skip to main |
skip to sidebar
Kerjake jalan2?
cendawan perut lembu/sekilo rm 20
Hari Selasa kena paksa rela pergi ke ladang cendawan di Sepang.Pukul 8 pagi dah bertolak sampai dalam tempoh 1 jam. Menarik kawasannya sunyi, dingin dan tenang. berbaloi juga pergi, ladang ni dimiliki sepasang suami isteri, tapi bukan depa yg buat kerja. Mereka ada 8 orang pekerja dan ada seorang kerani. Ada juga lab untuk membiak spora. Masuk ke lab itu terus je saya terbatuk2 aaa tak tahan gatal pulak tekakni.
Di ladang ni semua ada, bermula dari lab pembiakan spora cendawan, tempat membungkus beg cendawan, tempat mengukus beg supaya bakteria mati,( kena kukus dalam dandang selama 8 jam)uhuuulamanya. Tempat meternak cendawan, siap ada jadual pemetikan. Perlu pula direhatkan 2 minggu dan tempat pemprosesan tanah selepas beg tersebut tidak lagi menghasilkan cendawan. Mereka guna cacing dan akhirnya ada pulak baja cacing. Pasangan ini membuat juga beberapa eksperimen tentang perkara berkaitan yg saya kabur dang kurang faham mendengarnya.
cendawan tiram 1 /kg RM 7
Kami memboronglah cendawan, fresh dan murah. Kami membeli juga sos perisa cendawan , tepung untuk menggoreng cendawan dan ada beberapa lagi produk berkaitan terdapat disitu. Semuanya dihasilkan oleh ahli2 persatuannya.Lawatanni untuk projek school enterprise.
Balik singgah pulak membeli kerepek di kg Kanchong Darat. Semua keluar kilang dengan tangan yg penuh. sampai sekolah dah tengahari. alamak....kena masuk kelas dan balik pukul 4.30 ptg. Aduh letihnya....
Petangtu menu makan malam ialah cendawan goreng tepung dan sup cendawan.....Habis sedap juga cendawan goreng. Esok pun nak goreng lagi.
Hari Rabu kena pergi SMT Sg Buluh, lawatan penanda aras. Naik kereta ketua bidang. Yg drive cikgu lelaki dan kecut perut dibuatnya. Ketika kat highway dia memandu dengan kelajuan hingga 150 km sejam kus semangat. Ya la dah lambat dan sangkut pulak kat bandar Klang.
Setelah sampai kena tunggu pulak kawan yang naik kereta lain dan selepas sesi taklimat, kami pun berjalan ke bengkel2 dan memerhati apa kelebihan yg terdapat di sekolah ini yg boleh saya aplikasi kat sekolah.
Letih sungguh kat sini, semua bengkel kena jengah nasib baik ada yg menghidangkan minuman, lega tekak yg kehausan. Sebelum tamat lawatan kami dijamu makan tengahari. (bagus sekolah ni banyak duit)
Sampai sekolah dah pukul 3 ptg, hari ni tak larat saya nak masuk kelas, biarlah cikgu sorang lagi sorang2 kat kelas. Satu badan dah lenguh, kaki dah tak larat nak memanjat tingkat 4.Balik 4.30 ptg juga,sementara itu masa dihabiskan dengan sesi perbincangan bersama ketua bidang. huhu saya nak balik mandi dan nak tidur.... Tolong sapa nak masak hari ni????
No comments:
Post a Comment