Ku bersyukur atas kehadiranmu sayang.

Thursday 2 September 2010

Nasi Arab


Bulan Ramadhan tahun ni saya masak macam2, tapi kadang kala sibuk sampai tak sempat masuk n3.... Namun resepi kali ni saya cuba luangkan waktu utk masukkan n3... supaya lain kali boleh rujuk kat sinije...hehehe


Nampak menu ni kat Majalah Rasa.... bulan posani mudah terliur tengok resepi yg di baca...hehehe
Boleh guna tulang lembu atau kambing.. saya pilih kambing.Saya guna kepingan daging kambing utk masakan ni.
Semua suka sampai waktu sahur kena masak nasi lain sebab dah kehabisan..... walaupun saya masak lauk tawar sikit hahaha....
Saya masak nasi Arab ni berlaukkan daging kambing masak kurma..dan salad Arab...






Bahan
2 cawan  beras basmathi
200 g tulang lembu atau kambing
3 biji cili hijau dipotong - saya tak potongpun
1 biji tomato dipotong 4
Air rebusan daging 3 cawan


Bahan rempah
1 biji bawng besar dipotong halus
3 ulas bawang putih diketuk
1/2 sudu teh jintan manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 sudu rempah kari
1 helai daun salam
1 biji tomato dipotong halus
2 sudu makan minyak sapi utk menumis


Cara memasak
1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan rempah, tomato serta cili hijau sehingga wangi
2. Masukkan tulang kambing(telah direbus) dan kacau sebati
3. Masukkan beras dalam periuk nasi
4. Masukkan bahan2 yg telah ditumis
5. Masukkan air rebusan tulang( rebus tulang kambing dahulu)
6. Tanak sehingga nasi masak.
7. Masukkan bawang goreng dan kacang gajus


Selamat mencuba





2 comments:

  1. assalamualaikum hamsini.

    nampak menarik je nasi arab ni dan cara nak buat pun macam tak susah sangat. kakchik nak copy resepi ya, simpanan utk reference masa depan. nak buat di bulan puasa ni tak berbaloi untuk 2 orang.

    ReplyDelete
  2. nasi arab ni boleh masak waktu hari Raya....Selamat mencuba...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails