Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Sunday, 21 August 2011

Biskut Arab


Assalamualaikum


Biskut ni buat lagi tahun ini... sebab tahun lepas tak dapat beri pada mak mertua kerana minyak sapi yg diguna dikatakan tidak halal... selepas biskut yg saya buattu dah beri pada rakan sekerja non Muslim, dan baki minyak sapi dah beri pada rakan sekerja utk sambut Deepavali..... Barulah dapat berita yg minyak sapi tersebut sebenarnya halal...


So tahun ini selain buat biskut makmur(tahun lepas tak buat) saya buat juga biskut arab... Dapat bantuan menggentel dari sikecil Hanis dan juga hubby....Disini saya nak kongsi resepi yg saya ambil dari internet...


Yang membuatkan saya suka buat biskutni sebab tak payah nak putar minyak sapi.... Bulan Ramadhan tak suka bunyi bingit hehe...


Bahan2 (saya buat 2 adunan)


250 g tepung gandum
125 g gula halus
125 g minyak sapi
Pewarna (hijau, kuning telur & merah)


Cara


1. Gaulkan semua bahan hingga sebati(kecuali pewarna)
2. Agihkan kepada 3 adunan
3. Warnakan setiap satu adunan dengan warna berbeza
4. Bentuk bulat kecil2
5. Cantumkan
6. Bakar pada suhu 180 c 20 minit ( saya bakar suhu 160 c selama 10 -15 minit)
7. Apabila sejuk tabur gula halus dan letak pada paper cup kecil


Agak mudah membuatnya dan rasanya pun sedap.... Mungkin saya kena buat lagi sebab setiap hari Hanis nak dua keping...haha sekiranya rajin.....






Dua botol biskut utk mak mertua(ini je mak yg ada)


Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails