Dah beberapa mingguni tak masak breakfast....asyik ada kerjeje...hehe. Alhamdulillah pagini dpt masak for family... Mula2 ingat tak nak masak. Fikir 2 kali kena jugala nampaknya.
Sbb dpt undangan makan lunch pkl 2.00 pm. Cik hubby timetu belum lapar lagi tapi cik wife dah rasa lapar gila...
Cari apa yg ada kat dalam kabinet jumpa beehoon, so buat operasi memasak dan pastikan lebih spy dpt makan sebelum pi lunch haha....(Perutku asyik laparje...)
Masak very simple...yg penting semua kena makan.... Lepas breakfast gi jln2 di pasar di Sejangkang cari telekung...nak beri pd mak mertua... Kalau dah puasa takut tak larat... Ingat di pasar kg murah saya dapati harga lebih kurang samaje...Kat internet lagi murah but tak boleh nak pegang kainnya pulak...huhu
Bhn2
3/4 bungkus beehoon cap bintang direndam dlm air sebentarje
100 g daging
sedikit udang kering ditumbuk
1 biji bawang besar di tumbuk
1/4 inci halia ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
sedikit tauge dan daun sawi (ikut selera)
sedikit minyak utk menumis
sedikit garam sbg perasa
2 sudu makan cili sos
sedikit kicap masin
1 cwn air
1 biji cili hidup
1 biji telur
1/2 sudu makan cili paste
Cara
1 Tumis semua bahan tumbuk, apbl wangi masukkan cili paste
2. Apbl cili masak masukkan daging tumis sehingga daging masak/masukkan sedikit air jika perlu
3.Masukkan sos, kicap dan sedikit garam
4. Masukkan beehoon dan sayur, gaul hingga rata, masukkan sedikit air
5. Bila Bee hoon masak masukkan telur dan gaul rata, sedia utk dihidang...
SARAPAN TOSEI RAWA & TELUR PINDANG ANGAH
-
Assalamualaikum WBT
SEJAK malam tadi, dah berjanji dengan Pak Inche, pagi ni nak bersarapan di
Restoran Thoufeeq sahaja. Malas nak sediakan sarapan ta...
15 hours ago
No comments:
Post a Comment