Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Thursday, 11 November 2010

Kari Gerut-gerut

Hubby request nak makan kari ikan ni semalam lagi.... Baru hari ni sempat nak masak..... Semalam malas betul... saya masak nasi goreng pada mulanya...


Kemudian hubby kata terlalu pedas takut anak2 tak boleh makan...Akhirnya saya masak nasi putih, goreng ikan dan sayur goreng je...


Mereka semua tak sentuh langsung nasi gorengku...huhu dan akhirnya pagi tadi menjadi santapan tong sampah.


Petang tadi selepas balik jamuan akhir tahun yg diadakan di Kota Kemuning Golf Resort dalam pukul 5 petang, saya teringat request hubby.....


Sambil masak makan malam saya buat kek batik dan kek gula hangus. kek batik anak2 request sebab nak bawa ke sekolah pagi esok utk jamuan.... Kek gula hangus pula saya cadang nak bawa ke sekolah. Kali ni saya buat versi kukus sebab oven masih lagi kat workshop.... 


Masa menulisni baru je masak, tak tahu lagi menjadi atau tidak. kalau menjadi saya akan masuk entri, kalau tak jadi lain kali bakar je...


Bahan2 utk kari


seekor ikan gerut2 di potong2
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
secubit jintan manis 
secubit jintan putih
25 g serbuk kari ikan/ 1peket
minyak utk menumis 

1 batang kayu manis
3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 keping asam gelugor
1 mangkuk santan cair
1 biji cili merah
1 biji tomato dibelah 4
Garam dan gula secukupnya

Cara
1.Panaskan minyak dan masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga lawang.
2. Masukkan bawang yg telah ditumbuk bersama jintan putih dan jintan manis dan kacau
3. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air, masak hingga terbit minyak.
4. Masukkan santan dan ikan, perlahan kan api sambil dikacau sekali sekala
5. Masukkan 1 biji cili hidup dan sebiji tomato
6. Masukkan garam dan gula, kacau dan tutup api


Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails