skip to main |
skip to sidebar
Cendawan goreng tepung
Menu malam tadi masih lagi cendawan goreng. Baru hari ini berkesempatan untuk tangkap gambar. Sebelumnya dah ngap...baru teringat.
Memasaknya cukup mudah, terlebih2 lagi telah mendengar nasihat dari isteri tuan ladang cendawan yang saya berkunjung selasa lepas.
Bahan2:
- 2 biji telur
- 200g cendawan di belah 2 @ 3 ikut saiz
- tepung khas/ tepung segera untuk
menggoreng (secukupnya)
- minyak untuk menggoreng
- sos cili/ perisa cendawan
Cara 2:
- pecahkan telur dan kacau
- masukkan cendawan dan gaul rata
- masukkan tepung dan gaul rata hingga
menyaluti cendawan (saya tak masuk garam
kerana tepung yg digunakan telah
sedia bergaram)
- goreng dalam minyak yang penuh
- apabila kekuningan/ masak, angkat dan toskan
Sedia untuk dinikmati. Cicah dengan sos untuk rasa yang lebih lazat. Selamat mencuba.
Untuk menghasilkan gorengan yang rangup cendawan tidak perlu dibasuh.
salam...memang sedap cendawan goreng seperti ini...sy pun selalu buat...tapi tak sanggup makan kalau cendawan tak basuh!!!jangan2 ade yang jual tu tak basuh!!! Tk la info ini...( nasib baik memang tak beli yang orang jual2 tepi jalan tu )
ReplyDeleteSalam kak....oooo x basuh ke??? klu kita basuh jd x sesedap mcm yg org jual tu ke kak?
ReplyDeletewah..thanks for the recipe..nanti nak try buat la..selalu beli jek cendawan goreng tu..huhuhu
ReplyDeleteahhaa ek...betul gak kata anak kancil takut pulak kalau tak basuh, ...kalau beli terus dari ladang dia mungkin ok kan? sebab kita nampak dia terus masukkan ke dalam plastik...tapi...kak gerau sangat suka akan cendawan goreng ni...sebakul pun boleh makan. tak kiralah orang yang jual tu basuh ke idak..sebab tak nampak..he he he
ReplyDeleteselalu, cendawan saya basuh sebab dah biasala apa2 nak masak kena basuh dah isteri tuan ladang tu kata tak pyh sebab cara petiknya bersih. saya ikutkan aje. Macamanapun kalau beli cendawan kat pasar kenalah basuh sebab tak de jaminan kebersihan.
ReplyDeleteEna kalau di basuh cendawan tu jadi lembik, tak rangup. tapi rasa masih sama.
ReplyDelete