Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Saturday 18 December 2010

Pau Goreng Sambal


Teringin nak buat pau goreng ni dah lama..... selepas dengar pengakuan hubby dia suka makan kuih ni (peliknya tak pernah nampak pun cik hubby beli@ makan...hihihi. 


So selepas lebih 10 tahun baru tahu cik hubby suka so...si isteripun cubalah memenuhi permintaan ... Sebenarnya si isteri tak suka makan kuih pau goreng....berdasarkan pengalaman lalu tak sedap kuih yg pernah di rasa waktu beli kat pasar2...


Tadi selepas membuatnya cubale merasa seketui.... patutle hubby suka, kalau sambalnya sedap gerenti kuihni jadi sedap... hahaha sayapun baru tahu kena letak hirisan timun kat dalam pau ni.Cik hubby yg beritahu....


Kena ucap terima kasih kat karangkraf sebab keluarkan majalah Rasa... saya rujuk Rasa Ogos 2010 ms 106... Saya buat tak sampai separuh dalam 200 g saje...menghasilkan 9 ketul...cukuptu utk makan kami sekeluarga...


Bahan2


500 g tepung pau
6 gm yis mauripan
50 g lemak sayuran
1/2 sudu teh garam
100 g gula halus
250 g air suam


Bahan inti


100 g ikan bilis goreng
3 biji bawang merah diblender
10 biji cili kering diblender/ ganti dgn paste cili
1/2 sudu teh belacan/ saya ganti dgn ikan bilis tumbuk
garam dan gula secukup rasa
minyak secukupnya
air asam jawa/ saya tak letak lupe...


Cara masak


1. Inti, tumis bawang dan cili,goreng hingga wangi dan pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa, gula dan garam
3. Masukkan ikan bilis gaul dan tutup api. Ketepikan
4.Untuk pau, masukkan semua bahan termasuk mauripan yg telah dicampur sedikit garam dan gula. gaul rata
5. uli sebentar.
6. bentukkan doh menjadi panjang dan potong menjadi 40 g beratnya
7. simpan doh selama 10 minit dan tutup
8. Bulatkan doh tadi tutup selama 1 jam/ saya buat 45 minitje
9. Goreng pau tadi..
10. Hiris tengah pau dan masukkan inti, sedia dihidangkan







1 comment:

  1. Akak pun suka makan Pau Sambal ni Ham. Selalunyer kita orang panggil kuih Doremon jer ... hehehe. Nak cuba lah nanti, macam senang jer kan ;D. Thanks Ham

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails