit air)
tumis hingga pecah minyak 
masukkan air asam jawa
apabila menggelegak 
masukkan tomato  dan 
kepala ikan
 perasakan dgn garam dan gula


Biar kuahnya sedikit pekat
Related Posts with Thumbnails