Ceritaku bersama keluarga yang tersayang.

Monday 17 May 2010

Tomyam Ayam


Saya suka masak tomyam, pertamanya cepat siap, kedua mudah dan ketiga kegemaran keluarga. Cuma petang tadi saya tak letak sotong @ udang. Hanya ayam semata, memandangkan keluarga masih lagi mengalami alegic kerang...Inilah masakan yg mudah dan cepat utk santapan keluarga tersayang.




tomyam ayam utk keluarga


Sayur utk saya.
ehemmmm...diet mlm tak mkn nasi...uwaaaa

Biasanya keluarga saya makan tomyam bertemankan telur goreng dadar





Resepi tomyam mudahku....

Bahan2

1 mangkuk ayam dipotong dadu/ kecil
4 helai daun limau purut
4 batang serai dititik
1 biji tomato/ @ lebih(ikut suka)
1 kiub pes tomyam adabi
1 biji bawang besar dipotong 4
4 ulas bawang putih diketuk
4 biji cili padi di ketuk
1 liter air
sedikit minyak utk menumis
garam secukup rasa
1 sudu teh gula(optional)


Cara memasak

Panaskan minyak
masukkan bawang putih + daun limau purut + cili padi
tumis sekejap, masukkan pulak serai
masukkan pes tomyam & daging ayam
tumis sehingga daging separa masak
maukkan air
apabila menggelegak, masukkan bawang besar, tomato,
garam dan gula secukupnya.
apabila menggelegak lagi tutup api
sedia utk dihidangkan.....selamat mencuba


Psssst.... saya tak letak limau....
sbb hubby tak boleh makan limau nipis...hehehe


sebelum mengudur diri nak ucap thanks kat folower...Pn Rosidah yg beri kad yg cantik ini sempena hari guru....




Wah!!!!!!hari ni tak mengajar, dpt hadiah dr murid2 walau tak byk, ucapan dr ex anak murid di FB...dan kad yg cantik ini.....alhamdulillah. Esok exam pulak....hehehe tak payah ngajar...jaga periksaje....lepastu tanda uwaaaaaaa......

2 comments:

Related Posts with Thumbnails