Ku bersyukur atas kehadiranmu sayang.

Tuesday 18 September 2012

Macaroni Carbonara From Normi

Saya memang dah lama teringin membuat resepi ini. memandangkan dirumah hanya saya berdua shj yg suka makan macaroni, saya tunggu hari yg sesuai utk membuatnya. Minggu lepas ada sambutan hari raya Taman apalagi saya baru dpt merealisasikan impian nak buat resepi kawan saya......Satu tuperware kecil saya tinggalkan utk anak bujang saya .... Cik abg pun terpaksa makan sbb majlis mula lepas isyak...Ramai kekawan yg nak resepini sbb sedap...

Bhn2

1 bungkus macaroni (500g)direbus 
2 tin sos jenama prego carbonara
1 tin sup cendawan jenama campbell
1 tin cendawan butang dipotong memanjang
1 bungkus daging salai/@ salami dipotong
5 ulas bawang putih dicincang halus
1 biji bawang besar dipotong dadu(kecil)
sedikit minyak zaitun/sawit
secubit lada hitam ditumbuk
sedikit garam sekiranya perlu

Cara

1. Masukkan minyak ddlm kuali ( saya campur sedikit minyak zaitun dan sawit)
2. Goreng salami dengan minyak yg sedikit hingga garing. angkat dan toskan.
3. Tumis bawang putih dan besar hingga wangi, masukkan lada hitam, gaul sebentar dan 
4. masukkan cendawan, tumis sekejap
5. masukkan kesemua sos dan gaul, saya tambah sedikit air sebab pekat sgt sos itu.
6. Masak sebentar hingga sebati dan masukkan macaroni, gaul rata dan tutup api.
7. boleh tambah keju sekiranya suka (saya tak letak)

(Terima kasih kpd Normi yg sudi share resepi yg sedap dan cepat disediakan  dgn saya)
p/s sorry no picture....warnanya putihnya...

1 comment:

  1. hi..blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails