Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Friday, 11 June 2010

Biskut pelbagai bentuk/Biskut walnut ringkas



Syok cuti boleh buat macam2 yg tak sempat dibuat masa kerja, hehehe... 


Ini rupa biskut yg saya cuba buat malam tadi, tak tau nak bentuk ape...dan penerapnya terasa begitu comel.... Bila siap cuma dapat sikitje... 


Itupun waktu entri ni di buat dah masuk kedalam perut Hannah & Hanis...Nak buat macamana....Nampaknya kalau buat utk raya kena sorok sikit jgn bagi depa nampak, hahaha...kesian pulak...


Bahannya- 


200 g mentega
300 g tepung gandum
80 g gula aising
2 biji kuning telur
200 g walnut tumbuk


Hiasan
putih telur
colour rice 


Cara membuatnya
1. lenser loyang pembakar
2. ayak tepung gandum
3. masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata menjadi doh
4. rehatan doh dlm peti sejuk selama 30 minit
5. terap dan glis dengan putih telur dan tabur kan colour rice
6. bakar dlm suhu ketuhar 175 c/ dlm 10 minit


saya buat 1/2 adunan je sbb just nak try rasanya sedap ke tidak...

1 comment:

  1. mmg comel biskut2 tu..dh dekat nk puasa ni, tak buat sample biskut ke kak??

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails