Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Sunday 24 July 2011

Mee Bandung Muar

 Assalamualaikum


Membuat mee bandung menggunakan paste segera bukan saja mudah tapi cepat dapat disiapkan. Harga dalam RM 6.00 ++ saja.


Bahkan saya tak guna mee kuning sebaliknya hanya gunakan lebihan pasta yg ada kat rumah.


Nak cuba lagi, kalini tak nak gunakan paste segera kerana saya rasa terlalu banyak msg digunakan. Mungkin nak buat ketika Ramadhan yang akan datang...Insyaallah.

Thursday 21 July 2011

Puding Telur My New Recipe

Assalamualaikum semua...


Hari Rabu bilik guru adakan pot luck. Oleh kerana Selasa balik meeting pukul 5 lebih so ingat nak masak yg simple je sebab dah penat. Singgah kedai cuma ingat nak beli telurje.... Bila geledah dalam gerobok rupanya susu pekat dah habis....


Hubby kata beli masa keluar dinner....haha balik dari makan mesti dah malas nak masak...so fikir ganti susu pekat dengan susu cair yg ada....


Buat 2 biji satu utk anak2 makan


Bahan2


12 biji telur
2 cawan gula pasir
1 tin susu cair 400g
2 tin air 
4 sudu gula utk gula hangus
1 sudu teh esen vanila


Cara
1. Masukkan gula kedalam loyang pengukus, masukkan 1 sudu air/basahkan gula
2. Masak hingga menjadi gula hangus guna api perlahan.Alihkan dari api
3. Tenggekkan periuk pengukus
4. Pecahkan 12 biji telur sebiji demi sebiji. Kacau dgn senduk kayu
5. Masukkan susu cair dan esen vanila kacau perlahan
6. Gula masukkan dalam air dan kacau hingga sebati dan masukkan kedalam adunan telur tadi. Kacau sebati.
7. Tuang kedalam loyang pengukus (tapis).
8. Kukus 30-40 minit.
9. Terbalikkan puding kedalam loyang sewaktu panas.(perlu berhati2 takut pecah) 


Boleh dimakan waktu panas @ sejuk


* Gunakan api kecil sewaktu mengukus




Friday 8 July 2011

Ikan bilis Masak Hitam




Resepini diperoleh dr Hanim....Hasilnya crispy spt bila masak sambal ikan bilis.... Saya makan dengan bubur nasi.....sedap... Tq sudi kongsi resepi mak mertua...hehe. Tak tau nama so panggilnya ikan bilis masak hitam....


Bahan2


1/2 mangkuk ikan bilis goreng
2 biji bawang merah dihiris nipis
3 biji cili api dihiris/nak lebih pedas boleh tambah lagi cili...
sedikit kicap
sedikit minyak


Cara2


1.Panaskan minyak, masukkan bawang dan ciliapi , tumis hingga wangi
2.Masukkan kicap dan gaul rata
3. masukkan ikan bilis, gaul rata dan sedia utk dinikmati


* boleh tambah kuantiti bahan ikut selera anda...


Selamat mencuba...

Thursday 7 July 2011

Ayam masak sambal bali My style

1/4 ekor ayam dipotong 2 (goreng dulu jika suka)
4 ulas bawang kecil ditumbuk
2 biji cili api ditumbuk dan 2 sudu makan cili giling
seulas bawang putih ditumbuk
1 inci lengkuas
2 tangkai daun kari
3 sudu makan kicap(ikut suka)
garam secukupnya
sedikit minyak


Cara


Masukkan sedikit minyak, dan tumis semua bahan bertumbuk. dan cili
Apabila wangi masukkan kicap dan ayam.
Kacau sebentar masukkan lengkuas dan daun kari.
Apabila sudah pekat dan ayam telah masak perasakan dengan garam. tutup api


P/s Lebih sedap jika menggunakan daging
boleh juga menggunakan cili hidup(saya guna cili giling nak cepat haha...)
Related Posts with Thumbnails