skip to main |
skip to sidebar
Nasi Lemak
Beberapa hari ni asyik sarapan yg berat2....Pukul 2 baru ada jemputan ke rumah terbuka.... Takut hubby dan anak2 lapar saya masak nasi lemakni... Dah lama tak masak nasi lemak....hari ni masak nasi lemak simple je...tak de ayam goreng....yg ada dalam peti ais cuma ikan2....hehehe
Kami sekeluarga cuba berpantang sebab allergic anak tak hilang lagi....So tak dapat le nak buat sambal sotong.....huhuhu
Bahan
2 cawan beras
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 ulas bawang putih diketuk
2 helai daun pandan
sedikit garam
Cara masak seperti biasa tanak dalam periuk nasi.....
(kalau nak kurangkan lemak, santan pekat kurangkan kpd 1 cawan sahaja...)
Bahan sambal
1 mangkuk kecil bawang merah*
2 biji bawang besar*
1/2 inci halia*
3/4 sudu makan cili paste
sedikit air asam jawa
sedikit garam
3 sudu makan gula/ikut suka nak sikit @ byk
sedikit minyak
1 genggam ikan bilis ditumbuk
bahan bertanda* diblender
Cara
Panaskan minyak
masukkan bahan yg diblender dan ikan bilis tumbuk, tumis hingga wangi
masukkan cili paste masak hingga naik minyak
Masukkan garam, gula dan air asam jawa
Tumis hingga masak
Sedia dihidang dengan hirisan timun, ikan bilis goreng dan telur rebus..
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment