Assalamualaikum
Resepi ni buat pagi semalam, dah rasa malam tadi baru masukkan entri. Memang sedap.... selamani kalau beli rasanya tak seperti ini... Mungkin jenama minyak sapi yg digunakan ada memainkan peranan pada rasa...
Boleh juga buat bulat2 dan masukkan dalam paper cup....
Nampaknya utk rumah mungkin kena buat lain kot.... sebab haidah cukup gemar makan.... Dapatlah buat satu bekas untuk mak mertua...
Bahan2
500 g tepung gandum
250 g (+-) minyak sapi
80 g gula halus
Inti 300 g kacang tanah
70 g gula halus
Gula ising utk hiasan
Cara
1.Gaulkan semua bahan hingga sebati dan lembut(hingga boleh dikepal)
2.Kacang tanah disangai, buang kulit dan blender
tambah dengan gula halus
3.ambil doh dan leperkan, masukkan inti dan bentukkan bujur sebesar buah kurma. Bakar dalam oven suhu 20- 25 minit. sejukkan dan golehkkan dlam gula aising.
Saya bakar dalam oven suhu 160 c 10-15 minit)
Dapat 50 biji dalam satu bekas...
Salam Hamsini..
ReplyDeleteBiskut feveret kami sekeluarga jugak. Tiap tahun mesti buat tapi tahun nih tak rajin pulak. Tukor ngan biskut Arab.
selamat pg hamsini
ReplyDeletewah!!!!!!!!
kuih lama, peberat kami nie...