skip to main |
skip to sidebar
Nasi goreng Cina
Terima kasih pada yang sudi datang melawat umah saya pagi2ni.... Aha!! macam biasa tengah sibuk masak sarapan dan mengemas dapur hehe..
Cuti biasalah lagi sibuk dengan anak2 dan kenalah masak untuk depa...
Pagi ni masak nasi goreng Cina yang dah lama kakak nak...tapi tak terbuat sebab bahan jagung campur takde... So ibunya just masak nasi goreng yg lain...
Nasi goreng Cina ni saya belajar dari buku Langkah-demi Langkah (Mahir Memasak)hehehe... sebelumni tak tau macam mana nak memasak. Buku ni order melalui pos masa saya dalam pantang Disember 2005..Dah lama tu...ketika berjinak2 nak cuba memasak sendiri utk keluarga.....
Now tak expert lagi tapi telinga tak le berdesing bila abang kata makcik kat nursery masak lagi sedap dari ibu....heh! Sekarang anak2 kata ibu masak sama sedap dengan Cik Ros nursery....
Inilah hasil masakan pagi ni...
Bahan2nya
Semangkuk nasi putih
1 biji telur gred c
1/2 gengam sayur campur- tak boleh letak banyak nanti ditolak tepije..
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 biji cili padi dihiris
sedikit minyak
garam secukup rasa
1 ketul daging ayam dipotong2-takde dlm resepi saya tambahje...
Cara memasak
Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi
masukkan sayur campur
ketepikan tumisan, masukkan telur dan hancurkan
masukkan garam secukup rasa dan masukkan nasi
Gaul rata ... Sedia utk dimakan...
salam..akak kalau masak..akak tumbuk ikan bilis bersama bawang putih,bawang kecil dan cili api...lagi best..
ReplyDeleteKak ina Kl lain kali saya masak saya letak ikan bilis tumbuk mesti rasanya lebih sedap....
ReplyDelete