Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Monday 27 July 2015

Resepi Kek coklat Kukus



Bahan2

1 cwn serbuk koko*
1 cwn gula pasir*
1/2 cwn susu cair (ganti 1/2 cwn air dgn 3 sudu makan susu tepung nespray)*
1 cwn minyak masak*
1/2 cwn susu pekat manis*
4 biji telur gred B
1 1/4 cwn tepung gandum ( guna tepung superfine)
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat
1 stesen vanila

Cara menyediakan Kek
1. Campur semua bahan bertanda *. Masak atas api hingga larut
2. Dalam Mangkuk lain ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Pukul telur dengan whisk
4.Masukkan campuran pertama ke dalam telur yg telah dipukul.
5. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yg telah diayak
6.Panaskan pengukus
7. Alas loyang dengan kertas dan sapu margerin
8. Saya blend adunan kek krn sedikit berketul
9. masukkan ke dalam loyang
10. Alas penutup pengukus dengan kain
11. Kukus 1 jam

Cara Menyediakan Topping

1/2 cwn susu pekat
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh mentega

Masukkan semua bahan dlm periuk
Kacau rata
Barulah letak atas api perlahan dan kacau sebati
@bancuhan mula mendidih

Apabila sudah sejuk, tuang topping ke atas kek yg telah sejuk


Sunday 26 July 2015

Cara Membuat Ketupat Daun Palas




Bahan2

1 kilo beras pulut(dlm 4 cwn ).
Next time perlu buat 2 kg/ 3 ikat daun palas
1 biji kelapa = 3 cwn santan
sedikit garam

4-5 batang daun palas/ 1 ikat daun palas rm 2

Masak dalam 1 cwn pulut bersama 3 /4 cwn santan
kacau atas api hingga separuh masak.

Daun perlu di bersihkan dan digulung2 sehari sebelum membungkus ketupat
supaya daun mudah digunakan

Dibawah link untuk membungkus ketupat

Cara membuat Ketupat Daun Palas

di youtube

Sesudah membungkus boleh simpan dalam frezer
kukus @ rebus bila nak makan

Wednesday 15 July 2015

Kek Buah kukus



Kek buah ini khas utk santapan ayah mertua....
Dah lama tak bawa balik kek buah kukus...
Tapi tukang buatpun nak rasa dulu...
kali ni buat dua versi...kukus dan bakar

BahanA

1 biji butter 250 g
2 cwn gula
2 cwn air
1 mangkuk buah campur (saya guna 500g)

Rebus selama 30 minit, api sederhana dan sejukkan

Bahan B
4 biji telur gred A
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung superfine
1 sk baking powder
1 sk cream of tartar
1 sk bikarbonat
1 sk esen vanilla
1 sk serbuk kayu manis

Cara2

Masukkan telur sebiji demi sebiji kedalam bahan A yg telah sejuk
Kacau guna senduk kayu
Masukkan esen vanila
Bahan yg lain perlu diayak dulu sebelum digunakan
Kemudian masukkan sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati

Masukkan kedalam loyang yang telah di lenser dan kukus 4 jam
Boleh juga kukus 2 jam. Hasil yg lebih menarik jika di kukus lebih lama
Adunan ini menghasilkan sebiji kek yg besar


p/s perlu tutup kek dengan aluminium foil

versi bakar masa 2 jam shj, api 180, guna api bwh dulu
1/2 jam terakhir suhu 100 api atas
Perlu buat lagi sekali ...



Sunday 12 July 2015

Ayam Percik utk berbuka...


Resepi ayam percikni saya dah buat 3 x Ramadhan ini.
Resepinya simple dan kena dengan tekak keluarga.
Mula2 nampak resepi ini dr program dapur bujang.
Bagi saya resepi ini cepat dah mudah..
Saya ada ubahsuai bahan digunakan

Bahan2

1/2 ekor ayam(saya suka guna ayam yg kurus tak byk isi)
3 biji cili hidup*
1/2 inci halia*
3 biji bawang merah(lebihpun ok)*
garam secukup rasa*
1/2 sudu makan gula pasir*
1/2 sudu serbuk kunyit*
1 batang serai dititik
sedikit air utk blender*(dlm 1/2 gelas)

Cara2
Masukkan bahan bertanda * dalam blender
Blend sehingga bahan hancur
Masukkan bahan dlm blender kedalam periuk
Masukkan serai
Panaskan periuk dan masukkan ayam
Guna api sederhana
Sesekali terbalikkan ayam spy kuah rata terkena padanya
Rebus sehingga masak
Tutup api dan perap ayam dalam kuah berkenaan 1/2 jam
(tak perap pun ok)

Gunakan kuali leper 
Letakkan sedikit minyak
Guna api kecil
Letak ayam atas kuali
Sesekali letakkan kuah diatas ayam yg sedang dibakar
dan terbalikkan ayam spy masak rata
Boleh bakar ikut suka garing ataupun tidak 
sebab ayam tu dah masak

Lebihan kuah dalam periuk
saya tambah air kalau dah kering
tambah 1 sudu gula dan garam secukupnya
Biar mereneh sehingga kuah pekat


Biskut Arab Susu


Malam tadi try buat biskut Arab Susu... dapat resepi drpd blog Yatie memories..
Biskutni sgt lemak...
Boleh cuba buat lagi next year Insyallah...
Paling best sukatan guna cawan dan tak perlu guna mixer
(skrg buat biskut suka senyap2 haha)

Bahan2
2 cwn susu tepung
2 cwn minyak sapi ( 1 tin  400g)
sedikit garam
7 cwn tepung gandum

Hiasan ceri merah (saya guna merah & hijau)

Cara2
masukkan semua bahan dalam mangkuk
Gaul guna senduk kayu
dan kemudian saya gaul guna jari

Panaskan oven suhu 180 (oven saya 160 je)
Grisskan loyang pembakar
Bulatkan doh  sebesar guli
Letak ceri di atasnya
Bakar selama 15 minit
Setelah masak taburkan dengan gula ising
Setelah sejuk masukkan dalam bekas kedap udara
Saya dapat 3 balang kuih (saiz yg paling kecil)

Biskutni utk mak mertua oleh2 Hari Raya

Saturday 11 July 2015

Resepi Coklat Chip


Ramadhan 2015 terasa sangat pantas berlalu...
Kesibukan tugas di tempat kerja dan rumah.. tak henti2.. 
Bagaimanapun hati teringin juga utk membuat biskut sendiri..
Memandangkan esok hari Sabtu malam ini paksakan diri membuat biskut dibantu dengan Hannah dan Hanis...
Biasalah biskut tak habis bakar sicilik Hanis dah melelapkan mata kerana kepenatan berpuasa siang tadi....
Nasib baik buat biskutni sebelah malam... kalau buat disiang hari sudah tentu kepanasan... malampun panas.
Tadipun saya tak henti2 minum air yg dingin...

Resepi tadi ambil dari blog...maaf tak ingat milik sapa...harap halalkan resepi yg sedap ini... dan mudah kerana guna sukatan cawan...

Saya buat 2 adunan 
Cukup utk rumah dan mak mertua

Bahan A

1/2 cwn gula kastor
1 cwn gula perang
1 cwn mentega
1 cwn minyak masak
2 biji telur
1/2 sudu garam
2 sudu susu tepung
1 sudu teh esen vanila

Bahan B

4 cwn tepung gandum yg diayak
2 sudu makan serbuk koko
2 sudu tepung jagung(tak letak)
1 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cwn walnut yang dicincang
2 cwn coklat chip

Cara

Satukan bahan A dalam mangkuk, pukul dengan whisk sehingga sebati. 
Bahan B digaul dalam mangkuk lain.
Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan saya menggunakan sudu kayu untuk menggaul.
Sudukan adunan ke dulang pembakar yg telah disapu butter
Sudukan dalam kuantiti yg kecil krn biskut akan mengembang
Bakar dalam oven yang suhu 160 darjah celcius selama 15 minit
Atau bergantung oven masing2

Pastikan biskut telah sejuk barulah simpan kedalam balang

Selamat mencuba... 
anak2 telah menghabiskan biskut dulang yang pertama dibakar...
Anak2 kata sangat sedap...


Related Posts with Thumbnails