Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Tuesday 3 May 2011

Nasi ayam Ipoh

Assalamualaikum,
lama betul saya tak bersiaran.....
Kebelakangan ni sibuk....


Malam ni saya masak nasi ayam...resepi kawan sekerja yang beri... dia ambil daripada internet. Resepi ni saya simpan dari tahun lepas lagi.... Memandangkan hubby kureng sikit dengan nasi ayam saya jarang2 masak. Nampaknya nasi ayam Ipoh ni kena dgn tekak hubby...siap bertambah nasi..... Begitu juga dengan anak2. Terima kasih pada tuan punya resepi yang asal. Walaubagaimanapun saya tak masukkan semua bahan kerana tidak ada kat rumah. Kalau semua ada sudah tentu lagi....sedap.


Tak sempat nak ambil gambar.... perut dah berkeroncong tak tunggu lagi terus ngap2 ..... Nasib baik saya masak lebih dari biasa...kalau tidak tak cukup hahaha....


Resepi


Bahan Nasi


4 mug beras (saya masak 3 cawan je)
4 1/2 mug air rebusan ayam (saya guna 4 cawan)
2 inci halia*
3 biji bawang putih(saya guna 3 ulas)
3 helai batang daun bawang(ambik bhgn bawah dia ..yg ada buah diatu) saya guna 3 batang daun sup...
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu sos tiram(saya tak letak...takde. ganti sikit garam)
2 helai daun pandan
4 sudu mentega (saya guna 2 sudu makan je)


Bahan Ayam


1/2 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka( saya tak letakpun)
1 sudu besar madu(saya pu tak letak)


Bahan sup


air secukupnya
4 ulas bawang putih diketuk
3 inci halia dihiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu (saya tak letak...takde kat rumah)
1 sudu besar serbuk lada sulah( saya letak 1 sudu teh)


Bahan Cili


10/15 biji cili burung (saya letak 4 biji cili api)
6 biji cili merah(saya letak 4 bijije)
sedikit halia (ambil dari air rebusan)
5/6 biji bawang putih (3 ulasje)
1 biji limau kasturi/nipis(tak letakpun hubby tak boleh makan...)
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya.(saya masak sebentar diatas api)


Bahan Kicap


5 biji cili burung(tak letak sebab ada yg tak tahan pedas)
sedikit halia (ambil dari air rebusan)
4/5 biji bawang putih 
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung dicampur sedikit air utk pekatkan(tak letak)


Saya guna baki dari perapan ayam dan tapis serta dimasukkan beberapa titis minyak bijan. Saya masak sebentar atas api...


Bahan Tambahan
tomato,salad, daun sup dan bawang, timun (kat umah tadi takde salad)


Cara2 Memasak


1. Mula2 buat air rebusan ayam. Masukkan semua bahan2 sup kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. Dan didihkan air.


2. Selepas mendidih, masukkan ayam. masak selama beberapa minit (20 minit) angkat ayam dan toskan.


3. Cara utk masak nasi, mula2 masukkan margerin dalam periuk elektrik, biar mencair, masukkan bahan2* yg telah diblen(saya tumbukje) biar naik bau masukkan baatangbawang dan daun pandan. apabila layu masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau sekejap masukkan beras dan sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasi masak.


4. Penyediaan ayam, ayam yg telah ditoskan masukkan dalam mangkuk besar . Masukkan bahan bertanda * dan semua bahan lain... kacau rata dan biar 1/2 jam. ayam boleh digoreng jgn lama2 sekiranya bertukar kehitaman angkat terus. Saya masak dalam ketuhar selama 1/2 jam api 200 c guna api atas dan bawah.Alas loyang dgn kertas aluminum.


5. Cara penyediaan cili, masukkan semua bahan dan blender hingga hancur.


6. Cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. Selepas blend masukkan dalam periuk dan masak atas dapur. Agak2 panas masukkan tepung jagung dicampur air utk memekatkan.


7. Cara penyediaan sup, baki air rebusan didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh dicampur dengan air biasa. Masak hinga mendidih. tambah garam dan gula.


8. Selepas semua dah masak, bolehlah dimakan.. potong timun,tomato nipis2. daun sup dan bawang dipotong halus dan dimasukkan kedalam sup tadi.


Selamat mencuba

4 comments:

  1. assalamualaikum..
    patutlah lama ayu tak nampak kakak..

    lepas ayu follow blog nie.. tuan rumah terus senyap..
    tak mengapa memahami

    wah.. nasi ayam ipoh.. nak trylah.. thanks yer kak
    menyelerakannya

    ReplyDelete
  2. nak try juga, baca org tu smpi tambah2 nasi... msti yummy!

    ReplyDelete
  3. Nasi ayam, versi apa pun di Rumah Naz mesti laku.. Best ni sbb org yg biasa x suka pun bertambah nasi.. Must try one day.

    ReplyDelete
  4. tq for the comment...sorry tak dapat menjawab lebih awal...tapi yg pasti nasi ayam ni memang sedap.....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails