Assalamualaikum semua...
Hari Rabu bilik guru adakan pot luck. Oleh kerana Selasa balik meeting pukul 5 lebih so ingat nak masak yg simple je sebab dah penat. Singgah kedai cuma ingat nak beli telurje.... Bila geledah dalam gerobok rupanya susu pekat dah habis....
Hubby kata beli masa keluar dinner....haha balik dari makan mesti dah malas nak masak...so fikir ganti susu pekat dengan susu cair yg ada....
Buat 2 biji satu utk anak2 makan
Bahan2
12 biji telur
2 cawan gula pasir
1 tin susu cair 400g
2 tin air
4 sudu gula utk gula hangus
1 sudu teh esen vanila
Cara
1. Masukkan gula kedalam loyang pengukus, masukkan 1 sudu air/basahkan gula
2. Masak hingga menjadi gula hangus guna api perlahan.Alihkan dari api
3. Tenggekkan periuk pengukus
4. Pecahkan 12 biji telur sebiji demi sebiji. Kacau dgn senduk kayu
5. Masukkan susu cair dan esen vanila kacau perlahan
6. Gula masukkan dalam air dan kacau hingga sebati dan masukkan kedalam adunan telur tadi. Kacau sebati.
7. Tuang kedalam loyang pengukus (tapis).
8. Kukus 30-40 minit.
9. Terbalikkan puding kedalam loyang sewaktu panas.(perlu berhati2 takut pecah)
Boleh dimakan waktu panas @ sejuk
* Gunakan api kecil sewaktu mengukus
MASAK ASAM PEDAS AYAM DI HARI RAYA KE 4
-
Assalamualaikum WBT
SEKEJAP aje kan dah masuk minggu ketiga bulan April. Bulan april ni tak ada
apa-apa cuti, kan.. tapi tak sabarnya nak tunggu bulan...
5 hours ago

No comments:
Post a Comment