Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Thursday 24 June 2010

Muffin Epal Coklat



Saya jumpa resepini dalam blog izahdaut rujuk sini ...Thanks izah, sekarang akak dah tau kenapa you love muffin, hahaha. 


Sebenarnya ini resepi muffin pisang dan coklat , memandangkan rumah saya cuma ada epal hijau so saya buatle eksperimen...tak taule mana sedap guna pisangke atau epal????? 

Banana Choc. Muffin
Sumber : kak yani

Bahan-bahan
• *170g tepung gandum
• *30g serbuk koko
• *130g gula
• *1 sudu kecil baking powder
• *secubit garam
• *100g coklat bar (coklat masakan) - patah2kan jadi kecil-kecil
• >2 biji telur
• >75ml minyak masak
• >100ml susu segar( saya guna 3 scoop susu tepung + 100 ml air )
• >sedikit vanila esen
• >2 biji pisang (ganti sebiji epal dihiris halus-dibuang kulit)



Cara-cara
Panaskan oven sehingga 170C.
Masukkan semua bahan-bahan yang bertanda (*) ke dalam Food Processor.
Kisar sehingga sekata. (If coklat tak hancur sangat pun takpe.. jadi ketul2 kecil dah ok) Kemudian masukkan bahan yg bertanda (>) ke dalam FP. Kisar sehingga sebati.
Cedukkan ke dalam cup muffin.
Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.



Cara saya


semua bahan bertanda *(A) disatukan dan digaul rata, dan kesemua bahan bertanda >(B) dimasukkan dalam satu mangkuk dan digaul rata... Kemudian bahan bahan B dimasukkan sedikit demi sedikit kedalam bahan A...digaul rata. Terus senduk dalam cup muffin....dan bakar selama 25 minit suhu 170 C.


Cuma 1 masalah saja macamana nak masukkan cup tanpa mencomotkan cup bekenaan...
(rujuk gambar kat bawah..hehehe) Boleh beri idea ke kawan2..... 






Resepi ini menghasilkan 15 biji muffin saiz sederhana


Selamat mencuba.....

3 comments:

  1. salam.saya biasa gunakan piping bag yg digunting besar kalau buat cupcakes@muffin..sekadar nak berkongsi pengalaman ;)

    ReplyDelete
  2. thanks checkie...kerana sudi memberi idea...hehehe lepasni mesti cantik muffin saya...

    ReplyDelete
  3. sedap nmpak muffin akak tu....sungguh chocolatie

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails