Salam semua, hari ni dah balik rumah semula.... En. hubby kena gi sekolah ...haha saya masak kari daging utk cik hubby sebab semalam dia nak makan kari ... Memandangkan sampai rumah hampir pukul 7 malam, saya cuma goreng ikanje.... Tak sempat nak defrost daging korban haritu...
Tunggu punya tunggu rupanya cik hubby tak makan lunch kat rumah, dah makan kat kantin sekolah...heeee....kita ni dok tunggu kat rumah... Akhirnya makan dengan anak2je....
Petang tadi Hisyamuddin call hubby supaya singgah kedai beli roti... Katanya nak cicah dengan kari... Terkejut cik hubby melihat anak bujangnya makan dah lebih separuh buku, roti yg saiz besar...huhuhu Takpe ke????
Memang cuaca agak sejuk petangni sebab tadi Klang hujan lebat.... Semua orang makan banyak hihi.....
Bahan2
400 g daging direbus dulu
3 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
3 sudu serbuk kari
1 sudu cili paste
1 sudu herba campur
1 cawan santan pekat
2 biji kentang
sedikit minyak, garam dan gula
* diblender
Cara
1 Tumis bahan yg diblender
2 Masukkan serbuk kari dan cili paste
3. Masukkan daging rebus dan kentang
4. Masukkan santan
5. Masukkkan garam dan gula secukup rasa
Selamat mencuba
wah! kari daging. Daging korban yang saya dapat, masih belum terusik...huhu.
ReplyDeleteSalam Ziarah dan salam kenal ye Hamsini.
Salam Yus, peti saya kecik kalau tak masak takde ruang nak simpan harini (Rabu)dapat lagi daging korban dari kakak ....
ReplyDelete