Ku bersyukur atas kehadiranmu sayang.

Friday 2 April 2010

Kuih bingka/ kuih bengkang/ cassava cake


Dua hari lepas, jiran saya memberi ubi kayu pada saya.  Sayapun terfikir nak masak apa??? Kalau goreng tentu tak dimakan.  Sayang...sebelumni pernah ubi kayu dalam simpanan saya sampai rosak kerana disimpan terlalu lama.  Jadi sayapun jln2 blogwalking utk mencari resepi kuih bingka.


Dalam mencari resepi baru tahu nama kuih bingka, boleh juga dipanggil kuih bengkang dan nama lainnya cassava cake (org putih)  Terima kasih pada tuan punya resepi( Mat Gebu).


Saya ubah suai lagi sebab bila tengok pelbagai resepi saya pun rambang mata nak guna resepi yg mana satu.Akhirnya....
terhasillah resepi kuih bingka ini.


Yang saya tak larat adalah proses  memarut ubi.  Inilah pertama kali saya memarut ubi.... sampai berpeluh2 di buatnya.  Kalau ada yg sedia dah berparut kan senang.... Kalau esok sengal2 tangan tentu akibat penangan aksesais tangan di waktu petang.  Nasib baik berjaya menyiapkan sebiji kuih bingka.


Bahan2 


900 g ubi yg di parut( diperah airnya)
1/2 cawan gula melaka di hiris halus
2/3 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar margerin dicairkan ( minyak sapi takde kat rumah)
1 biji telur
1 sudu eh esen vanila (pengganti daun pandan)
3 cawan santan


Cara memasak


1. Panaskan oven suhu 180 darjah celcius
2. griskan dulang pembakar
3. campurkan semua bahan dinyatakan di atas dan kacau sebati.
4. Tuang dalam dulang pembakar
5 Bakar selama 1 1/2 jam

2 comments:

  1. tq for visting my blog..ohh bestnya tgk kuih bengkang ni,hari tu try nak buat, tapi kat nz ni ada jual frozen ubi kayu saja, punya la susah nak sagat..last2 x buat..

    ReplyDelete
  2. fid, masa saya sagat haritu senang je. Ialah guna yg fresh. Itupun masih terasa penat sebab tak biasa menyagat.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails