Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Sunday 2 May 2010

Sambal Udang Petai


Best hari ni balik kg dan alhamdulillah berjumpa kakak2 yg kebetulan balik juga. walaupun tidak menginap di rumah pusaka tapi saya bersyukur kerana dapat menatap rumah tempat kelahiran.


Balik hampir pukul enam ptg, sepanjang perjalanan saya dan anak2 terlelap. saya pun tak tau kenapa kalau balik dari kg mesti mengantuk dalam perjalanan balik ke Klang. Sampai kerumah hampir pukul 7, anak2 sambung tidur. Saya pulak terus ke dapur untuk memasak makan malam.


Bila dah balik kg rasa malas pulak nak masak jadi saya memasak resepi yg mudah dan cepat siap. Sementelah dalam peti ais ada udang dan petai saya pun masak sambal udang petai. Sayur ulam- ulaman saja macam biasala....( kalau dah malas. Inilah style saya masak sambal udang petai.


Bahan2


1/3 kg udang
4 biji bawang kecil
1/2 biji bawang besar
5 sudu besar cili paste
sedikit air asam jawa
1 sudu kecil gula (ikut selera)
garam secukup rasa
3 sudu besar minyak masak
1/2 inci halia
1 papan petai


Cara


bawang kecil dan halia ditumbuk kasar
masukkan minyak dalam kuali
tumis bawang dan halia
masukkan cili paste
apabila cili telah masak, masukkan udang
gaul dan masukkan petai 
tambahkan air asam jawa
masukkan hirisan bawang besar
tambahkan gula dan garam


Sedia untuk dimakan,jemput makan.... 









2 comments:

  1. Oh dah lama tidak makan petai, sedapnya!

    ReplyDelete
  2. petai kalau dimasak dengan udang @ ikan bilis memang sedap hingga tak perasan mak mertua lalu kat belakang. Peergh itulah penangannya.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails