Sorry lama tak masuk entri baru coz talian telefon ke rumah terputus akibat kerja mengorek longkang.Satu rumah bengang, anak2, hubby dan saya sendiri. sekarangpun masih tak dibetulkan nasib baik ada broadband guna telefon boleh masukkan juga lah..walaupun slow hihihi
Pai epalni saya masak hari Jumaat lepas selepas melihat ada rakan blogger yg mencuba resepini...dah lama teringin. masalah timbul bila pegi ke blog tersebut keluar pulak beware ada malware dan keluar skrin merah...akhirnya saya cuba lihat kat google dptle resepi dan ubahsuai ikut apa yg pernah saya tonton kat AFC..
Inilah hasilnya....
Tak boleh lama2 ni guna hubby nya laptop...hahaha resepi next time saya tulis.
Anak2 komplen pie ni too sweet, hubby komplen besar sgt i potong epal hijau tu...hihihi
Apa2 jelah komplen depa yg penting sedap...haritu diet saya hancur...
Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.
Monday, 31 May 2010
Friday, 28 May 2010
CHOCOLATE CHIPS & NUTS
Petang tadi projek membuat biskut utk kali pertama dalam hidupku....
Cadangnya biskut ini nak buat utk mak mertuaku..hihihi. Minggu depan nak balik ke Manjung sempena cuti penggal sekolah. Oleh kerana first time buat biskut tak tau nak kawal api... separuh daripadanya sedikit hangus heh...baru kejap jengok belum masak lepastu dah terhangus sikit....Sapa tau macamana nak atasi tolong beri tipye....
Resepini saya ambil dari dapur amida. Ubahsuai sikitye... Thanks rasanya memang best... lagi2 bila letak kacang2... macam rasa chipsmore pulak kata my family. Depa nak pujuk hati i yg kecewa biskut byk yg hangus huhuhu...Yang pastinya biskut yg elok dah siap saya asingkan nak bawa balik kg hubby minggu depan...hihihi kenalah...sorok sikit kang tak sempat sampai Manjung hahaha....
Bahan2
300gm tepung gandum
1 buku butter (250gm)
2 biji telur(telur merahje)
4 sudu teh serbuk koko
100gm gula aising
100gm gula perang
coklat chip & nuts
(letak badam/walnut) letak ikut suka byk/sikit
CARANYA
1. Pukul butter dan gula aising dan gula perang
2. Masukkan telur, serbuk koko, tepung gandum,coklat chips dan nuts
1. Pukul butter dan gula aising dan gula perang
2. Masukkan telur, serbuk koko, tepung gandum,coklat chips dan nuts
3.sudukan pada dulang pembakar
3. Bakar 175 darjah celcius selama 15-20 minit
3. Bakar 175 darjah celcius selama 15-20 minit
inilah hasilnya....
Cadangnya biskut ini nak buat utk mak mertuaku..hihihi. Minggu depan nak balik ke Manjung sempena cuti penggal sekolah. Oleh kerana first time buat biskut tak tau nak kawal api... separuh daripadanya sedikit hangus heh...baru kejap jengok belum masak lepastu dah terhangus sikit....Sapa tau macamana nak atasi tolong beri tipye....
Resepini saya ambil dari dapur amida. Ubahsuai sikitye... Thanks rasanya memang best... lagi2 bila letak kacang2... macam rasa chipsmore pulak kata my family. Depa nak pujuk hati i yg kecewa biskut byk yg hangus huhuhu...Yang pastinya biskut yg elok dah siap saya asingkan nak bawa balik kg hubby minggu depan...hihihi kenalah...sorok sikit kang tak sempat sampai Manjung hahaha....
Wednesday, 26 May 2010
Ayam goreng lada hitam
Menu semalam, ayam goreng lada hitam
bahan2
1/4 kg ayam
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 susu serbuk kunyit
1 sudu teh lada hitam(ikut kegemaran)
aram secukup rasa
Cara
perap selama 2 jam/ lagi lama lagi sedap
goreng dengan minyak penuhNampaknya hari ni tak payah masak makan malam, malam ni keluarga saya makan nasi ayam beli kat pasar malamje. hahaha senangnya malam ni....saya sebenarnya masih kena memasak utk makan malam diri sendiri...hehehe
Hati pun senang bila mendapat berita suamiku telah mendapat title datuk....
Sayangnya ada berita yng tak menggembirakan huhuhu....
Orang lain bila suami mendapat title datuk mesti gembira saya pulak sedih kerana mendapat title nenek...huhuhu
semalam dengan rasminya saya telah menjadi nenek hahaha.....tuanya saya...Anak kakak saya telah mendapat cahaya mata lelaki ....
Tuesday, 25 May 2010
Nasi goreng ayam
Menu makan malam.
Petangni masa singkat.
selepas menyelesaikan beberapa urusan di luar
balik hampir pukul 5 ptg
tengok dalam fridge...
sayur dah habis...
tinggal daun sup dan bawang
Akhirnya masak nasi goreng hehehe...
Senangje
cuma perlu goreng ayam
(ayamni dah diperap 2 hari) &
gorengkan nasi...
siaplah makan malam keluargaku
Menu saya kena buat lain...
Tanpa nasi...tengah fikir apa
ynag nak dimasak...
Bahan2
nasi
bawang merah + bawang putih +cili api
(terpulang berapa banyak)/ditumbuk
sebiji cili merah dipotong
beberapa helai daun sup dan bawang dipotong
sebiji telor
garam secukup rasa
ayam goreng dipotong2
sedikit minyak ikut keperluan
Cara
panaskan minyak
masukkan bawang
goreng hingga garing
masukkan telur kacau hingga masak
masukkan nasi
dan daun sup, bawang dan cili
masukkan ayam telah dipotong
dan masukkan garam
kacau rata
selamat mencuba
Monday, 24 May 2010
Ayam madu
Nak masak ayam bermadu tak sempat nak cari resepi atlast saya taram sendiri buat seperti ayam masak merah dan tambahkan 1 sudu madu dan 1/2 sudu gula merah. Abang kata sedap, hubby pulak kata ok??? sedap ke tak sedap taktau... sebab saya hanya masak tak makanpun hahaha. saya kena makan menu yg saya masak huhuhu.... pasal nak kuruslani....
Tadi timbang berat kat tempat kerja rasa seronok sangat pagi tadi berat menjadi 58.8 kg. Walau turun sedikit je banding dgn hari Jumaaat kira oraitla... sebab hujung minggu curi2 makan hehehe...
Sunday, 23 May 2010
Pancake pisang
Pagi ni masih berkisar tentang pisang...semalam terbaca kat blog kak Ummi tentang lempeng pisang. sayangnya takde pulak sukatan nak buat lempeng tu.So tadi buat taramje...harap2 menjadi(betullah kata anak buah, saya jadikan keluarga saya bahan eksperimen merasa masakan saya hehehe. haritu tak ngaku.)
Projek pun berjalan pagi tadi, saya potong dadu 3 biji pisang yg ada dan campur 2/3 cawan tepung gandum. Tambah 2 sudu kecil gula dan sedikit garam, air 1/3 cawan. Campur semuanya dan gaul rata.Panaskan kuali leper, letak sedikit minyak dan masukkan adunan kedalam kuali. Terbalikkan lempeng dan tunggu hingga kekuningan @ masak. Siap utk dihidangkan. Ini dia rupa lempeng saya....
Saya hanya dapat menghasilkan 1 lempeng dan kena potong2 utk anak2 rasa. Nampaknya baby Hanis yg gemar makan... yg lain hanya menjamah sedikit saje... dan akhirnya habis juga hehehe....
Lepastu kena keluar nak breakfast roti canai...kecuali saya, masuk kedai tapi tak makan hehehe. Opppps...cubit sedikit nak rasa hahaha... habis dietku.
Berkenaan lempeng tadi tu, saya tukar nama kat anak2 sebagai pancake. takut dengar nama mereka dah tak sudi nak makan sebab ibu mereka tak pernah buat lempeng kecuali pancake.... Lepasni nak ajar anak2 lempeng2 yg sedap...yg dulu2 mak saya pernah masak...@ kakak2 saya pernah masak...hmmmm ntah bila latu...
Saturday, 22 May 2010
Cengkodok pisang resepi Sue72
Pagi tadi buat cengkodok pisang, bukan pisang beli tetapi jiran sebelah yg bagi. sayapun tak tau nak buat ape..Nak goreng dah ranum sgt..Akhirnya buat cengkodok...
saya tak biasa buat dan biasanya tak jadi macam mak mertua yg buat hihi. Haritu ada ternampak resepi di rumah Sue 72 so ambik resepi tu...Halalkan ambil resepini...Sue, saya baru nak belajar hehe....(tq very much Sue)
Saya buat 1/2 adunan resepi Sue hmmm... Saya tak guna pisang berangan so hasilnya tak sama kot dari segi rasa....
Cekodok Pisang
Bahan:- (agak2 je yee)
6 biji pisang berangan - lecek
1 1/2 cawan tepung gandum (kalau lembik sangat tambah lagi tepung)
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil garam
2 1/2 sudu besar gula
Lenyek pisang gula, garam dan soda bikarbonat sampai hancur. Masuk tepung, gaul sebati. Panaskan kuali dengan minyak yg banyak, jemput adunan dengan hujung jari dan masukkan ke dalam kuali. Balikkan selalu. Bila telah masak hampir kuning keemasan pekat, angkat dan toskan atas paper towel.
ada rupa cengkodok pisang???
ada rupa cengkodok pisang???
Friday, 21 May 2010
Kek Batik Biskut Marie
Kek batik ni buat petang Jumaat, saja nak suprise kan anak2 bila mereka balik petang nanti. mereka memang suka makan kek batikni, cuma semenjak ibu mereka sedar diri dah makin kembang lamalah tak membuatnya.
Resepini ambil dari kompilasi hidangan kek oleh Nor Aini Zakaria, tapi dah kena ubahsuai ikut suka saya...hahaha. Kononya supaya bertambah sedap...dah menjadi bahan kajian saya hingga terhasil resepi yg nak saya kongsikan ini.
Kek ini belum boleh dipotong lagi, coz masih panas. Hubby yg tolong ratakan sbb perut dah lapar...
Bahan2 diperlukan
600 g biskut mari dipatah 2 saja
250 g mentega
1 cawan susu pekat manis
1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1 cawan milo
1/4 cawan koko
2 biji telur dipukul
1 sudu teh esen vanila @ emalco coklat
Cara membuat:
1.Masukkan mentega dlm periuk. Panaskan atas api
sederhana hingga cair. Tuang air hingga sebati.
2. Masukkan milo, koko, susu pekat manis, gula pasir
dan emalco coklat.Kacau hingga sebati.
3. Masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau
dgn pantas supaya tidak bergentel.
4. Apabila bancuhan pekat, masukkan biskut marie,
kacau sebati dan tutup api.
5. Masukkan kedalam bekas yg dilapik dgn plastik,
ratakan dan padatkan. Biar sejuk dlm suhu bilik.
6. Masukkan dlm peti sejuk dan potong apabila
telah keras.
Selamat mencuba, 1/2 jam dah siap...
Ok ni gambarnya skrg dah sejuk hehehe, akak dah boleh potong
Thursday, 20 May 2010
Sandwich utk hubby
Minggu ni saya balik dlm pukul 2.30-3.10 ptg setiap hari melainkan Jumaat. Ini kerana ada peperiksaan pertengahan tahun, so takdela saya balik pukul 4.30 ptg seperti selalu.
Dan setiap harilah kena masak utk hubby yg tak mau makan di kantin...(saya plak time makan mesti makan tak kisahle kalau lauk tak sedap @ tak kena dgn tekak hahaha.)Janji makan tanpa nasi hehehe.
Petangni hubby request lagi sandwich spt semalam jugak. Very simple 5 minit gerenti siap...sayangnya harini tak de pic. hubby dah kebulur kot tak sempat nak ambil gambar.
Inilah rupenya sandwich utk yg tersayang
gambar sandwich semalam. Petangni punye saya sapukan planta pd roti dan bakar dikuali.
Perlu letak hirisan bawang, hirisan tomato dan salad( tak tau namenya).
Yg penting ada telur goreng mata kerbau.
hirisan bawang & tomato buat sandwich makin sedap...(apa yg hubby beritau saya).
Ooooppss!!! saya tak makan sandwich tu, ptg gini bila lapar gantikan minum ptg dgn sebiji epal hijau...Nak yg sedap beli yg bersaiz besar...manis....!!!
Wednesday, 19 May 2010
Aktiviti memasak petang ini
Balik kerja singgah kat Giant Bukit Tinggi, hajat hati nak beli lagi bekas yg saya beli utk acara bertukar hadiah masa sambutan hari guru.....(Nampak sgt para guru dah terdesak sampai kena beli hadiah & tukar2 sesama sendiri hahaha)
Nampak plak telur burung puyuh, saya belilah 1 bekas ada 15 biji telur. Haritu Haidah ada menyebut nak makan telur burung puyuh...dan hari ni shopping brg basah kat Giant takut petang nanti hujan turun spt semalam...tak sempat nak ke pasar malam.
Biasalah bila sampai rumah kena masak sesuatu utk hubby coz dia asyik nak makan makanan yg saya masak...hehehe. Macam semalam saya masak sandwich ikut request cik hubby. Oh saya buat sandwich spt yg dikehendaki.....5 minit siap....cepatkan!!!!!
Ayam panggang
rempah yg diguna, herba rosemary, garam, kunyit dan sos Lea Perrins.
Perap 1 jam dan bakar dalam oven hingga masak.(dalam 1 jam, suhu 200 darjah celcius)
Telur puyuh direbus. 5 sudu besar (bawang + 1/2 inci halia + 2 ulas bawang putih diblender), Tumis dengan sedikit minyak, masukkan 1 sudu besar paste cili. Tumis garing masukkan sedikit air asam jawa. Bila sambal masak masukkan telur yg telah dikupas kulit...Saya masukkan 10 biji je...tak larat nak kupas semua..hehehe!!!
Salad yg hubby suka...so simple
Ketika mengambil 2 orang anak dara saya dari nursery, hubby pegi juga pasar malam walaupun gerimis utk membeli jagung sbb dah sebulan anak minta ...asyik tak dpt beli sama ada hari hujan @ terlalu awal dtg pasar malam...
Yang pastinya saya kena kuatkan iman tak berani nak makan jagung takut byk karbohidrat...rasa sedikitje hehehe
kegemaranku....
yg lain saya boleh makan kecuali...nasi...uwaa...
(harini berat dah turun 3.8 kg...boleh tahan dietni, tak habis beratus macam selalu. Mahal tapi berat gagal diturunkan...yahoooo!!!!
Monday, 17 May 2010
Tomyam Ayam
Saya suka masak tomyam, pertamanya cepat siap, kedua mudah dan ketiga kegemaran keluarga. Cuma petang tadi saya tak letak sotong @ udang. Hanya ayam semata, memandangkan keluarga masih lagi mengalami alegic kerang...Inilah masakan yg mudah dan cepat utk santapan keluarga tersayang.
tomyam ayam utk keluarga
Sayur utk saya.
ehemmmm...diet mlm tak mkn nasi...uwaaaa
Biasanya keluarga saya makan tomyam bertemankan telur goreng dadar
Resepi tomyam mudahku....
Bahan2
1 mangkuk ayam dipotong dadu/ kecil
4 helai daun limau purut
4 batang serai dititik
1 biji tomato/ @ lebih(ikut suka)
1 kiub pes tomyam adabi
1 biji bawang besar dipotong 4
4 ulas bawang putih diketuk
4 biji cili padi di ketuk
1 liter air
sedikit minyak utk menumis
garam secukup rasa
1 sudu teh gula(optional)
Cara memasak
Panaskan minyak
masukkan bawang putih + daun limau purut + cili padi
tumis sekejap, masukkan pulak serai
masukkan pes tomyam & daging ayam
tumis sehingga daging separa masak
maukkan air
apabila menggelegak, masukkan bawang besar, tomato,
garam dan gula secukupnya.
apabila menggelegak lagi tutup api
sedia utk dihidangkan.....selamat mencuba
Psssst.... saya tak letak limau....
sbb hubby tak boleh makan limau nipis...hehehe
sebelum mengudur diri nak ucap thanks kat folower...Pn Rosidah yg beri kad yg cantik ini sempena hari guru....
Wah!!!!!!hari ni tak mengajar, dpt hadiah dr murid2 walau tak byk, ucapan dr ex anak murid di FB...dan kad yg cantik ini.....alhamdulillah. Esok exam pulak....hehehe tak payah ngajar...jaga periksaje....lepastu tanda uwaaaaaaa......
Sunday, 16 May 2010
Hari ni masak ala kampung
Semalam hubby beli jantung pisang utk di rebus. Permintaan yg sukar nak tolak. Saya tangguh masak hari ni sebab semalam dah beli kerang yang fresh... so kena masak semalam jugak.Nasib baik hubby ikutje....
Hari ni tak boleh nak masak bende2 alergic, habis hubby & anak 2 badan naik merah2 ....gatal... (Dah tau akibatnya depa makan jugak..)Nak buat macamana rebus je pun sedap....
Apa yg saya masak tgh hari tadi cuma ikan goreng letak rempah ketumbar , jintan putih, garam & kunyit. Rebus jantung pisang cicah sambal belacan kuinin...sedap!!!! hingga habis jantung pisang tak sempat nak snap.
Akhirnya...... saya snap jantung pisang yg belum masak hehehe. Kalau saya masak semua gerenti habis, ingat tak habis rupanya saya dan Hisyamuddin pun sama makan hahaha. Selalunya hubbyje yg makan banyak hehehe.
Kami makan yg dah rebusya...
Hari ni saya letak belacan...ada yg gatal hidung hehehe
Petang tadi kena masak sayur lain...sebenarnya tak payah masakpun, kami makan berulam timun dan saderi potong..hehehe. Anak2 saya gorengkan telur mata kerbau dan ada yg nak telur rebus. Layanje....permintaan orang yg disayang.
Telur saya rebus lebih sbb nak buat sandwich telur....hannah nak bawa ke tadika...potluck hari guru....
Hahaha!!!!.....begitu senang resepiku hari ni simple & sedap di keluarga kami.Wasalam....
Saturday, 15 May 2010
Laguna Park kami datang lagi....
Hari ni birthday hubby, so we all plan pegi ke laguna park untuk piknik sambil sambut birthday. Asyik sambut kat rumah je. tukar angin, hari ni sambut kat luar. Alhamdulillah cuaca pun redupje, selesa piknik kat situ. masalah yg timbul ada nyamuk pulakda.....
Kek coklat yg saya buat malam tadi selepas terbaca resepi kat rumah Maria(Thanks)klik disini. Memang sedap dan kurang manis sesuai dengan keperluan saya.
Ini lah kek untuk hubby, simpleje hiasannya.
(tak berkesempatan berguru semua cuba sendiri)
Roti yang anak teringin.
(tak cukup masa bawa bekal pegi rombongan khamis lepas)
Bee hoon untuk saya & hubby
Upacara potong kek hehehe oleh hubby.
Kek untuk anak dara kesayangan....
Jemput makan!!!!!

Anak2 semasa baru sampai di Laguna Park.
anak2 breakfast coklat kek, hubby makan bee hoon goreng.

Bunga pada pokok yg menaungi kami.

Cantik sekali, sayang kami tak tau namanya

Sebelum beredar dari kawasan piknik.
Singgah di jeti yg ada di laguna park.
(bertempat di Pulau Indah)
Thursday, 13 May 2010
Sandwich untuk minum petang
Hari ni sepatutnya balik pukul 3.10 pm. Disebabkan ada meeting guru2 balik pukul 4 pm. Ok tak de lah terlajak sampai pukul 5 macam yg lepas. Kot ada cikgu dah sound kat puan pengetua????
Sampai rumah kena buat sandwich utk hubby, dia tak makan nasi tengahari dengan alasan tak selera dengan menu kat kantin......Saya sendiri tak sempat nak lunch, satu hari berada kat atas langit sorang2.( bengkel saya kat tingkat 4)
Dengan pantasnya sandwich yg ku buat masuk perut hubby yg sedang kelaparan. (merangkap minum petang hehehe) Saya pun makan juga tapi tak sama dengan hubby sebab tengah jaga makan konon nak kecilkan badan supaya sepadan dengan badan hubby...huhuhu dia cuma naik 3 kilo je setelah 11 tahun kahwin..( sedangkan makan macam pirana...nak tido pun.... cari nasi lagi)
Makan malam ni saya masak bubur nasi je, semalam tengok ada rakan blogger pun memasak bubur juga. Bukan ape...sambil tunggu bubur siap bolehlah saya mengadap pc dulu hehehe. Kejap lagi nak ambil 2 orang anak dara kat nursery, depa dah balik susah nak buat entri.
Wednesday, 12 May 2010
Terimakasih atas ingatan sempena hari ibu
Baru sekarang berkesempatan buka blog, banyak mesej yang diterima daripada kawan2 di alam mayani. Antaranya adalah pemberian e-card. Terimakasih atas ingatan.Sebenarnya saya dah tahu bagaimana nak angkut kad ini. Sebelumni kalau dapat award kadang2 je angkut balik sebab tak reti nak angkut....kihkihkih(sory ye kawan2)
Terima kasih banyak2 atas pemberian kad yang cantik2 & tak lupa juga tima kasih pada mereka yang beri ucapan sempena hari ibu. Walaupun tak de kad saya hargai ucapan yang diberikan.
Kad ini dihantar oleh azatie, terima kasih atas pemberian bunga yang cantikni...http://azatiesayang.blogspot.com/
Kad yang ini pulak saya terima dari IDA@aMIDA yang jauh kat Dubai. Tq very much.
http://amida-dubai.blogspot.com/
Kad yang ini pulak saya terima dari Yatie yang tinggal kat US, banyak resepi ada dalam blog dia ni.. http://yatiememories.blogspot.com/
Kad ini dari Izahdaut yang juga rajin memasak.Thanks atas ingatan kat akak.http://izahdaut.blogspot.com/
Sesiapa yang teringin nak dapat kad ni mintale dengan depani. akak tak reti lagi nak buat kad. Kalau dah pandai buat kad sendiri akak akan beri pada semua yang dikenali....
bye....nak gi gosok baju pagi2ni
Monday, 10 May 2010
Kari ayam
Petangni saya masak kari ayam, seperti entri terdahulu saya masak tanpa santan. kali ni saya tambah cili paste kerana ketika saya masukkan entri terdahulu ada seorang blogger menyatakan emaknya masak kari tanpa santan tetapi selain kari kene letak cili.
Apabila siap masa saya dapati kari yang ini lebih sedap daripada yang dulu. Cuma agak pedas sikit so harap2 Hannah tak komplen. Baby Hanis lebih tahan pedas dari dia. Teh le tekak lain2.
Inilah rupanya kari yg saya dah masak . Lebih merah dari biasa dan saya rasa macam kari mamak pun ada. Anyway yg penting sedap....dan jangan pulak Amin( anak sedara) kata ini adalah eksperimen saya....
Zaman buat eksperimen dah lepas lama dulu(hi hi hi rasaya dia tak boleh nak komen sbb baruje mendaftar matriks kat UIA)
Oppss!!! Resepinya nanti dulu nak gi ambil anak kat nusery
Saturday, 8 May 2010
SELAMAT HARI IBU
Saya nak ucapkan selamat hari ibu
kepada ibu2, dan juga bakal ibu.
Walaupun sebenarnya setiap hari
pastinya adalah hari untuk setiap ibu.
Suami & anak2
dah wish kat fb siang tadi
tercepat sehari
Hannah dah wish hari Jumaat petang
masa kami ambil dr nursery
Nampak je muka saya dia jerit
"Ibu....Selamat hari Ibu"
sempat cium2 & berpeluk2
siap beri hadiah....hahaha
hinggakan kakak yg tinggal kat sebelah nursery
sempat tegur nyatakan hari Ibu
adalah pada hari ahad
tak kisahle...
yg penting ingatan pada saya
saya pulak dah
genap 3 thn
tak sambut hari ibu dgn mak.
mak dah tak de...(sedihnya)
sapa2 yg masih ada mak lagi
beruntung....
al Fatihah buat mak yg tersayang....
Bunga cantik ni saya petik
dr dapur Mat gebu
cantik sungguh...Thanks
P/s: tunggu hadiah yg haidah & hisyamuddin janji nak beri sempena hari ibu....ape agaknya?????
Friday, 7 May 2010
The Heaven Sword & Dragon Sabre
Tajuk entri malam ni
Rasanya bukan semua orang tau
Sebenarnya ia tajuk rancangan tv 8
Cerita cina, dan ada komik tentang cerita ni
Sebelum ni ignore je waktu ia bersiaran
Sebabnya pukul 8.30- 9.30 mlm
Isnin hingga Jumaat
Biasanya time tu saya
menggosok baju kerja dan sekolah anak2
Tapi sekarang saya pun dah tersangkut
setiap kali rancangan ini mula
mesti saya sekeluarga mengadap tv
Tah apa syoknya...
Tapi itulah hakikatnya
Biasanya saya tengok AFCje...
Sekarang dah bertambah plak...
itu yg ada menggosok tengah2 mlm buta
Ada sekali tu pukul 6 baru jaga..
Apa lagi kelam kabutlah nak gosok baju
Nasib baik hari tu masuk kerja
pukul 10 pagi...selamat
Ok kena berhenti mengadap pc
Waktu iklan dah habis
nak layan tengok rancangan bestni...
Subscribe to:
Comments (Atom)












